omniture

Mitrade menang empat anugerah Forex berprestij

Mitrade
2022-07-19 09:00 153

Mitrade Menang Empat Anugerah Forex Berprestij Di International Business Awards 2022

MELBOURNE, Australia, 19 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Mitrade, broker dagangan dalam talian Forex dan derivatif OTC berpangkalan di Melbourne telah menerima empat anugerah Forex bernilai tinggi oleh International Business Magazine di International Business Awards 2022 (Asia). Mitrade dinamakan sebagai Platform Dagangan Forex Australia Terbaik 2022, Broker Forex Global Paling Telus 2022, Sumber Pendidikan Forex Global Terbaik 2022 dan Broker Forex Asia Paling Dipercayai 2022.

International Business Magazine mengiktiraf pengurusan risiko yang lebih baik, pertumbuhan pesat, keserasian silang-platform dan ketelusan dalam pelaksanaan transaksi berserta elemen-elemen lain dalam ekosistem perdagangan Forex. International Business Magazine menyokong jenama-jenama Forex berprestasi terbaik di peringkat serantau dan global. Mereka memberi ganjaran kepada pelaksana atas teknologi perintis, sokongan pelanggan yang sangat responsif, alatan kajian pasaran, pendekatan berperingkat hinggalah pendidikan perdagangan dan antara muka mesra pengguna.

Anugerah ini merupakan kayu ukur kejayaan untuk Mitrade memandangkan pemenang-pemenang anugerah dicalonkan dan dipilih oleh sepasukan pakar bidang yang tidak berat sebelah, dinamik dan sangat terlatih. Proses penganugerahan tersebut diselia oleh ahli-ahli panel pakar yang berkepakaran dalam bidang subjek utama, ahli-ahli panel penilaian yang membentuk pasukan penyelidikan dan seorang editor. Pasukan tersebut menjalankan analisis mendalam dan mengisytiharkan pelaksana terbaik sebagai pemenang dalam kalangan penyedia perkhidmatan dagangan Forex.

"Kami berasa bertuah dan amat berbesar hati untuk menerima anugerah-anugerah ini kerana memberi perkhidmatan dagangan khusus kepada pelanggan seluruh dunia kami. Hadiah-hadiah ini mencerminkan komitmen kami untuk tekal berinovasi dan menaik taraf platform dagangan kami. Pencapaian ini menggalakkan pasukan kami untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kami untuk pengguna kami dan menjadi pemimpin yang memberi inspirasi dalam perdagangan Forex," kata seorang wakil daripada Mitrade.

Mitrade menyaksikan pertumbuhan pesat sejak ia melalui proses penstrukturan semula pada tahun 2019. Alasan utama di sebalik penerimaannya secara besar-besaran dan bermurah hati oleh komuniti perdagangan global ialah perdagangan ambang yang rendah, alatan kajian pasaran yang ekstensif serta platform dagangan yang jelas dan mudah.

Mitrade mengurangkan kos dagangan dengan menawarkan sifar komisen. Ia menyediakan program-program pendidikan yang sesuai dengan pedagang peringkat pemula, pertengahan dan lanjutan. Mitrade membekalkan aplikasi mudah alih dan webnya dengan sokongan langsung. Platform yang dibangunkan sendiri ini menyediakan carta yang dinamik serta notifikasi tolak emel dan SMS pada masa sebenar. Selain daripada itu, Mitrade sentiasa mengemas kini sistemnya untuk memastikan pengguna menikmati pengalaman perdagangan yang sangat baik.

Mitrade memiliki koleksi anugerah dimuliakan sebagai pengiktirafan untuknya. Lihat koleksi tersebut di https://www.mitrade.com/about-us/awards.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Cik Belle Toh di belle.toh@mitrade.com.

Latar Belakang Mitrade

Mitrade ialah kumpulan teknologi kewangan yang inovatif dan penyedia perkhidmatan dagangan Forex dan dagangan CFD yang terkemuka. Fungsi-fungsi syarikat ini dikawal ketat oleh Mauritius Financial Services Commission (FSC), Australian Securities and Investments Commission (ASIC) dan Cayman Islands Monetary Authority (CIMA). Mitrade telah menubuhkan pejabat-pejabatnya merentas kesemua benua dan ia memenuhi keperluan pelabur dan pedagang di serata dunia. Mitrade meneruskan misinya dengan teguh dan bersungguh-sungguh untuk membawa inovasi serta pemudahan dalam perdagangan. Terokai Mitrade di https://www.mitrade.com.

Dagangan derivatif OTC membawa leveraj yang tinggi dan boleh menyebabkan kerugian terhadap seluruh modal anda.

 

Source: Mitrade
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology