omniture

Tuya Smart Lancar Kempen BornSmart sempena Amazon Prime Day 2022

Tuya Smart
2022-07-19 13:55 186

SANTA CLARA, California, 19 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Bukan lagi rahsia bahawa produk kediaman pintar yang berkualiti bukan sahaja membantu kita menjadi lebih cekap dalam kehidupan harian kita, tetapi turut membawa pengalaman hidup yang lebih selesa. Maka, tidak hairanlah apabila pasaran kediaman pintar global semakin berkembang pesat, dengan semakin ramai pengguna ingin menaik taraf rumah mereka dengan teknologi terkini.

Internet Pelbagai Benda (IoT) memungkinkan untuk pengguna mengalami rangkaian luas persekitaran kediaman pintar yang dahulunya tidak dapat dibayangkan. Kini, anda boleh menghidupkan penyaman udara di ruang tamu anda secara jarak jauh sambil memandu pulang ke rumah dari tempat kerja; anda boleh menghidupkan lampu secara automatik apabila anda tiba di depan pintu anda tanpa menekan butang; sebelum anda membakar kek, anda boleh memanaskan ketuhar terlebih dahulu hingga 180 darjah dengan arahan suara. Senario aplikasi ini akan membolehkan pengguna mengalami kualiti kehidupan dipertingkat yang dicipta oleh peranti pintar dan seterusnya menjadi peminat kediaman pintar — inilah sebenarnya apa yang ingin dicapai oleh jenama-jenama kediaman pintar.

Berdasarkan kepada trend ini, Tuya Smart (NYSE: TUYA, HKEX: 2391), penyedia perkhidmatan platform pembangunan IoT terkemuka, melancarkan kempen BornSmart merentas platform-platform media sosial seperti YouTube, LinkedIn dan Twitter. Temanya diambil daripada idea bahawa peranti pintar "dilahirkan pintar" lantaran kecerdasan buatan terbina dalam.

Kempen tersebut dilancarkan pada 12 Julai—sempena Amazon Prime Day 2022—dan akan berlangsung hingga pertengahan bulan Ogos. Kempen berkenaan disertai rakan-rakan kongsi jenama Tuya di serata dunia dan akan berlangsung di lebih daripada 10 negara, termasuk A.S., U.K., Jerman, Sepanyol, Itali, Singapura, India, Thailand, Mexico dan Brazil.


Kempen berkenaan memberi peluang kepada rakan-rakan kongsi global Tuya untuk mempamerkan produk kediaman pintar terkini mereka dalam pasaran setempat mereka dan menyampaikan pesanan kepada pengguna: peranti kediaman pintar bukanlah sesuatu yang bagus untuk dimiliki tetapi pilihan bijak yang berbaloi untuk dilaburkan.

Tuya Smart akan bekerjasama dengan pihak-pihak berpengaruh dari pelbagai negara untuk mengkaji semula produk pintar melalui video 'unboxing' di platform media sosial. Dengan mengikuti Tuya Smart di LinkedIn dan Twitter, penonton boleh menonton video untuk mempelajari tentang kelebihan dan sorotan produk pintar yang ditampilkan. Mereka juga akan berupaya mendapat kupon dan berpeluang untuk memenangi produk kediaman pintar dengan berkongsi video tersebut bersama rakan-rakan.

Kempen berkenaan dirancang untuk memanfaatkan media sosial bagi menjalin hubungan yang kukuh antara jenama produk pintar dan pengguna. Dengan mengambil bahagian dalam kempen ini, rakan-rakan kongsi Tuya akan berupaya untuk mendekati lebih ramai pengguna berpotensi secara langsung—terutamanya generasi muda yang merupakan pembeli-belah utama masa depan. Mereka juga akan dapat terus berinteraksi dengan pengguna sasaran mereka di media sosial serta-merta.

Sejumlah besar rakan kongsi jenama Tuya Smart mengambil bahagian dalam kempen tersebut termasuk syarikat-syarikat global yang terkemuka seperti Calex (jenama lampu Eropah), Nedis (pemborong terkemuka EU yang menawarkan penyelesaian pintar berkaitan elektronik di seluruh Eropah dan di luarnya), Wipro Consumer Care and Lighting (syarikat Produk Pengguna global), jenama-jenama kediaman pintar yang terkenal seperti Lloyd's (Mexico), BARDI (Indonesia), peruncit dalam talian Australia yang ternama Kogan dan banyak lagi. Penyertaan daripada rakan-rakan kongsi ini menjadikan kempen tersebut sebagai persembahan produk kediaman pintar yang beraneka dan pelbagai termasuk kategori pencahayaan, juruteknik, IPC dan kategori kediaman pintar paling laris terjual yang lain.

Di samping itu, kempen ini akan terus membantu rakan-rakan kongsi jenama global Tuya Smart untuk menyampaikan pengalaman pintar yang paling canggih kepada pengguna mereka. Ia juga akan meningkatkan kesedaran tentang kitaran hayat pintar, meningkatkan nilai jenama dan meluaskan sumber pemasaran untuk rakan kongsi sepanjang rantaian, menyumbang kepada kemakmuran bersama industri kediaman pintar global. Justeru itu, kita dapat mengharapkan BornSmart dan juga kolaborasi yang hebat antara Tuya Smart dan rakan-rakan kongsinya!

Latar Belakang Tuya Smart 

Tuya Smart (NYSE: TUYA, HKG: 2391) ialah sebuah syarikat teknologi terkemuka yang menfokuskan untuk menjadikan hidup kita lebih pintar. Tuya melaksanakan usaha ini dengan menawarkan platform awan yang menghubungkan pelbagai peranti melalui IoT. Dengan membina standard kesalinghubungan, Tuya menghubungkan keperluan pintar jenama, OEM, pembangun dan rantaian runcit merentas pelbagai jenis peranti pintar dan juga industri. Penyelesaian Tuya memperkasa rakan kongsi dan pelanggan dengan meningkatkan nilai produk mereka dan dalam masa yang sama menjadikan hidup pengguna lebih mudah melalui aplikasi teknologi. Melalui perniagaan SaaS komersialnya yang semakin berkembang, Tuya menawarkan penyelesaian perniagaan pintar untuk pelbagai jenis vertikal. Platform Syarikat ini disokong oleh teknologi yang utama dalam industri, lengkap dengan perlindungan dan keselamatan data yang ketat. Tuya bekerjasama dengan syarikat-syarikat Fortune 500 terkemuka dari seluruh dunia untuk menjadikan benda lebih pintar termasuk Philips, Schneider Electric, Lenovo dan banyak lagi.

Source: Tuya Smart
Related Stocks:
HongKong:2391 NYSE:TUYA
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Social Media New products/services