omniture

Platform casis pintar bersepadu Horwin membuat penampilan sulung dunia

Horwin
2022-07-19 14:02 171

Pelancaran platform menandakan kemasukan industri dua roda ke dalam era pembuatan pintar

CHANGZHOU, China, 19 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Horwin, jenama motosikal elektrik tulen baharu yang dilancarkan baru-baru ini oleh HORWIN INC, mengeluarkan platform casis pintar bersepadu dua roda yang pertama di seluruh dunia berserta figura IP robot manusianya.

Menurut data daripada Statista, pasaran motosikal global mencapai nilai US$124.387 bilion pada tahun 2019 dengan jualan meningkat ke paras tertinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun dengan impak pandemik Covid-19, pasaran tersebut masih melangkaui nilai AS$100 bilion pada tahun 2020 dan 2021. Melihatkan senario ini, Horwin menyasarkan segmen motosikal elektrik tulen untuk memanfaatkan trend pembangunan baik daripada pasaran motosikal mahupun sektor tenaga baharu.

"Jenama baharu ini bermatlamat untuk mentakrifkan semula motosikal elektrik dan bagi mencapai tujuan ini, syarikat ini membangunkan platform modular yang serupa dengan 'Super Matrix'," kata Liu Ping, Ketua Pegawai Operasi Horwin. "Dengan modul dalaman boleh diskala, platform tersebut membolehkan pengguna menskalakan tubuh, interaksi mesin-manusia dan kit dengan bebas fungsi mengikut senario perjalanan dan penggunaan mereka agar mereka dapat menyusun model-model yang berbeza mengikut keperluan mereka sendiri dengan pembelian hanya satu platform 'Super Matrix'."

platform casis pintar bersepadu dua-roda
platform casis pintar bersepadu dua-roda

Dengan teknologi pintar, platform casis pintar bersepadu dua-roda Horwin membawakan penyepaduan tinggi antara pemacu elektrik, sistem kawalan bateri dan elektrik, sistem kawalan domain dikawal secara pintar dan reka bentuk modular, bagi mengupayakan pembangunan motosikal elektrik tulen baharu yang memenuhi harapan pengguna berdasarkan kepada senario pengguna.

Horwin mengintegrasikan semua teknologi penting berorientasikan masa depan daripada tawaran dua-roda termasuk pengelektrikan, kecerdasan dan ketersambungan ke dalam casis pintar bersepadu selain menggunakan antara muka bersiri untuk pengembangan fungsian, menurunkan ambang untuk pembuatan di samping membantu para penggiat industri sedia ada untuk mengoptimumkan proses pembuatan dan kecekapan.

Semasa berlangsungnya majlis pelancaran, Horwin turut memperkenalkan IP robot bionik yang dinamakan MR.Y. Matlamat Horwin adalah untuk membina robot pintar proprietari yang dapat membantu orang ramai dalam kehidupan sebenar, termasuk berperanan sebagai pemandu membeli-belah, membawa anjing berjalan-jalan, menjemput anak-anak dan menjaga orang tua.

IP robot bionik
IP robot bionik

Untuk maklumat lanjut tentang Horwin dan perkhidmatannya, kunjungi www.horwinglobal.com/

Ikuti kami di Facebook@HorwinGlogal

HUBUNGI:jessica@horwinglobal.com

 

Source: Horwin
Keywords: Auto Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services