omniture

David Wang Huawei: Inovasi, Menerangi Era 5.5G

Huawei
2022-07-19 23:48 493

SHENZHEN, China, 20 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Di Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei (Win-Win·Huawei Innovation Week), David Wang, Pengarah Eksekutif Lembaga dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Infrastruktur ICT Huawei, menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Inovasi, Menerangi Era 5.5G". Dalam ucapan beliau, Wang menyebut tentang evolusi teknologi 5G seterusnya, yang dinamakan oleh syarikat ini sebagai 5.5G dan hala tuju inovasi industri ini untuk lima hingga sepuluh tahun akan datang.

David Wang, Pengarah Eksekutif Lembaga dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Infrastruktur ICT Huawei, menyampaikan ucapan dasar.
David Wang, Pengarah Eksekutif Lembaga dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Infrastruktur ICT Huawei, menyampaikan ucapan dasar.

"Memandang ke hadapan menuju tahun 2025, kepelbagaian semata-mata dan magnitud keperluan perkhidmatan rangkaian akan mencipta potensi pasaran baharu yang amat besar," kata Wang. "Kita berada di sini untuk membincangkan peluang-peluang ini bersama pengendali dan rakan kongsi industri serta meneroka inovasi yang kita perlukan untuk membantu membuka jalan untuk 5.5G."

Huawei mencadangkan 5.5G buat julung kalinya di Forum Jalur Lebar Mudah Alih Global ke-11 pada tahun 2020 dan F5.5G (atau 5.5G tetap) di Sidang Kemuncak Penganalisis Global pada April tahun ini. Sejak itu, industri ini menjadi agak rancak dengan idea baharu dan amalan terbaik.

Banyak keperluan baharu akan meninggikan standard untuk infrastruktur ICT generasi seterusnya 

Menurut Wang, pembangunan baharu dalam teknologi digital perlu menyokong pengalaman sebenar pada masa sebenar, menarik dan lebih imersif dalam dunia digital dan beransur-ansur menjadikan pengalaman rangkaian 10 Gbps tersedia di mana-mana di atas planet ini.

Dari segi perindustrian, pendigitalan telahpun memasuki fasa yang semakin rancak. AI akan disepadukan sepenuhnya ke dalam proses pengeluaran perusahaan dan saiz pasaran IoT 5.5G akan berkembang pesat. Kolaborasi antara robot dan manusia dalam senario yang kompleks akan mengenakan keperluan yang lebih besar ke atas rangkaian lapangan industri generasi seterusnya.

Ketika ini, kesesakan dalam pengkomputeran, seperti dinding ingatan, penggunaan sumber pusat data yang tidak seimbang dan kecekapan tenaga yang rendah menghalang peningkatan permintaan pengkomputeran yang baharu. Bagi mengatasi cabaran ini, industri ini perlu berinovasi pada peringkat seni bina dan sistem bagi meningkatkan bekalan pengkomputeran.

Enam ciri 5.5G – Nilai baharu untuk kehidupan dan pembangunan digital

Pertama ialah pengalaman pengguna 10 Gbps. 5.5G akan menyampaikan pengalaman 10 Gbps melalui teknologi MIMO yang mempunyai lebar jalur yang lebih besar, kecekapan spektrum lebih tinggi dan modulasi peringkat lebih tinggi. Dengan teknologi generasi seterusnya seperti FTTR, Wi-Fi 7, 50G PON dan 800G, F5.5G akan membawakan pengalaman 10 Gbps di mana-mana.

Di acara tersebut, Wang mencadangkan Net5.5G buat julung kalinya, mentakrifkan evolusi rangkaian IP bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kuasa pengkomputeran oleh aplikasi pintar. "Apabila pendigitalan berlaku, aplikasi pintar akan menyaksikan pengkomersialan berskala besar dan sumber pengkomputeran akan ditempatkan merentas pelbagai awan," kata Wang. "Perusahaan perlu memanfaatkan kuasa pengkomputeran daripada pelbagai awan pada kos yang lebih rendah, dengan ketangkasan dan kefleksibelan yang lebih tinggi. Bagi mencapai tujuan ini, kami perlu terus berinovasi berasaskan kepada IPv6 untuk membantu industri ini berkembang maju. Atas sebab inilah kami mencadangkan Net5.5G."

Kedua, skop perniagaan akan melangkaui ketersambungan. 5.5G akan melangkaui ketersambungan bagi merangkumkan penderiaan, yang akan menghasilkan banyak senario dan aplikasi baharu. Teknologi penderiaan tanpa wayar dan penderiaan gentian akan digunakan dalam kolaborasi kenderaan-jalan dan pemantauan persekitaran. IoT pasif akan mengintegrasikan teknologi tag selular dan pasif untuk mencipta 100 bilion sambungan berpotensi. Rangkaian teras 5.5G akan mentakrifkan semula seni bina dan teknologi asas bagi mengupayakan senario perkhidmatan baharu seperti rangkaian persendirian industri, rangkaian lapangan industri dan panggilan baharu.

Ketiga, pengkomputeran terpelbagai akan mengupayakan aplikasi terpelbagai. Dalam era 5.5G, seni bina pengkomputeran akan ditakrifkan semula bagi meningkatkan kecekapan pengkomputeran sebanyak 10 kali ganda melalui kejuruteraan cip dan seni bina saling sambung rakan-ke-rakan.

Keempat, storan bertumpu-data akan menerobos had sedia ada dalam seni bina storan. Storan masa depan akan meningkatkan prestasi storan sebanyak 10 kali ganda melalui seni bina perkakasan dan perisian bertumpu data serta enjin pemecutan aplikasi data terpelbagai.

Kelima, natif AI tindanan-penuh akan menjadikan rangkaian pemanduan yang amat berautonomi (ADN) L4 suatu kenyataan. ADN telah menjadi matlamat bersama dalam industri ini. Natif AI tindanan-penuh, bermula daripada elemen rangkaian hingga rangkaian dan perkhidmatan akan mempercepatkan kejayaan cemerlang dalam teknologi ADN. Hasil daripada inovasi baharu seperti algoritma pemampatan untuk ratusan penunjuk rangkaian dan pengenalpastian kesalahan yang tidak diketahui oleh model asas AI, akan diaplikasikan secara meluas dalam era 5.5G.

Akhir sekali, pembangunan dalam teknologi hijau dan inovasi peringkat sistem akan meningkatkan kecekapan tenaga. ITU-T telah menerima pakai intensiti data/tenaga Karbon Rangkaian (NCIe) sebagai metrik kecekapan tenaga bersatu untuk membimbing hala tuju pembangunan hijau industri ini. Huawei telah membangunkan penyelesaian yang inovatif untuk tapak hijau, rangkaian hijau dan operasi hijau bagi meningkatkan kapasiti rangkaian dan mengurangkan penggunaan tenaga setiap bit. Penyelesaian ini akan memperkasa pengendali dalam era 5.5G.

"Ketika kita beralih ke arah era 5.5G, semua penggiat industri perlu saling bekerjasama untuk membawa standard ke tahap matang dan memupuk industri yang berkembang maju," kata Wang. Beliau mencadangkan tiga usul bagi menyimpulkan ucapan beliau.

  • Industri ini perlu bekerjasama dengan erat bagi mentakrifkan visi dan hala tuju untuk 5.5G.
  • Industri ini harus menetapkan standard teknologi dalam kerangka standard yang ditetapkan oleh 3GPP, ETSI dan ITU.
  • Semua penggiat industri harus saling bekerjasama untuk mendorong ekosistem industri yang semakin berkembang maju ini dengan menginkubasikan lebih banyak keadaan penggunaan dan mempercepatkan transformasi digital, pintar.

Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei diadakan mulai 18 Julai hingga 21 Julai di Shenzhen, China. Bersama-sama pengendali global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kami meneroka topik-topik seperti 5.5G, pembangunan hijau dan transformasi digital untuk membayangkan kejayaan bersama dalam ekonomi digital ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/winwin-innovation-week.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news