QINGDAO, China, 21 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Bagi kebanyakan pengguna premium atau mereka yang perlu menaik taraf ruang tamu mereka, pemilihan TV yang direka bentuk dengan baik dan berteknologi adalah amat penting. Bagi pengguna gaya hidup yang berkualiti tinggi, TV bukan sekadar sebuah TV, tetapi juga merupakan karya seni dan pilihan untuk meningkatkan nilai kehidupan.
Justeru itu, bagi membawakan gaya hidup dan pengalaman TV yang lebih sempurna kepada pengguna, siri TV ULED Hisense, dengan mencipta teknologi dan reka bentuk cemerlang, menyediakan TV premium dan artistik yang melangkaui imaginasi kepada pengguna.
TV Skrin Besar ULED Hisense, Menjadikan Setiap Detik Mengagumkan
TV ULED Hisense menampilkan reka bentuk yang amat nipis dan besar yang menggabungkan nilai hebat reka bentuk artistik dan estetika teknologi, seterusnya menjadikannya suatu karya agung di ruang tamu. Siri ULED dilengkapi dengan teknologi Quantum Dot Colour yang membantu skrin menyampaikan warna dengan kecerahan yang lebih baik untuk kualiti imej serta pengalaman tontonan terbaik. Sebagai contoh, apabila memainkan karya seni yang hebat pada TV ULED Hisense, setiap warna akrilik karya seni tersebut dapat dipersembahkan dengan jelas, lalu mencipta pengalaman yang amat mengasyikkan dan menjadikan ruang kehidupan harian yang lebih artistik.
#IncredibleArtMoment, Abadikan Setiap Pemandangan Indah
Selama bertahun-tahun, Hisense komited untuk meningkatkan teknologi paparan demi pengalaman tontonan premium. Setakat hari ini, siri ULED Hisense telah mendapat sokongan tinggi daripada pengguna global, khususnya dalam pasaran utama dan terbesar Hisense - Amerika Utara, dengan jumlah jualan keseluruhan bagi siri TV ULED Hisense melebihi 34% pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya (YOY) di Amerika Utara semasa separuh pertama tahun 2022.
Bagi membolehkan lebih ramai pengguna global yang berpotensi mengalami kualiti gambar ULED yang cemerlang, Hisense melancarkan kempen media sosial - #IncredibleArtMoment dan menggalakkan pengguna untuk mencari dan mengabadikan setiap detik indah dan berwarna-warni dunia bagi memenangi siri TV ULED yang terkini.
Sejak pelancaran kempen tersebut, Hisense telah menerima lebih 4,000 penyertaan pengguna dan mencapai 65K sebutan seluruh dunia, disukai dan mendapat sokongan daripada ramai pengguna antarabangsa.
Sebagai penaja rasmi FIFA World Cup Qatar 2022™, Hisense menumpukan perhatiannya untuk membawakan pengalaman tontonan perlawanan FIFA yang sempurna kepada pengguna global. Justeru itu, pada bulan Ogos 2022, Hisense akan mempamerkan produk inovatifnya yang terkini termasuk siri ULED terbaru, di "Majlis Pelancaran Global Hisense FIFA World Cup Qatar 2022™" untuk mencipta pengalaman perlawanan yang imersif kepada pengguna melalui teknologi Hisense.