omniture

Pembangunan Hijau, Membina Infrastruktur ICT Cekap-tenaga

Huawei
2022-07-21 00:59 266

SHENZHEN, China,  July 20, 2022 /PRNewswire/ -- Ketua Pegawai Pemasaran Carrier BG Huawei Philip Song melancarkan rangkaian baharu penyelesaian pembangunan hijau hari ini semasa Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei.

Penyelesaian ini, beliau menjelaskan dalam ucapan beliau bertajuk "Pembangunan Hijau, Membina Infrastruktur ICT Cekap-tenaga" bertujuan untuk membantu pengendali meningkatkan kecekapan tenaga rangkaian secara sistematik: "Ketika infrastruktur ICT terus untuk berkembang daripada 5G dan F5G kepada 5.5G dan F5.5G, rangkaian hijau, dinilai berdasarkan indeks keamatan karbon rangkaian (NCIe) akan menjadi bahagian yang kritikal dalam rangkaian sasaran masa depan. Objektif utama pelancaran penyelesaian kami pada hari ini adalah untuk membantu pengendali membina rangkaian hijau secara sistematik yang menumpukan secara serentak kepada pertumbuhan trafik dan juga pengurangan emisi karbon."

Ketua Pegawai Pemasaran Carrier BG Huawei Philip Song berucap di Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei
Ketua Pegawai Pemasaran Carrier BG Huawei Philip Song berucap di Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei

Menurut Song, inovasi teknologi diperlukan pada tiga peringkat untuk membantu pelanggan mencapai matlamat pembangunan hijau:

  • Di peringkat tapak dan peralatan, lebih banyak reka bentuk bersepadu dan bahan baharu harus digunakan untuk memindahkan tapak ke luar secara sepenuhnya dan meningkatkan kecekapan tenaga peralatan serta kecekapan menggunakan tenaga boleh diperbaharui.
  • Dalam penyelarasan dan perangkaian tapak-silang, seni bina rangkaian dipermudah dan kecekapan penghantaran yang lebih baik diperlukan untuk memaksimumkan kecekapan tenaga dan menjadikan rangkaian optik-sepenuhnya, dipermudah dan pintar.
  • Bagi mencapai O&M hijau, dasar O&M dan penjimatan tenaga baharu harus dibangunkan dan disampaikan dengan mudah manakala penunjuk dan garis dasar kecekapan tenaga haruslah dibuat lebih jelas, boleh diurus dan boleh dioptimumkan.

Di acara tersebut, Song melancarkan penyelesaian pembangunan hijau Huawei dengan inovasi di tiga peringkat ini selain sistem penunjuk NCIe baharu yang menyokong penyelesaian tiga lapisan ini iaitu tapak hijau, rangkaian hijau dan operasi hijau.

Mengakhiri ucapan beliau, Song turut mengumumkan pembukaan bilik penglibatan Evergreen Land, di mana Huawei akan bertemu dengan pengendali global bagi membincangkan secara mendalam tentang pembangunan hijau dan cara untuk membina infrastruktur ICT yang paling cekap tenaga. Beliau mengulangi, "Huawei komited untuk bekerjasama dengan pengendali bagi meningkatkan kecekapan tenaga infrastruktur ICT dan mencipta nilai menggunakan teknologi ICT hijau."

Butiran penuh tentang penyelesaian pembangunan hijau baharu Huawei disediakan di bawah: 

Pada lapisan tapak, penyelesaian tersebut memfokuskan kepada inovasi dalam tiga bidang:

  • Pelaksanaan luar sepenuhnya: Menggunakan bahan yang inovatif, modul kuasa bilah yang terkemuka dalam industri menyokong 2G, 3G, 4G dan 5G dalam tapak tunggal. Penyelesaian One Blade One Site (Satu Bilah Satu Tapak) yang utama membawakan 97% kecekapan tenaga tapak (SEE).
  • Tahap integrasi yang tinggi: Modul RF ultra-jalur-lebar dan antena berbilang-jalur diintegrasikan dalam tapak yang dipermudah ini. Teknologi suapan suntikan langsung isyarat (SDIF) unik syarikat berupaya untuk merealisasikan kehilangan sifar dengan pengkabelan sifar di dalam antena berbilang-jalur, meningkatkan kecekapan tenaga telekomunikasi (TEE) peralatan.
  • Penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang cekap: Penyelesaian seperti pengoptimuman storan-PV berasaskan AI Huawei dan pembayangan iPV untuk pengurangan kehilangan digunakan untuk memaksimumkan kecekapan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Pada lapisan rangkaian, penyelesaian tersebut turut menampilkan inovasi dalam tiga bidang:

  • Sambungan optik-sepenuhnya: Dengan menaik taraf seluruh rangkaian bermula daripada pensuisan elektrik kepada pensuisan optik, penyelesaian tersebut meningkatkan kecekapan tenaga kira-kira 10 kali ganda manakala penukaran tembaga kepada gentian meningkatkan lagi kecekapan tenaga kira-kira lima kali ganda.
  • Pemudahan: Keupayaan pemprosesan berbilang perkhidmatan penghala Huawei membolehkan penyelesaian tersebut mengintegrasikan empat unit peralatan menjadi satu. Dengan pemodenan SDH, penyelesaian tersebut menggantikan berbilang kabinet setiap tapak dengan satu sub-rak setiap tapak, mengurangkan dengan ketara jumlah ruang bilik peralatan yang diperlukan dan meningkatkan kecekapan tenaga rangkaian (NEE). Inovasi yang berterusan dalam rangkaian penghantaran optik (OTN) turut mengupayakan penyelesaian Super C120+L120 ultra-jalur-lebar untuk menyokong kapasiti setiap gentian hampir 100 Tbit/s, yang bererti 1 juta pengguna boleh menonton filem dalam talian secara serentak melalui gentian tunggal dengan ketebalan sehelai rambut.
  • Kecerdasan: Penyelesaian tersebut menyokong hibernasi dinamik pintar penghala dan menyelaraskan secara automatik kekerapan penghantaran pemproses rangkaian berdasarkan kepada perubahan dalam volum trafik.

Pada lapisan operasi, penyelesaian tersebut memfokuskan kepada operasi pengguna, dasar penjimatan tenaga dan penunjuk kecekapan tenaga:

  • Penyelesaian tersebut mempercepatkan penghijrahan pengguna ke rangkaian menggunakan RAT yang lebih cekap tenaga, sebagai contoh, daripada 2G dan 3G kepada 4G dan 5G, mengurangkan penggunaan tenaga setiap bit dengan banyak dan mengurangkan nilai NCIe.
  • Penyelesaian tersebut melaksanakan kawalan dan analisis trafik waktu sebenar dan menyelaraskan kekerapan pemproses penghantaran atau menutup port berdasarkan kepada perubahan volum trafik.
  • Penyelesaian tersebut memastikan agar penunjuk boleh dilihat, boleh diurus dan boleh dioptimumkan.

Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei diadakan mulai 18 Julai hingga 21 Julai di Shenzhen, China. Bersama-sama pengendali global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kami meneroka topik-topik seperti 5.5G, pembangunan hijau dan transformasi digital untuk membayangkan kejayaan bersama dalam ekonomi digital. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/winwin-innovation-week

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news