omniture

Digital, Hijau dan Pintar: XCMG bakal Lancar Produk Tenaga Baharu di Pameran Terbesarnya Setakat Ini di bauma 2022

XCMG
2022-07-21 01:28 168

MUNICH, 21 Julai 2022 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE:000425) akan mengadakan pameran di bauma 2022 mulai 24 hingga 30 Oktober di Munich, Jerman, mengetengahkan teknologi dan produk terkini yang menunjukkan hala tuju pembangunan digital, hijau dan pintar kumpulan ini. XCMG akan berada di reruai FS.1105/4, FS.1105/2 DAN FS.1105/7 di Pusat Pameran Perdagangan Messe München.

XCMG’s Machines and Equipment Has been Shipped from China to Munich for the Upcoming bauma 2022 (Oct. 24-30, Trade Fair Center Messe München, Munich, Germany).
XCMG’s Machines and Equipment Has been Shipped from China to Munich for the Upcoming bauma 2022 (Oct. 24-30, Trade Fair Center Messe München, Munich, Germany).

XCMG membawa pameran terbesarnya setakat ini di bauma tahun ini, menampilkan bukan sahaja siri penuh mesin pengorek dan set bersepadu peralatan jentera jalan raya, tetapi juga jentera angkat, pengikis dan mesin cerucuk serta platform kerja udara yang popular dalam kalangan pelanggan Eropah. Kesemua model yang ditampilkan disesuaikan untuk pasaran pembinaan di Eropah yang cemerlang dalam teknologi pintar, jaminan keselamatan dan keandalan.

XCMG akan melancarkan barisan produk tenaga baharu di bauma 2022, termasuk model elektrik tulen kren semua rupa bumi, mesin pengorek dan jentera angkut, dengan kelebihan yang utama dalam bateri berkapasiti besar, pengecasan pantas, emisi sifar dan bebas pencemaran.

"XCMG melakukan peralihan dan transformasi tenaga baharu, memajukan strategi berterusan kami untuk karbon-rendah hijau dan infrastruktur baharu yang pintar serta merancang pembangunan yang bersungguh-sungguh untuk teknologi kawalan elektronik, bateri dan pemacu elektrik, kami berharap dapat menunjukkan pencapaian terkini kami dalam pembangunan jentera pembinaan tenaga baharu kepada khalayak global di bauma 2022," kata En. Jiansen Liu, Naib Presiden XCMG dan Pengurus Besar XCMG Import and Export Ltd.

Sejak tahun 1992, XCMG merupakan perusahaan Cina pertama yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut dan tidak pernah terlepas satu acara pun sejak 30 tahun yang lalu. Pembangunan pesat XCMG sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah membina jaringan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menyeluruh, pengedaran kawasan setempat, pengurusan rantaian bekalan selain pusat khidmat pelanggan dan latihan bersepadu.

Ketika ini, XCMG mempunyai tiga subsidiari yang beroperasi di Eropah termasuk sebuah pusat penyelesaian, sebuah pusat pembelian serta sebuah syarikat jualan dan perkhidmatan. XCMG turut mengendalikan rantaian nilai keseluruhan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pasaran Eropah, dengan sokongan tempatan yang kukuh untuk penjualan, perkhidmatan, pembiayaan dan kitar semula peralatan terpakai dan banyak lagi.

"Kami memajukan strategi global kami dengan aktif, menerusi kombinasi yang mantap antara kepakaran profesional dan pengalaman praktikal dalam konteks berbilang budaya, XCMG komited untuk mencipta nilai sebenar dan menyediakan produk serta perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan kami di Eropah," kata Liu.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi XCMG.

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation Trucking and Road Transportation Future Events