omniture

Global Times: Xinjiang bukan lagi sudut terpencil, tetapi kawasan teras, hab di BRI: Xi

Global Times
2022-07-21 02:06 231

BEIJING, 21 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Lapan tahun selepas lawatan beliau ke wilayah Xinjiang China pada tahun 2014, Presiden Cina Xi Jinping melakukan perjalanan kedua ke wilayah barat laut dan menegaskan usaha untuk melaksanakan dasar sepenuhnya dan dengan baik Parti Komunis China untuk tadbir urus Xinjiang dalam era baharu, menekankan kestabilan sosial dan keselamatan yang berkekalan sebagai matlamat menyeluruh dan peranan penting wilayah tersebut dalam membina Inisiatif Jalur dan Jalan.

Penganalisis berkata bahawa lawatan Xi ke Xinjiang menandakan bahawa selepas mencapai perubahan asas daripada gangguan kepada kestabilan, wilayah Xinjiang memasuki fasa baharu untuk dibangunkan menjadi kubu jambat bagi pembukaan ke arah barat China.

Semasa bermalam di wilayah Xinjiang dari hari Selasa hingga Jumaat, Presiden Xi melawat banyak tempat di Urumqi. Beliau turut berkunjung ke Shihezi dan Turpan serta meninjau kampung-kampung dan Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang selain turut berbual-bual bersama penduduk tempatan.

Semasa lawatan tersebut, Presiden Xi turut menyeru untuk membangunkan Xinjiang menjadi sebuah wilayah yang bersatu-padu, harmoni, makmur dan maju dari segi budaya, dengan ekosistem yang sihat dan penduduk menjalani kehidupan dan bekerja dengan gembira.

Lawatan Xi ke wilayah Xinjiang merupakan indikasi yang kukuh dan signifikan bahawa di samping mengekalkan kestabilan yang berpanjangan dan mencapai pembangunan ekonomi, wilayah Xinjiang melangkah ke fasa baharu pembangunan ekonomi dan telah dibina sebagai hab teras untuk pembinaan Inisiatif Jalur dan Jalan China serta kubu jambat untuk pembukaan ke arah barat, Wang Yuting, menurut profesor madya Institute of Chinese Borderland Studies di Chinese Academy of Social Sciences kepada Global Times. 

Xinjiang dan seluruh wilayah barat China telah merealisasikan kestabilan, meletakkan asas untuk China meningkatkan lagi wilayah baratnya dan mempererat kerjasama dengan negara-negara Asia Tengah dan Barat, kata Wang, menyatakan bahawa peranan Xinjiang sebagai hab teras Jalur Ekonomi Jalan Sutera mempunyai nilai dan erti strategik yang signifikan.

Pada hari Selasa, Xi melawat Pelabuhan Darat Antarabangsa Urumqi. "Inisiatif Jalur dan Jalan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan sejak ia dimulakan. Memandangkan pembinaan bersama BRI terus maju, Xinjiang bukan lagi sudut terpencil, tetapi kawasan teras dan hab. Apa yang telah anda lakukan mempunyai kepentingan bersejarah," kata Xi.

Wang turut menyatakan bahawa lawatan Xi di Xinjiang turut memaparkan dasar China yang diperkaya untuk tadbir urus Xinjiang dalam era baharu termasuk mengekalkan kestabilan di wilayah tersebut melalui perpaduan etnik, memupuk budaya Xinjiang, mendorong kesejahteraan dalam kalangan penduduk setempat dan membangunkan Xinjiang dari perspektif jangka panjang.

Produk China boleh dieksport ke AS dan Barat dari kawasan pantai dan juga ke wilayah-wilayah lain melalui hab darat Xinjiang yang bukan sahaja dapat memenuhi permintaan yang semakin kukuh dari negara-negara jiran tetapi juga membantu mempercepatkan pembukaan wilayah tersebut untuk mencari jalan keluar yang baharu, kata Wang.

 

Source: Global Times
Keywords: Computer/Electronics Transportation Advocacy Group Opinion