omniture

Rockwell Automation Bawakan Keupayaan Pemacu Lebih Pintar untuk Lebih Banyak Aplikasi

Rockwell Automation
2022-07-21 08:05 261

Pemacu PowerFlex 755TS baharu kini boleh didapati di seluruh Asia Pasifik - memainkan peranan utama dalam aplikasi kawalan motor, membantu mengurangkan masa henti dan membolehkan motor berjalan dengan lebih pantas

SINGAPURA, 21 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat terbesar di dunia yang khusus untuk automasi industry dan transformasi digital, mengumumkan pelancaran portfolio pemacu frekuensi boleh ubah PowerFlex AC di Asia Pasifik untuk menyokong rangkaian aplikasi kawalan motor yang lebih luas. Ini akan dapat memberi pelanggan lebih fleksibiliti, prestasi dan kecerdasan dalam pemacu generasi akan datang mereka melalui Teknologi TotalFORCE.

Rockwell Automation Membawakan Keupayaan Pemacu Lebih Pintar untuk Lebih Banyak Aplikasi
Rockwell Automation Membawakan Keupayaan Pemacu Lebih Pintar untuk Lebih Banyak Aplikasi

Pemacu PowerFlex 755TS baharu ini merupakan pemacu enam-denyut pertama yang menggabungkan TotalFORCE daripada Rockwell Automation untuk membantu pelanggan memanfaatkan sepenuhnya peralatan mereka. Sebelum ini teknologi bahagian-depan yang aktif ini hanya boleh didapati dalam pemacu PowerFlex 755T kini TotalFORCE boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi yang lebih luas. Ini termasuk aplikasi kipas, pam dan penyampai tradisional serta proses kawalan motor lebih canggih yang memerlukan ciri-ciri berprestasi tinggi yang biasanya didapati dalam penyelesaian pemacu khusus.

Penambahan ini membawakan pengalaman pengguna yang dipermudah dan konsisten kepada hampir semua aplikasi kawalan motor dengan tiga cara utama:

  • Kawalan fleksibel, berprestasi tinggi: Julat kuasa, kelas voltan dan keupayaan prestasi pemacu ini memenuhi keperluan rangkaian aplikasi kawalan motor yang luas. Ini membolehkan pengguna memanfaatkan pemacu yang sama untuk berbilang aplikasi yang dapat mempermudah sokongan dan mengurangkan beban ke atas kakitangan.
  • Kepintaran operasi: Model-model prediktif terbina dalam pemacu ini mempunyai fungsi fungsi pemantauan operasi yang berterusan bagi menghitung jangkaan baki hayat komponen-komponen pemacu. Cerapan ini membantu pengguna mengurangkan masa henti yang tidak dirancang dan juga kos penyelenggaraan dengan hanya menggantikan komponen-komponen mengikut keperluan ,bukannya mengikut jadual tetap.
  • Pentauliahan dan pengoptimuman yang dimudahkan: Menggunakan set rangkaian ciri yang dirujuk sebagai Kawalan Adaptif, pemacu ini memantau ciri-ciri mesin yang boleh berubah dari masa ke masa dan mengimbangi perubahan secara automatik. Ini membantu pengguna menugaskan pemacu dengan cepat dan menyelenggaranya sepanjang hayat pemacu tanpa pakar penalaan. Ia turut membantu mengurangkan haus mekanikal dan meningkatkan masa operasi.

"Secara signifikan, lebih banyak syarikat perindustrian dapat merasai faedah-faedah teknologi TotalFORCE ketika ini memandangkan ia boleh didapati dalam pemacu enam-denyut tradisional," kata Sav Papadopoulos, pengurus perniagaan untuk pemacu voltan rendah, Asia Pasifik, Rockwell Automation. "Tiada pemacu lain dalam pasaran yang menyampaikan gabungan prestasi dan keupayaan kepintaran pemacu PowerFlex 755TS yang membantu meningkatkan produktiviti operasi dan mengurangkan beban ke atas tenaga kerja."

Pemacu PowerFlex 755TS boleh didapati dengan pilihan untuk perlindungan gas menghakis (XT) yang dipertingkatkan yang membantu meningkatkan masa operasi dan melanjutkan hayat operasi pemacu dalam persekitaran gas menghakis. Pemacu ini telah diuji dan disahkan dalam salah satu protokol ujian-persekitaran-menghakis yang paling teruk. Ujian-ujian ini menggabungkan ujian pendedahan 30-hari dalam gas aliran bercampur setiap ASTM B845 Method K dengan ujian-ujian proprietari tambahan yang melangkaui sebarang keperluan standard industri yang diketahui setakat ini.

Bagi membantu mengukuhkan keselamatan siber dalam operasi perindustrian, pemacu 755TS ini berkeupayaan CIP Security. Apabila dilaksanakan, CIP Security mengukuhkan sistem kawalan dengan menyediakan ketulenan, integriti dan kerahsiaan data. Ini membantu melindungi daripada risiko seseorang mengakses rangkaian dari jauh dan bertindak dengan niat jahat.

Pemacu 755TS direka bentuk untuk memudahkan penghijrahan daripada pemacu PowerFlex 750 yang lain. Pemacu 755TS juga merupakan penggantian mekanikal dan elektrikal untuk pemacu PowerFlex 755 lain, walaupun menggunakan dimensi fizikal yang sama, lubang pelekap dan lokasi pendawaian. Ia juga menggunakan seni bina berasaskan slot yang sama yang membolehkan pengguna untuk terus menggunakan kad I/O dan keselamatan daripada pemacu 750 sedia ada mereka. Akhir sekali, Premier Integration dalam platform kawalan Logix membantu memudahkan konfigurasi dan pengaturcaraan pemacu.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 25,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan The Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi https://www.rockwellautomation.com/en-id.html.

PowerFlex, Rockwell Automation dan TotalFORCE ialah tanda dagangan Rockwell Automation Inc.
CIP Security ialah tanda dagangan ODVA, Inc.

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Electronic Design Automation New products/services