omniture

Masa Depan Pengiklanan Diperibadikan dan Teknologi Baharu di Sidang Kemuncak HUAWEI Ads Malaysia 2022

Huawei Mobile Services
2022-07-22 15:47 100

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Huawei berjaya melabuhkan tirai Sidang Kemuncak HUAWEI Ads Malaysia pada hari ini, berkongsi lebih banyak tentang tema-tema unggul dalam bidang pemasaran digital. Acara tersebut menampilkan perbualan yang memberi kesedaran melalui dua perbincangan panel bersama para pemimpin industri dan membolehkan mereka berkongsi lebih banyak tentang masa depan pemperibadian serta platform pemasaran baharu yang akan Menjana lebih banyak peluang yang inovatif. HUAWEI Ads sering disebut dalam perbualan tersebut ekoran faedah-faedahnya dalam menyampaikan iklan kepada pengguna dengan ketepatan yang lancar, menjadikannya sebagai platform unggul untuk kemajuan masa depan dalam platform pemasaran.

Sidang Kemuncak HUAWEI Ads Malaysia menjemput pakar-pakar pemasaran digital untuk berkongsi masa depan pemperibadian dan platform pemasaran baharu yang membawa peluang iklan yang inovatif.
Sidang Kemuncak HUAWEI Ads Malaysia menjemput pakar-pakar pemasaran digital untuk berkongsi masa depan pemperibadian dan platform pemasaran baharu yang membawa peluang iklan yang inovatif.

Perbincangan panel pertama menampilkan Tan Lee Chin, Ketua Pegawai Operasi (Strategi dan Kandungan Kumpulan) daripada MCIL Malaysia, sebagai moderator panel — topik-topik penting seperti memasukkan elemen sentuhan peribadi kepada bahan-bahan pengiklanan dibincangkan. Panel pemimpin-pemimpin industri yang disegani, termasuk Kenny Ong, Pengarah Astro Radio dan Rocketfuel Entertainment Astro Media Solutions; Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran Kumpulan AEON (M) Bhd; Chu Tze Ming, Pengasas Persuasion Technologies Sdn Bhd; dan Cornie Leong, Pengurus Kanan Operasi Huawei Traffic Product; berkongsi pandangan mereka tentang harapan oleh pengguna digital, cabaran pemperibadian, menterjemahkan pemperibadian kepada perniagaan yang bermakna dan memacu hasil yang relevan.

Berucap di perbincangan panel kedua ialah pemimpin-pemimpin korporat penting seperti Diana Boo, Ketua Pegawai Pemasaran daripada Boost; Anna Kim Bo Kyung, Ketua Pemasaran Carsome; Mohammad Iqbal, Ketua Digital & E-dagang Mindshare; dan Malcolm Wong, Naib Presiden, Produk Iklan, Asia, MEA & LATA Huawei. Sebagai moderator panel, Serm Teck Choon, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Antsomi membimbing secara kreatif topik-topik mengenai platform pemasaran baharu dan sedang membangun serta impak-impaknya yang berbeza, selain bagaimana perniagaan digalakkan untuk berkomunikasi bersama pelanggan mereka melalui berbilang titik sentuh pada masa kini.

Memanfaatkan perbincangan untuk menterjemahkan pemperibadian kepada hasil yang bermakna dan terdorong, HUAWEI Ads berupaya untuk meningkatkan keupayaannya yang membolehkan pengiklan dan jenama mencipta iklan diperibadikan bagi mendekati orang ramai menggunakan iklan berasaskan tingkah laku minat (IBA). Dengan menyasarkan pengguna berdasarkan kepada data pengguna dan memaparkan iklan yang lebih relevan, pengguna akan dapat menikmati pengalaman keseluruhan yang lebih menyenangkan sambil meneroka pilihan mereka pada peranti mudah alih. Banyaknya aplikasi natif pada HUAWEI Ads turut membantu pengiklan meningkatkan jenama, barangan dan perkhidmatan mereka dengan lebih 41,000 rakan kongsi penerbit pihak ketiga.

Pelanggan-pelanggan yang berjaya dengan HUAWEI Ads

AirAsia, pengendali syarikat penerbangan multinasional dan terbesar di Malaysia mengikut saiz armada dan destinasi, berkongsi pengalamannya menggunakan HUAWEI Ads. Dengan jejak global yang menonjol, kedudukan sempurna HUAWEI Ads membantu AirAsia untuk berkembang dalam pasaran-pasaran signifikan seperti Thailand, Indonesia dan Singapura. AirAsia turut memaksimumkan keterlihatan jenama dalam ekosistem Huawei melalui penggunaan AppGallery dan iklan-iklan dalam-aplikasi HMS yang lain. Memanfaatkan penyelesaian yang dicadangkan oleh HUAWEI Ads ini, AirAsia mencapai penyampaian iklan yang konsisten dengan 59% kadar klik-untuk-muat-turun dan 2-9.6 kali ganda peningkatan dalam muat turun aplikasi harian dalam empat pasaran utama.

Dalam cara yang sama, Senheng, rangkaian runcit barangan elektronik pengguna yang terkemuka di Malaysia telah menyaksikan peningkatan sebanyak 30 kali ganda dalam kalangan pengguna daripada ekosistem Huawei sejak mereka bentuk semula aplikasinya pada Oktober 2021. Sambil bergantung pada rangkaian paparan HUAWEI Ads, Senheng berupaya menemui pengguna bertaraf tinggi dalam ekosistem mudah alih Huawei. Senheng mengaitkan kemajuannya kepada kempen pemerolehan pengguna yang jelas dan mudah namun berkesan dengan Promosi Aplikasi Automatik (Automated App Promotion) bagi mencari pengguna baharu. HUAWEI Ads menggunakan pelbagai jenis penempatan iklan untuk berinteraksi dengan berkesan bersama khalayak merentas senario iklan yang berbeza dan strategi konfigurasi mantap yang mengupayakan integrasi mudah penjejakan pihak ketiga.

Setelah diiktiraf dengan kejayaan ini, HUAWEI Ads akan terus meluaskan keupayaan dan penyelesaian iklannya bagi membantu rakan kongsi iklan memanfaatkan peluang yang banyak dalam pasaran pengiklanan digital melalui pemperibadian dan platform yang unik.

Selain itu, mulai sekarang hingga 5 Ogos 2022, pengiklan-pengiklan di Malaysia yang melanggan Pakej Asas, Lanjutan atau Premium HUAWEI Ads dan memenuhi kriteria perbelanjaan iklan dalam tempoh 90 hari akan layak untuk mendapat kredit bonus seperti berikut:


Asas

Lanjutan 

Premium 

Perbelanjaan Iklan dalam 90 Hari

US$10,000

US$20,000

US$30,000

Kredit Iklan Bonus

US$3,000

US$8,000

US$15,000

Hubungi cloudservicemy@huawei.com untuk melanggan pakej promosi atau kunjungi https://ads.huawei.com/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI Ads.

Latar Belakang HUAWEI Ads 

HUAWEI Ads ialah pasaran pengiklanan digital yang diwujudkan untuk peranti Huawei. Perkhidmatan ini berinteraksi dengan algoritma dan seni bina asas peranti Huawei, menjadikannya platform yang paling berkesan untuk mendekati kumpulan pengguna global Huawei seramai lebih 730 juta orang melalui peranti seperti telefon pintar, komputer peribadi (PC) dan tablet.

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news