omniture

Penyelesaian Rangkaian-Awan Kewangan Baharu Huawei Bina Sambungan Baharu untuk Kewangan Lebih Pintar dan Lebih Hijau

Huawei
2022-07-25 07:50 128

SINGAPURA, 25 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2022, Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Rangkaian-Awan Kewangan Baharu Huawei Membina Sambungan Baharu untuk Kewangan Lebih Pintar dan Lebih Hijau." Dalam ucapan beliau, En. Hu menjelaskan bagaimana Penyelesaian Rangkaian-Awan Kewangan Huawei yang baru dinaik taraf mempercepatkan peralihan ke awan (cloudification) bagi perkhidmatan perbankan dan membina sambungan baharu demi kewangan yang lebih pintar dan lebih hijau.

Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucapan dasar
Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucapan dasar

Dengan pembangunan ekonomi digital global yang pesat, ICT generasi seterusnya disepadukan secara mendalam dengan perkhidmatan kewangan, lantas mempercepatkan pembangunan Teknologi Kewangan (FinTech). Berlatarbelakangkan hal ini, bank-bank daripada semua saiz berkembang ke arah perkhidmatan kewangan pintar dan dalam talian serta memindahkan perkhidmatan mereka ke awan.

Rangkaian merupakan asas untuk kewangan digital. Walau bagaimanapun, rangkaian bank pada hari ini menghadapi banyak cabaran seperti bagaimana untuk menggunakan sumber silang-DC dengan cepat dan meningkatkan kecekapan O&M, seterusnya meningkatkan keperluan baharu untuk inovasi digital bank-bank.

"Sebagai respons, Huawei telah menaik taraf Penyelesaian Rangkaian-Awan Kewangannya dengan menumpukan untuk membina awan, menghubungkan awan dan beralih ke awan," kata Kevin Hu. "Penyelesaian kalis masa depan menyediakan seni bina rangkaian yang tangkas dan stabil yang diperlukan untuk melancarkan perkhidmatan baharu dalam beberapa minit dan mengupayakan O&M aplikasi dan rangkaian bersepadu, meningkatkan kecekapan inovasi dan memberi jaminan pengalaman perkhidmatan pada waktu sebenar."

Membina awan: Transformasi digital kewangan bermula daripada Rangkaian Pemanduan Berautonomi (ADN) L3.5 untuk pusat data.

Penyelesaian ADN L3.5 Huawei memperluas keupayaan ADN kepada berbilang pusat data. Penyelesaian ini menyediakan pereka Runbook, MDC dan keupayaan AOC serta menyokong pengurusan peranti pihak ketiga dan saling hubungan awan awam. Ia juga menghubungkan berbilang pusat data dan awan awam secara automatik, memendekkan purata tempoh penghijrahan perkhidmatan daripada beberapa hari kepada beberapa minit.

Penyelesaian ini membolehkan O&M aplikasi dan rangkaian bersepadu. Khususnya, prob digunakan pada rangkaian untuk mencerminkan trafik perkhidmatan kepada platform analisis prestasi perkhidmatan daripada rakan kongsi Huawei, Netis. iMaster NCE menyediakan API terbuka untuk berkolaborasi dengan platform ini, lalu menjadikannya mudah untuk menganalisis penunjuk pada waktu sebenar untuk O&M perkhidmatan E2E.

Sejajar dengan falsafah hijau dan karbon-rendah, suis CloudEngine Huawei mengguna pakai teknologi pelesapan haba yang canggih, modul penghantaran cekap tenaga dan mod port berketumpatan tinggi, bagi menawarkan penggunaan kuasa 54% lebih rendah setiap bit berbanding purata industri.

Menghubungkan awan: Pemampatan trafik WAN dan pengoptimuman pintar mempercepatkan aliran data perkhidmatan kewangan yang cekap. 

Huawei melancarkan penyelesaian pemampatan trafik tidak bernegara berbilang titik, seluruh rangkaian yang pertama dalam industri ini yang boleh memampatkan trafik WAN sebanyak lebih 37%. Selain itu, ciri pengoptimuman pintar Huawei membantu meluaskan kapasiti tanpa menambah talian peribadi, lalu mengurangkan kos talian peribadi.

Penyelesaian WAN Huawei menyokong pengoptimuman pintar yang mengimbangi penggunaan lebar jalur antara berbilang talian peribadi. Ini dapat menghalang pengembangan kapasiti yang tidak diperlukan ekoran pengagregatan trafik pada pautan yang sibuk, seraya mengurangkan kos pengembangan talian peribadi.

Beralih ke awan: SD-WAN dan Wi-Fi 6 mengupayakan pengalaman perkhidmatan yang optimum pada rangkaian cawangan.

Bagi mempermudah akses awan untuk cawangan, Huawei melancarkan Penyelesaian SD-WAN yang menghapuskan keperluan perancangan dan menjadikan peranti berciri pasang-dan-main. Dengan cara ini, rangkaian boleh disediakan dari jauh dalam tempoh 10 minit untuk akses yang amat pantas ke awan. iMaster NCE-Fabric melaksanakan pengurusan jarak jauh, menghapuskan O&M di tapak dan mengurangkan aduan.

Dalam senario pejabat cawangan, Penyelesaian Rangkaian Kampus Tanpa Wayar-Penuh Huawei mengupayakan 20% jarak liputan isyarat Wi-Fi 6 yang lebih besar berbanding purata industri. Ia juga memastikan isyarat sentiasa hidup untuk pengguna dan perayauan tanpa hilang, lalu benar-benar meningkatkan pengalaman perkhidmatan pada rangkaian cawangan.

Pada masa akan datang, Huawei akan terus berinovasi dan bekerjasama dengan lebih ramai pelanggan kewangan dan rakan kongsi untuk meneroka secara bersama dan melaksanakan penyelesaian yang inovatif, mendorong industri kewangan menuju masa depan digital dengan kewangan yang lebih pintar dan lebih hijau.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Conference call announcements