omniture

Shanghai Electric New Energy Development Ditubuhkan Untuk Percepat Pengembangan Perniagaan Hijau & Karbon-rendah

Shanghai Electric
2022-07-25 08:14 109

SHANGHAI, 25 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Majlis perasmian Shanghai Electric New Energy Development Co., Ltd. telahpun diadakan pada 15 Julai, menandakan pengembangan dan pertumbuhan yang dipercepatkan bagi perniagaan hijau, rendah-karbon Shanghai Electric.

Semasa berlangsungnya acara tersebut, Shanghai Electric Group mengumumkan hala tuju tenaga boleh diperbaharuinya berserta perjanjian dengan lima rakan kongsi untuk membangunkan secara bersama projek tenaga boleh diperbaharui, selain memeterai perkongsian strategik dengan lebih sepuluh institusi kewangan dan rakan kongsi industri bagi tujuan membina ekosistem kewangan buat sektor tenaga boleh diperbaharui.

Shanghai Electric, pengeluar bersepadu global yang terkemuka bagi peralatan canggih, telah membina sistem kuasa komprehensif yang baharu dan penyelesaian yang lengkap untuk taman perindustrian karbon-sifar futuristik sebagai langkah untuk menjadi peneraju dalam membantu kerajaan Cina mencapai matlamat penyahkarbonannya.

Dasar puncak karbon dan neutral karbon kerajaan Cina, turut dikenali sebagai matlamat dwikarbon, ialah satu perubahan sistemik yang dijangka memberi impak yang luas dan mendalam baik terhadap ekonomi mahupun seluruh masyarakat dan dalam masa yang sama membina sebuah masyarakat karbon sifar.

Sebagai respons kepada Rancangan Lima-Tahun ke-14 China, syarikat ini membangunkan hala tuju yang memfokuskan kepada pembangunan projek-projek tenaga angin, solar, hidrogen dan storan, berserta kecerdasan perindustrian, peralatan perubatan canggih dan perniagaan-perniagaan baharu yang lain.

Memperkenalkan Shanghai Electric New Energy Development Co., Ltd.
Memperkenalkan Shanghai Electric New Energy Development Co., Ltd.

Penubuhan entiti tenaga boleh diperbaharui merupakan langkah yang penting dalam hala tuju yang betul. Syarikat baharu ini telah menerima jumlah pelaburan sebanyak RMB 3 bilion termasuk RMB 2 bilion daripada Shanghai Electric Group dan RMB 1 bilion daripada Shanghai Electric Wind Power Group setiap satu dan bermatlamat untuk menjadi penyedia yang paling bersepadu dan inovatif bagi projek tenaga boleh diperbaharui dan perkhidmatan kitaran hayat penuh.

Dengan pasaran domestik sebagai bidang pengembangan awal dan tumpuan untuk berkembang ke dalam pasaran-pasaran antarabangsa, Shanghai Electric New Energy Development akan komited untuk membina platform perkhidmatan kitaran hayat penuh untuk masa depan tenaga boleh diperbaharui dengan membangunkan projek tenaga angin, solar, storan, terma dan hidrogen selain mengembangkan perniagaan bersepadu storan-beban-grid-sumber. Berdasarkan kepada platform tersebut, firma ini merancang untuk mencipta penyelesaian bersepadu yang bertumpukan sekitar pengoptimuman sistem, peralatan diperkemas dan sistem kawalan pintar, memberi sokongan padu kepada pembangunan berpandukan kualiti untuk perniagaan tenaga boleh diperbaharui Shanghai Electric Group.

Pada masa akan datang, Shanghai Electric berhasrat untuk memberi tumpuan bagi menggalakkan kecerdasan perindustrian dan aplikasi teknologi sekali gus memudahkan interaksi antara tenaga dan internet perindustrian. Di samping itu, syarikat ini merancang untuk memajukan pembangunan perindustrian yang mampan secara global melalui penggunaan teknologi dengan berkolaborasi bersama taman milik kerajaan, pelanggan perniagaan, firma modal teroka, rakan kongsi teknologi dan institusi kewangan dengan matlamat utama untuk mencipta dunia yang lebih baik buat semua.

Shanghai Electric menyasarkan untuk membangunkan projek tenaga boleh diperbaharui dan membina ekosistem kewangan di dalam sektor ini
Shanghai Electric menyasarkan untuk membangunkan projek tenaga boleh diperbaharui dan membina ekosistem kewangan di dalam sektor ini

Setiausaha Jawatankuasa Parti Daerah Fengxian, Li Zheng dan setiausaha serta pengerusi Jawatankuasa Parti Shanghai Electric Group, Leng Weiqing, kedua-duanya menyampaikan ucapan di majlis perasmian berkenaan dan mengalu-alukan permulaan perniagaan yang baharu.

Turut hadir ialah beberapa orang pegawai kerajaan dan eksekutif pengurusan tertinggi termasuk timbalan setiausaha Jawatankuasa Parti Daerah Fengxian dan datuk bandar, Yuan Quan; timbalan setiausaha dan presiden Jawatankuasa Parti Shanghai Electric, Liu Ping; pengurus besar Bank of China Cawangan Shanghai, Zhang Shouchuan; setiausaha dan pengerusi Jawatankuasa Parti Shanghai Guosheng Group serta pengerusi Shanghai Guosheng Capital Management, Shou Weiguang; setiausaha dan pengerusi Jawatankuasa Parti Shanghai Electric Power Construction, Jiang Lindi; dan naib presiden eksekutif  China Merchants Bank dan pengurus Besar Cawangan Shanghai, Shi Shunhua.

Selain itu, eksekutif-eksekutif lain daripada Shanghai Electric Group dan institusi-institusi kewangan utama termasuk bank, firma sekuriti dan syarikat amanah serta beberapa wartawan turut hadir dalam upacara tersebut.

Latar Belakang Shanghai Electric 

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE: 601727) ialah pengeluar peralatan canggih yang bertaraf dunia, memfokuskan kepada tenaga pintar, pembuatan pintar dan infrastruktur pintar bagi menyediakan penyelesaian sistem gred-perindustrian hijau dan pintar. Ia hadir secara global dalam industri-industri seperti tenaga baharu, tenaga bersih yang cekap, pengutomatan perindustrian, peranti perubatan dan perlindungan alam sekitar.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion Licensing/marketing agreements