omniture

Huawei Perkenal Julung Kali Penyelesaian Awan Serba Guna Dorong Pertumbuhan Baharu untuk Pembawa

Huawei
2022-07-25 08:35 118

SHENZHEN, China, 25 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Minggu ini, Huawei mengadakan Sidang Kemuncak Transformasi Awan Pembawa sebagai sorotan dalam Minggu Inovasi Saling Untungnya. Semasa ucapan dasar sidang kemuncak tersebut yang bertajuk Huawei Cloud: Mengupayakan Pertumbuhan Baharu untuk Pembawa, Pengarah Jualan Pemasaran & Penyelesaian IT Pembawa Huawei, Chen Xuejun mengumumkan rangkaian pertama penyelesaian awan berasaskan senario global Huawei untuk pembawa. Penyelesaian ini memfokuskan untuk menjana wang daripada rangkaian, menginovasi perkhidmatan dan mengoptimumkan operasi bagi membantu pembawa mendepani transformasi awan dan pemecutan pertumbuhan.

Dengan kemajuan dalam 5G, pengkomputeran awan, data raya dan pengkomputeran pinggir, transformasi awan telah menjadi masa depan pembawa telekomunikasi. Menurut Gartner, pembawa di serata dunia akan meningkatkan pelaburan infrastruktur IT mereka dalam transformasi awan pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 27% dalam tempoh lima tahun akan datang. Huawei telah menyaring pengalaman telekomunikasi dan kepakaran awannya selamat lebih tiga dekad kepada faktor-faktor penting yang berikut untuk transformasi awan pembawa: pertama, pemilihan strategi transformasi dengan memfaktorkan dalam kelebihan pembawa itu sendiri; kedua, perancangan laluan transformasi yang mengambil kira keselamatan data, kestabilan sistem dan ketangkasan perkhidmatan; dan ketiga, pemilihan rakan kongsi yang dipercayai, berpengalaman dan cekap demi kolaborasi yang saling menguntungkan.

Chen Xuejun menyampaikan ucapan dasar
Chen Xuejun menyampaikan ucapan dasar

Huawei membina ketiga-tiga faktor ini dalam penyelesaian awan pembawanya.

Pertama, Rangkaian + Awan meluaskan skop pengewangan rangkaian. Matlamat rangkaian dan penyelesaian kolaborasi rangkaian-awan Huawei membolehkan pembawa meluaskan perkhidmatan dan sempadan pasaran mereka demi nilai rangkaian yang maksimum. Bagi pelanggan perusahaan di China, Huawei Cloud menyediakan penyelesaian pelaksanaan Awan + Rangkaian + Keselamatan untuk memperluas liputan penyelesaian tradisional dengan ICT bersepadu untuk peningkatan nilai berganda.

Kedua, Perkhidmatan + Awan mempercepatkan inovasi perkhidmatan. Huawei Cloud memanfaatkan pengalaman Huawei dalam industri telekomunikasi dan keupayaan platform awan canggihnya untuk menjadikan pembangunan pembawa tangkas dan membawa inovasi dengan lebih pantas ke pasaran. Di Afrika, seorang pelanggan menggunakan platform dompet mudah alih pada Huawei Cloud, memendekkan tempoh pelancaran perkhidmatan daripada berbulan-bulan menjadi beberapa minggu. Ekosistem Huawei Cloud memendekkan lagi tempoh pelancaran ini daripada berbulan-bulan kepada hanya satu minggu.

Ketiga, Operasi + Awan memacu kecekapan operasi. Penyelesaian awan pra-optimum Huawei Cloud memperkasa perkhidmatan telekomunikasi asas, memperluas skala pengguna dan memangkinkan pertumbuhan perkhidmatan utama yang berterusan. Sebuah pembawa Asia mengira bahawa hanya 10% daripada pelanggan 5Gnya menggunakan pakej perkhidmatan 5G dan liputan rangkaian 5G. Huawei menggunakan penyelesaian tasik data teragih unutk analisis kolaboratif data sistem sokongan perniagaan (BSS), meningkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan penukaran pemasaran untuk peruntukan 5G sebanyak 180%.

Chen Xuejun mengakhiri ucapan dasar beliau dengan komitmen Huawei Cloud. "Kunci kepada transformasi awan pembawa terletak pada penggunaan awan yang lebih pintar untuk rangkaian, perkhidmatan dan operasi. Huawei Cloud akan bekerjasama dengan pembawa global bagi mentransformasikan dan membuka ruang lingkup pertumbuhan yang baharu."

Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei diadakan mulai 18 Julai hingga 21 Julai di Shenzhen, China. Bersama-sama pengendali global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kami meneroka topik-topik seperti 5.5G, pembangunan hijau dan transformasi digital untuk membayangkan kejayaan bersama dalam ekonomi digital. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/winwin-innovation-week.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services