NINGDE, China, 25 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Contemporary Amperex Technology Co., Limited ("CATL") dan Ford Motor Company ("Ford") hari ini mengumumkan MOU tidak mengikat yang menggariskan Kerjasama Strategik Global termasuk membekalkan bateri di China, Eropah dan Amerika Utara.
Di bawah perjanjian yang berasingan, CATL akan turut menyediakan pek bateri LFP penuh untuk model Mustang Mach-E Amerika Utara bermula pada tahun hadapan serta F-150 Lightnings Amerika Utara pada awal tahun 2024. Dikuasakan oleh sistem bateri LFP CATL, yang membawakan hayat bateri yang panjang dan kestabilan terma, model-model Ford yang disebut di atas akan menawarkan prestasi cemerlang dalam penyesuaian suhu.
CTP ialah teknologi yang mengintegrasikan secara langsung sel ke dalam pek, membolehkan pek meningkatkan ketumpatan tenaga sistem, mempermudah pembuatan dan menurunkan kos. Kefleksibelan seni bina EV Ford membolehkan penggabungan cekap teknologi CTP (sel-ke-pek) berprisma CATL, menyampaikan kapasiti tambahan dengan cepat untuk meningkatkan dan memenuhi permintaan pelanggan.
Kedua-dua syarikat merancang untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk bersama-sama meninjau peluang perniagaan yang baharu di seluruh dunia. Selain daripada membekalkan bateri CTP berasaskan LFP kepada Ford, CATL berhasrat untuk bekerjasama dengan aktif bersama Ford berhubung dengan teknologi-teknologi bateri yang lain.
Kerjasama strategik global dipertingkatkan itu bertujuan untuk membuka peluang baharu kepada kedua-dua syarikat untuk mewujudkan perniagaan yang mampan dan mempromosikan EV, lalu menyumbang kepada matlamat keneutralan karbon global.