omniture

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World: Tingkatkan Kesediaan Masa Depan dengan Teknologi, Kandungan dan Minda Rentas Disiplin

Perfect World
2022-07-25 08:48 181

BEIJING, 25 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Bertema "Ketidakpastian Mengemudi" ("Uncertainty Navigating"), New Champion Dialogue, panel murni yang diadakan semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) bermula pada 18 Julai dengan penyertaan daripada kira-kira 1,100 pemimpin dan pakar dari lebih 90 negara.

Di sesi "Memperjuangkan Agenda Keusahawanan", Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert H. Xiao berkongsi pandangan beliau dalam meningkatkan kesediaan masa depan PKS bersama-sama tiga eksekutif korporat yang lain.

Dr. Xiao berkata bahawa Perfect World secara semula jadinya ialah sebuah syarikat teknologi, "Maka, teknologi itu sendiri merupakan tumpuan kepada pembangunan kami dan kedua ialah kandungan, memandangkan kandungan filem, permainan, e-sukan atau Metaverse kesemuanya mempunyai jalan cerita dan menceritakan sebuah kisah dengan baik amat berkaitan dengan kreativiti, dan bukan semata-mata tentang teknologi," seperti yang ditambah oleh beliau.

Apakah langkah-langkah dan perubahan yang perlu dibuat untuk mengharungi kemelesetan yang disebabkan oleh pandemik telah menjadi topik hangat untuk perusahaan terutamanya PKS. Dari segi penyelesaian, Dr. Xiao mencadangkan agar pendigitalan dan kerjasama rentas-disiplin boleh menjadi jalan keluar. "Bagi kes Perfect World, kami meletakkan simbol budaya kami seperti Tokong Confucius Nanjing, Gua Mogao Dunhuang, hanfu dan muzik tradisional Cina dalam produk kami," kata Dr. Xiao. "Ia akan mempelbagaikan kandungan dengan membawa senario-senario yang berbeza serta simbol budaya dalam konteks produk kami," tambah beliau.

Memandangkan Metaverse menjadi istilah tidak rasmi yang popular, Dr. Xiao berkongsi beberapa pandangan beliau tentang Metaverse. Beliau percaya bahawa Metaverse masih di peringkat awal dan masih belum membentuk konsensus pasaran. "Metaverse yang lengkap akan melibatkan pelbagai platform teknologi asas yang pelbagai dan standard yang seragam, agar orang ramai dapat membina kandungan Metaverse mereka sendiri pada platform tersebut," kata beliau.

Bagi menjawab soalan tentang cara PKS mencapai pembangunan mampan walaupun dengan kemelesetan yang berpotensi berlaku yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, Dr. Xiao menegaskan bahawa kemelesetan juga merupakan ujian untuk sesebuah syarikat sama ada ia mempunyai keazaman dan boleh memfokuskan kepada kecekapan terasnya.

"Selain daripada kebingkasan dan kesungguhan untuk mencapai misi, PKS perlu mencari hala tuju yang betul dan memfokuskan semua sumber dalam hala tuju ini. Di samping itu, kita perlu mengekalkan kepercayaan untuk masa depan dan kekal tangkas untuk bertindak balas kepada cabaran dalam pasaran dan industri untuk mendepani cabaran serta peluang dengan lebih baik," kata Dr. Xiao.

Source: Perfect World
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet OTC/SmallCap IRW New products/services Trade show news