omniture

Archwey, Kumpulan Kejuruteraan Bahan Lestari, Lancar Ibu Pejabat Global di Singapura

Archwey
2022-07-25 09:40 111
  • Kumpulan pemegangan dengan tiga syarikat, Archwey merekayasa semula sisa plastik kepada produk untuk bidang fesyen, runcit, hospitaliti dan rawatan kesihatan
  • Archwey akan menerajui dorongan global ke arah penghapusan plastik dara sepenuhnya
  • Penyelesaian plastik diperakui-GRS BLUEWAVE® boleh didapati di seluruh dunia melalui syarikatnya PlasticBean

SINGAPURA, 25 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Archwey, kumpulan pemegangan dengan tiga syarikat yang mengubah keadaan apabila melibatkan kaedah yang inovatif untuk menggunakan semula dan mengurangkan sisa plastik: Arch & Hook, Shieldler dan PlasticBean – telah membuka ibu pejabat globalnya di Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Archwey Sjoerd Fauser berucap di pelancaran rasmi Ibu Pejabat global di Singapura
Ketua Pegawai Eksekutif Archwey Sjoerd Fauser berucap di pelancaran rasmi Ibu Pejabat global di Singapura

Misi Archwey adalah untuk menghapuskan dunia daripada plastik dara selama-lamanya, lalu membentuk semula blok binaan dunia. Ia akan mencapai matlamat ini melalui penyelesaian plastik diperakui-GRS[1] BLUEWAVE®: bahan termoplastik yang diperbuat daripada 100% plastik yang cenderung-ke-laut, plastik marin dan plastik pasca-pengguna dikitar semula, dikumpul kebanyakannya daripada empat batang sungai yang paling tercemar di dunia. Ketiga-tiga syarikat Archwey menggunakan BLUEWAVE® untuk membekalkan penyelesaian lestari perintis untuk pembuatan, paparan dan pengangkutan produk dalam bidang fesyen, runcit, hospitaliti dan rawatan kesihatan.

Memimpin Perubahan Global dari Singapura

Singapura, dengan lokasi strategiknya di tengah-tengah Asia Tenggara dan keterhubungannya ke seluruh pelosok dunia, menawarkan batu loncatan semula jadi untuk Archwey mentransformasikan dunia dengan bahan-bahan lestari.

En. Sjoerd Fauser, Ketua Pegawai Eksekutif Archwey berkata, "Melangkaui infrastruktur komersialnya yang cemerlang, dorongan global Singapura ke arah persekitaran lestari merupakan faktor penarik dalam keputusan kami untuk menempatkan semula ibu pejabat kami ke Singapura. Green Plan 2030 (Rancangan Hijau 2030) dan Zero Waste Masterplan (Pelan Induk Sisa Sifar) Singapura selari dan bertembung dengan visi Archwey sendiri bagi penghapusan plastik sekali guna, cita-cita iklimnya mencerminkan keazaman kami terhadap tindakan yang konkrit dan segera untuk diambil bagi menangani perubahan iklim."

Cik Elaine Teo, Naib Presiden Kanan, Jabatan Pemudahan Pelaburan, Singapore Economic Development Board berkata, "Keputusan Archwey untuk menubuhkan ibu pejabat globalnya di sini mencerminkan keyakinannya di Singapura sebagai hab perniagaan lestari. Usaha syarikat tersebut untuk menghapuskan plastik dara selari dengan matlamat iklim Singapura ketika kami meneruskan ekonomi yang lebih hijau. Kami tidak sabar-sabar melihat Archwey memanfaatkan ekosistem kelestarian kami yang berkembang maju untuk membangunkan penyelesaian pusingan untuk perniagaan dan pengguna di Singapura serta seluruh dunia."

Mendorong pendidikan global, penyelidikan, perkongsian ilmu dan kejuruteraan produk

Dengan Singapura bersedia untuk menjadi salah sebuah bandar yang paling lestari di dunia, Archwey akan mendorong pendidikan, pertukaran ilmu dan kejuruteraan produk yang bertumpu sekitar kejuruteraan bahan dan penghapusan pengguna plastik sekali guna.

Archwey akan memanfaatkan ekosistem sokongan ibu negeri dengan tenaga kerja berfikiran masa depan, institusi yang terkemuka di dunia dan syarikat multinasional untuk meneroka lebih banyak penyelesaian perintis untuk sisa plastik. Gabungan masa depan dengan institusi, universiti dan badan amal sedang dijalankan dan bakal berlaku akan datang dengan Archwey merancang untuk menubuhkan pusat-pusat inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) globalnya sendiri. Ia menyasarkan untuk mencipta dan membawa ke pasaran bahan-bahan kitar semula dan kitar naik yang inovatif, berdaya maju secara komersial dan lestari, dalam usaha untuk memperoleh persekitaran yang benar-benar beredar dan seimbang.

Tambah En. Fauser, "Bahan-bahan mentah yang diperlukan oleh industri telahpun wujud. Dengan menggunakan dan menyokong penyelesaian kejuruteraan pintar dan membawa ke pasaran produk-produk lestari untuk industri-industri, penciptaan plastik dara sama sekali tidak perlu. Kami berada di sini untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kitar semula merupakan kunci kepada penyahkarbonan dan telah memajukan cara bahan-bahan digunakan semula. Kami komited untuk mencipta sebuah dunia tanpa plastik sekali guna dan planet yang lebih lestari untuk generasi-generasi akan datang."

Latar Belakang Archwey

Dipacu oleh visi sebuah dunia di mana pencemaran plastik dihapuskan, yang mana kehidupan dilindungi dan ciptaan boleh diperbaharui serta pusingan merupakan masa depan, Archwey ialah sebuah kumpulan kejuruteraan bahan lestari dan bertaraf global, mengkhusus untuk membangunkan bahan-bahan inovatif dan boleh dikitar semula sebagai alternatif kepada plastik sekali guna.

Sehingga kini, Archwey telah mengitar semula dan membersihkan 32,500 tan plastik dalam tempoh 18 bulan yang lalu, mencipta produk baharu yang inovatif dan indah daripada bahan buangan.[1]

Objektif-objektif Archwey termasuk:

  • Menggandakan jumlah sisa plastik yang dikitar semula dan dibersihkan olehnya daripada 32,500 hingga 65,000 tan menjelang akhir tahun 2023.
  • Melabur dan berkolaborasi dalam penyelidikan tentang mikroplastik dan kesannya ke atas biodiversiti.

Ditubuhkan pada mulanya sebagai Arch & Hook pada tahun 2015 di Amsterdam sebagai jenama penyangkut pakaian lestari yang pertama di dunia, syarikat ini meluaskan penyelesaian produk dan reka bentuknya, memanfaatkan kejayaan keupayaan kejuruteraan bahan dan BLUEWAVE®, penyelesaian plastik diperakui GRS yang proprietari. Hari ini Archwey terdiri daripada:

  • Arch & Hook®, sebuah syarikat kejuruteraan bahan lestari dan jenama penyangkut baju lestari yang terkemuka di dunia. Mencipta penyelesaian untuk fesyen dan jualan runcit, Arch & Hook memfokuskan kepada GNFR (Barangan Bukan Untuk Dijual Semula), termasuk infrastruktur dan reka bentuk kedai, serta kotak pengangkutan, menjalin perkongsian bersama pengusaha-pengusaha utama dalam industri fesyen seperti Roland Mouret, Levi's, Under Armour dan Selfridges;
  • Shieldler®, yang merekayasa semula bahan-bahan untuk menjadikan rawatan kesihatan lestari, menyediakan alternatif kitar semula dan boleh dikitar semula kepada model produk yang memudaratkan alam sekitar, seperti botol pil, pembungkusan makanan tambahan dan penyelenggara, pek lepuh, peti pertolongan cemas dan banyak lagi; dan
  • PlasticBean®, yang mencipta pelet plastik kitar semula untuk pembuatan. Ia merupakan cara Archwey untuk menjadikan bahan-bahannya tersedia di seluruh dunia, untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk industri dan planet. Mana-mana pengeluar boleh menggunakan pelet untuk tujuannya sendiri, membantu menghentikan penciptaan plastik dara yang baharu sama sekali.

[1] Lapan juga kepingan daripada pencemaran plastik dianggarkan menemui laluannya ke laut setiap hari; pengeluaran hanya satu tan plastik menghasilkan sehingga 2.5 tan karbon dioksida; dan secara global, hanya 9% daripada sembilan bilion tan plastik dikeluarkan sejak tahun 1950 telah dikitar semula. [(1) https://www.sas.org.uk/our-work/plastic-pollution/plastic-pollution-facts-figures/; (2) https://www.unep.org/resources/report/state-plastics-world-environment-day-outlook-2018]

 

Bluewave – palet plastik boleh kitar dan dikitar semula
Bluewave – palet plastik boleh kitar dan dikitar semula

Source: Archwey
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services