omniture

YTM Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengumumkan reka bentuk THE LINE, bandar masa depan di NEOM

NEOM
2022-07-26 05:13 83

JEDDAH, Arab Saudi, 26 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah NEOM, hari ini mengumumkan reka bentuk THE LINE, revolusi peradaban yang mengutamakan manusia serta menyediakan pengalaman kehidupan bandar yang belum pernah wujud sebelum ini sambil memelihara alam semula jadi di sekitarnya. Pada bulan Januari tahun lalu, Yang Teramat Mulia telah melancarkan idea awal dan visi bandar tersebut yang memberi takrifan semula tentang konsep pembangunan bandar dan gambaran bandar masa depan.

THE LINE embodies urban communities of the future.
THE LINE embodies urban communities of the future.

Reka bentuk THE LINE menunjukkan sebuah gambaran tentang komuniti bandar masa depan dalam persekitaran yang bebas daripada jalan raya, kereta dan pelepasan karbon. Bandar ini akan menggunakan 100% tenaga boleh baharu serta mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan orang ramai melebihi pengangkutan dan infrastruktur seperti yang ada di bandar-bandar lama. Ia mengutamakan alam semula jadi lebih daripada pembangunan dan akan menyumbang kepada pemeliharaan tanah NEOM sebanyak 95%.

Pengumuman ini mendedahkan tentang ciri-ciri terpenting THE LINE yang hanya berukuran 200 meter lebar, 170 kilometer panjang dan dengan ketinggian 500 meter dari aras laut. THE LINE akan menempatkan 9 juta penduduk dan akan dibina di atas tapak berukuran 34 kilometer persegi yang belum pernah didengari berbanding bandar-bandar lain dengan kapasiti yang serupa. Ciri ini akan mengurangkan jejak infrastruktur dan mewujudkan kecekapan fungsi bandar yang julung-julung kali dicipta. Iklim yang ideal sepanjang tahun akan memastikan penduduk dapat menikmati suasana alam semula jadi di sekitarnya apabila berjalan kaki. Penduduk juga akan mempunyai akses kepada semua kemudahan THE LINE dalam masa lima minit dengan berjalan kaki, selain kereta api berkelajuan tinggi dengan transit hujung ke hujung selama 20 minit.

YTM Putera Mahkota Mohammed bin Salman berkata, "Semasa pelancaran THE LINE tahun lalu, kami komited terhadap suatu revolusi peradaban yang mengutamakan manusia berdasarkan perubahan radikal dalam perancangan bandar. Reka bentuk yang diperkenalkan hari ini untuk komuniti yang dilapis secara vertikal di bandar ini akan mewujudkan cabaran kepada bandar-bandar tradisional yang rata dan mendatar serta mewujudkan sebuah model untuk pemeliharaan alam semula jadi dan meningkatkan kebolehhidupan manusia. THE LINE akan menangani cabaran yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan bandar hari ini dan akan memperkenalkan kaedah alternatif dalam menjalani kehidupan."

YTM menambah, "Kita tidak boleh mengabaikan krisis kebolehhidupan dan alam sekitar yang dihadapi oleh bandar-bandar di dunia dan NEOM mendahului dalam usaha menyampaikan penyelesaian baharu yang imaginatif untuk menangani isu ini. NEOM memimpin sepasukan profesional paling pintar dalam bidang seni bina, kejuruteraan dan pembinaan untuk merealisasikan idea pembinaan menegak ke atas sebagai suatu realiti."

YTM menyambung, "NEOM akan menjadi tempat untuk orang ramai dari seluruh dunia mencipta nama di dunia ini dengan cara yang kreatif dan inovatif. NEOM kekal sebagai salah sebuah projek paling penting dalam Wawasan 2030 Arab Saudi dan komitmen kami untuk menghasilkan THE LINE bagi pihak rakyat negara ini tetap teguh."

THE LINE menawarkan pendekatan baharu dalam reka bentuk bandar: Idea bandar berlapis yang berfungsi secara menegak sambil memberi peluang kepada orang ramai untuk bergerak dengan lancar dalam tiga dimensi (ke atas, ke bawah atau ke seberang) untuk mengakses setiap lapisan ialah suatu konsep yang dirujuk sebagai Urbanisme Sifar Graviti. Berbanding binaan-binaan tinggi semata-mata, konsep ini mencipta lapisan untuk taman awam dan kawasan pejalan kaki, sekolah, rumah dan tempat kerja, supaya seseorang itu boleh bergerak dengan mudah untuk mendapatkan semua keperluan harian dalam masa lima minit.

THE LINE akan mempunyai fakad cermin luar yang akan memaparkan ciri uniknya serta membolehkan sekecil-kecil jejaknya bergabung dengan alam semula jadi, manakala bahagian dalam akan dibina untuk mencipta pengalaman yang luar biasa dengan suasana ajaib. Bandar ini akan dicipta oleh sepasukan arkitek dan jurutera terkenal di dunia yang diketuai oleh NEOM, bagi membangunkan konsep revolusioner untuk bandar masa depan ini.

Untuk mengubah konsep urus niaga yang biasa, reka bentuk bandar ini akan didigitalkan sepenuhnya dan pembinaannya akan dilakukan secara besar-besaran dengan memajukan teknologi pembinaan serta proses pembuatan secara signifikan. Pengumuman tentang reka bentuk THE LINE adalah kesinambungan daripada kemajuan NEOM dalam pembangunan projek perdananya seperti OXAGON, bandar inovasi dan pembuatan yang direka semula; dan juga TROJENA, destinasi pelancongan pergunungan global yang akan menawarkan aktiviti ski luar pertama di Teluk Arab; serta pelancaran dua anak syarikat NEOM: ENOWA, sebuah syarikat tenaga, air dan hidrogen; dan NEOM Tech & Digital Company.

Tentang NEOM 

NEOM ialah pemacu perkembangan manusia dan sebuah wawasan tentang gambaran Masa Depan Baharu. Ia merupakan sebuah rantau yang terletak di Laut Merah, barat laut Arab Saudi yang dibangunkan dari awal sebagai sebuah makmal hidup – sebuah kawasan perusahaan yang mencorakkan perjalanan Masa Depan Baharu. Bandar ini akan menjadi sebuah destinasi dan tempat tinggal bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi sebahagian daripada pembangunan model kediaman baharu yang menakjubkan, menubuhkan syarikat-syarikat yang berkembang maju dan melaksanakan semula pemuliharaan alam sekitar.

NEOM akan merangkumi pekan dan bandar, pelabuhan dan zon perusahaan, pusat penyelidikan, lokasi sukan dan hiburan serta destinasi pelancongan yang sangat terhubung dan kognitif. Sebagai sebuah hab inovasi, usahawan, pemimpin perniagaan dan syarikat akan datang ke bandar ini untuk melakukan penyelidikan, inkubasi dan mengkomersialkan teknologi dan perusahaan baharu dengan kaedah yang menakjubkan. Penduduk NEOM akan menggambarkan etos antarabangsa dan menghayati budaya penerokaan, pengambilan risiko dan kepelbagaian.

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kepada media@neom.com atau layari www.neom.com dan www.neom.com/en-us/newsroom.

Bahan ini diedarkan oleh Teneo Strategy LLC bagi pihak Syarikat NEOM. Maklumat tambahan boleh didapati di Jabatan Kehakiman, Washington DC. 

Link for additional photos: https://we.tl/t-n9InWCwxuw
Link for all press kits: https://we.tl/t-HrUH6GfTQB
Links for videos in the following languages: English | Arabic | French | German | Russian | Japanese | Chinese

Foto -  https://mma.prnasia.com/media2/1865968/NEOM_THE_LINE_1.jpg?p=medium600
Foto -  https://mma.prnasia.com/media2/1865969/NEOM_THE_LINE_2.jpg?p=medium600

THE LINE will feature an outer mirror facade that will provide its unique character blending with nature.
THE LINE will feature an outer mirror facade that will provide its unique character blending with nature.



 

 

Source: NEOM
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services New products/services