omniture

Pembiayaan Siri D $150 Juta JAKA Robotics dengan Gen Teknologi Inovatif Dibangunkan Sejak 1979

JAKA Robotics
2022-07-26 13:04 97

SHANGHAI, 26 Julai 2022 /PRNewswire/ -- JAKA Robotics, salah sebuah syarikat robot kolaboratif terkemuka, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia berjaya menyelesaikan pembiayaan Siri D bernilai kira-kira $150 juta dalam separuh pertama tahun 2022.

Pembiayaan Siri D diterajui oleh Temasek, TrueLight Capital, Softbank Vision Fund 2 dan Prosperity7 Ventures, dana pertumbuhan terpelbagai Aramco Ventures dengan penyertaan daripada satu pelabur strategik. Pendanaan akan menyokong selanjutnya globalisasi JAKA Robotics serta penyelidikan dan pembangunan generasi-generasi baharu robot kolaboratif dengan lebih kefleksibelan dan kecerdasan. Pembiayaan Siri D menunjukkan rekod industri dicatatkan sekali lagi oleh JAKA Robotics, memandangkan pusingan pembiayaan Siri C dan C+ pada tahun 2021 juga mencatatkan rekod industri pada nilai $50 juta.

Sumber: JAKA Robotics
Sumber: JAKA Robotics

"Sebagai pemimpin dalam generasi baharu kobot, JAKA Robotics telah membentuk 9 teknologi teras dan 6 algoritma teras, mencipta penyelesaian pintar yang amat fleksibel untuk pembuatan industri yang dapat digunakan dalam pelbagai senario," kata En. Li Mingyang, Ketua Pegawai Eksekutif JAKA Robotics. "Kobot kami mempunyai antara muka komunikasi yang luas dan dilengkapi dengan sistem penglihatan, sensor daya dan peranti luaran yang lain. Peralatan persepsi dan reka bentuk robot dapat diintegrasikan secara mendalam. Ia membolehkan robot melaksanakan perancangan tugas secara bebas dalam persekitaran yang rumit, tidak berstruktur, merealisasikan kemajuan daripada kerjasama manusia-mesin kepada integrasi manusia-mesin, meliputi lebih banyak bidang pengeluaran."

Sumber: JAKA Robotics
Sumber: JAKA Robotics

Berdasarkan kepada 9 teknologi teras dan 6 algoritma teras yang dibangunkan sendiri, JAKA Robotics membentuk matriks produk lengkap dengan muatan daripada 1-18 kg. Melalui keupayaan operasi yang mantap, keupayaan berasaskan senario yang kukuh serta keupayaan pintar yang hebat, JAKA memanfaatkan keperluan mendalam pelanggan, meluaskan senario aplikasi dan mencipta penyelesaian pintar yang sangat fleksibel untuk seluruh industri ini.

Sumber: JAKA Robotics
Sumber: JAKA Robotics

"Kami teruja untuk meneruskan perkongsian kami bersama JAKA Robotics, pembangun robotik yang terkemuka, Robotik mempunyai potensi pertumbuhan yang luar biasa sebagai trend mega masa depan, terutamanya kerana interaksi manusia-mesin memainkan peranan kritikal dalam era Industri 4.0. Prosperity7 akan memanfaatkan sambungan yang dibiayai oleh Aramco untuk membantu JAKA Robotics meningkat maju dan mencapai globalisasi. Kami sentiasa berusaha untuk bekerjasama dengan perintis dalam industri-industri masing-masing bagi mengupayakan pertumbuhan dan transformasi berterusan serta memberi impak positif ke atas kehidupan orang ramai," kata En. Aysar Tayeb, pengarah eksekutif Prosperity7 Ventures dalam kenyataan tersebut.

JAKA Robotics, dengan gen teknologi inovatif dibangunkan sejak tahun 1979, ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai sebuah syarikat berteknologi tinggi dengan tujuan untuk mencapai inovasi berserta penyelidikan dan pembangunan generasi baharu robot kolaboratif untuk mengukuhkan Industri 4.0 dengan pengautomatan industri.

Dennis Chang, Rakan Pengurusan di SoftBank Investment Advisers, berkata: "Kami percaya Jaka Robotics ialah salah sebuah syarikat robot kolaboratif yang terkemuka di China yang membantu pengeluar meningkatkan produktiviti. Dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman yang kukuh, robot Jaka berprestasi tinggi dan benar-benar sesuai untuk pelbagai keadaan penggunaan industri yang diiktiraf oleh rakan-rakan kongsi globalnya. Kami gembira dapat bekerjasama dengan syarikat ini dan menyokong visi mereka untuk menyambut era robot pintar yang fleksibel."

JAKA Robotics mempunyai lebih daripada 10,000 robot kolaboratif yang beroperasi di seluruh dunia yang digunakan dalam barisan pengeluaran jenama-jenama terkenal dalam industri automotif, elektronik, semikonduktor dan industri-industri lain. Sehingga hari ini, syarikat ini telah menubuhkan pusat-pusat teknologi di Jepun dan Jerman serta bekerjasama dengan lebih daripada 300 syarikat automasi bagi menyediakan perkhidmatan setempat di seluruh dunia.

Pada tahun 2022, syarikat ini melancarkan JAKA Pro Series baharu untuk menyokong perniagaan di serata dunia yang beroperasi dalam persekitaran yang sukar. Robot kolaboratif JAKA Pro mendapat penilaian IP68 dan boleh beroperasi selama hampir 6 tahun tanpa gangguan. JAKA Pro Series menyempurnakan portfolio siri kobot ketika ini yang telahpun meluas.

Sumber: JAKA Robotics
Sumber: JAKA Robotics

Sehingga kini, JAKA Robotics telah mengumpul sejumlah besar aplikasi praktikal dalam bidang pengendalian, penyusunan palet, pemesinan, pengujian, pengikatan, penguncian skru, penggilapan, kimpalan dan banyak lagi yang lain. Dengan pembangunan beberapa teknologi dan pengembangan penyelesaian yang inovatif. Seperti yang dinyatakan pada laman sesawang syarikat, robot kolaboratif JAKA meningkatkan kapasiti pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, mengurangkan buruh fizikal yang berat untuk pekerja, meningkatkan keselamatan pekerja dan menyelesaikan kadar pusing ganti kakitangan yang tinggi.

Source: JAKA Robotics
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Financing agreements