omniture

Inovasi Digital: Huawei Perkenal Penyelesaian Infrastruktur digital MEGA

Huawei
2022-07-26 15:02 178

SINGAPURA26 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Semasa Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2022, Huawei mencadangkan infrastruktur digital kewangan kolaboratif Berbilang-domain, Cekap, Hijau dan Berautonomi (MEGA) dan memperkenalkan penyelesaian yang memperkasa transformasi digital dalam industri kewangan.

Infrastruktur MEGA ialah trend gobal untuk kewangan.

Dengan bergantung pada trend mega kewangan terhubung sepenuhnya, pintar sepenuhnya dan senario sepenuhnya, inovasi digital menjadi daya saing penting untuk pertumbuhan perniagaan, kebingkasan operasi dan kemampanan yang turut menjadi enjin penting ekonomi digital global. Pengalaman digital pengguna yang unggul dan inovasi perniagaan mempercepatkan transformasi digital industri kewangan.

Dr. Margaret Hu, Presiden Pemasaran dan Jualan Penyelesaian, Kewangan Digital Global, Huawei berkata: "Untuk transformasi digital dan pintar kewangan, Huawei akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk mendepani cabaran mendatang dan membantu sektor kewangan membina infrastruktur digital MEGA."


MEGA membawakan kolaboratif berbilang domain, cekap, hijau dan berautonomi. Huawei percaya bahawa hala tuju MEGA ini penting untuk evolusi infrastruktur digital kewangan dalam era baharu. Bagi membina infrastruktur digital MEGA, kuasa pengkomputeran, storan dan ketersambungan akan dibentuk semula untuk memperkasa institusi-institusi kewangan mencapai perkhidmatan dengan kecekapan tinggi, ketersediaan tinggi dan prestasi tinggi melalui Kolaborasi Peralihan ke Awan (Cloudification) mendalam, Kolaborasi Rentas domain dan Kolaborasi Heterogen.

Nicholas Ma, Presiden Enterprise Business Group, Huawei Rantau Asia Pasifik, Huawei, berkata: "Bagi membina kewangan hijau, digital dan pintar, kita dapat bergerak lebih pantas bersama-sama hanya dengan kolaborasi ekosistem yang bagus dan mampan. Kami merancang untuk meningkatkan kolaborasi ekosistem bersama rakan-rakan kongsi global untuk memadankan permintaan digital daripada industri kewangan berdasarkan kepada keupayaan penyelidikan asas, penyelesaian inovatif, platform teknologi dan Huawei Cloud."

Memacu transformasi digital dengan inovasi, Huawei Memperkenalkan Penyelesaian Infrastruktur MEGA 

Berdasarkan kepada teknologi dan keupayaan inovatif Huawei yang terkemuka, Huawei bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk membangunkan penyelesaian infrastruktur digital yang inovatif.

  • Penyelarasan Sambungan Storan-Optik (SOCC) pertama dalam industri: Kombinasi pengesanan kesalahan pautan penghantaran optik tahap-milisaat dan algoritma peralihan storan pantas mengurangkan peralihan pautan I/O daripada 120 saat kepada 2 saat apabila talian penghantaran rosak, memastikan tiada kegagalan transaksi dan perkhidmatan dalam talian 24/7 untuk pelanggan kewangan.
  • Pengawal Berbilang-Domain (MDC): Awan awam, awan persendirian dan pusat data tradisional pelanggan kewangan diasingkan daripada satu sama lain yang menjadikannya sukar untuk berbilang jabatan berkolaborasi untuk O&M rangkaian. Penyelesaian MDC melaksanakan pengesahan simulasi seluruh rangkaian dan penyampaian konfigurasi satu-klik, mengurangkan kecekapan perubahan rangkaian daripada beberapa hari kepada beberapa minit.
  • Himpunan Storan Tertumpu: Bagi memenuhi keperluan berbilang-persekitaran pelanggan, semua data daripada mesin fizikal, VM, bekas atau awan awam boleh disimpan dalam satu himpunan sumber data dan diurus secara berpusat menggunakan enjin pengurusan Huawei Data (DME). Penyelesaian ini menggabungkan sumber data, meningkatkan penggunaan sumber keseluruhan daripada 40% kepada 70% dan menurunkan TCO sebanyak 30%.
  • Perlindungan Data Terjamin: Dalam senario antivirus dan anti-perisian tebusan, tembok api, pengeluaran denyar-penuh dan sandaran denyar-penuh digabungkan bagi mencapai perlindungan bersepadu bermula daripada pengesanan, pencegahan dan pengasingan virus kepada pemulihan data. Kadar pengesanan virus meningkat daripada 99.5% kepada 99.9% dan masa sandaran serta pemulihan dipendekkan selama lima kali ganda. Penyelesaian ini mengelakkan serangan virus dengan berkesan seperti perisian tebusan dan menjamin keselamatan perkhidmatan kewangan.
  • Huawei bekerjasama dengan Netis untuk membangunkan secara bersama penyelesaian O&M pintar tahap-perkhidmatan untuk industri kewangan bagi mengatasi beberapa cabaran O&M IT. Dengan penyelesaian ini O&M perkhidmatan, aplikasi, awan, pusat data, rangkaian dan peranti boleh divisualisasikan dari hujung ke -hujung, meliputi semua pautan.
  • Huawei & Tongdun membangunkan secara bersama Keputusan Risiko Pintar: Menggabungkan enjin pembuatan keputusan Tongdun yang utama dalam industri, keupayaan pengurusan model dan dengan Huawei Cloud, teknologi data & AI yang utama seperti Hetu, DGC, Lakehouse dan GES. Penyelesaian ini membantu pelanggan kewangan meningkatkan kecekapan pembuatan keputusan sebanyak lebih 70% dalam senario seperti anti-penipuan dan penarafan kredit. Purata masa tindak balas dalam senario keserentakan berskala besar boleh mencapai kurang daripada 50 ms. Di samping itu, ratusan peraturan dan model tipikal dibina di dalamnya, bagi memudahkan penggunaan yang pantas dan mengatasi cabaran perkhidmatan.

Setakat ini, Huawei telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih 2,000 pelanggan kewangan di lebih daripada 60 negara dan wilayah termasuk 49 daripada 100 bank terkemuka dunia.

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Financial Technology