omniture

Huawei & MuRong Lancar Bersama Penyelesaian Pembayaran Mudah Alih dan Mikro Kewangan

Huawei
2022-07-26 21:09 233

SINGAPURA, 26 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Semasa Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2022, Huawei dan Murong melancarkan bersama-sama Penyelesaian Pembayaran Mudah Alih dan Mikro Kewangan. Penyelesaian ini mencerminkan inovasi teknologi yang utama untuk kewangan inklusif yang menjadikan keterangkuman mungkin tercapai bagi memenuhi peluang dan cabaran Industri Kewangan.


Transformasi digital dan inovasi semakin berkembang pesat. Peluang-peluang dan cabaran-cabaran wujud secara bersama dalam era pasca-pandemik seperti tanpa tunai, tanpa kad, tanpa sentuh dan sebagainya. Jumlah pengguna dompet mudah alih turut meningkat dengan pesat. Skala pasaran Pembayaran Mudah Alih dijangka meningkat kepada 1.3 Bilion menjelang tahun 2023, melangkaui kad kredit dan tunai dengan penggunaan pantas. Pelaburan dan inovasi Teknologi Kewangan (FinTech) semakin meningkat tahun demi tahun.

Dalam satu patah perkataan, keperluan terhadap Kewangan Mudah Alih dan Mikro Kewangan menjadi semakin diperlukan oleh orang ramai dan menghubungkan gaya hidup terpelbagai.

Huawei dan MuRong melancarkan penyelesaian bersama ini untuk Pembayaran Mudah Alih dan Mikro Kewangan bagi membantu bank-bank membina penyelesaian hujung ke hujung "1+4+7".

"1" bermaksud platform Natif-Awan yang disediakan oleh Huawei,

"4" menunjukkan 4 jenis aplikasi kewangan iaitu Mikro Simpanan, Mikro Pinjaman, Pembayaran Mudah Alih dan Pemasaran Digital. Aplikasi-aplikasi ini dikendalikan pada platform perkhidmatan kewangan MuRong Inclusive,

"7" termasuk produk-produk spesifik iaitu SuperAPP, Mikro Simpanan, Mikro Pinjaman, Perbankan Terbuka, Pembayaran Digital, Pemasaran Digital dan Operasi Digital.

Selain itu, begitu juga dengan "N", bank-bank dapat menyediakan N jenis senario kewangan, menghubungkan pengguna akhir dan membantu peniaga Memperoleh pelanggan, meningkatkan daya tarikan bank kepada peniaga dengan ketara.

Ia menunjukkan bahawa melalui penyelesaian ini, Bank Komersial, Institusi Pembayaran, Operator Telekomunikasi serta Syarikat Teknologi Kewangan dapat berhubung serta berinovasi secara bersama untuk memberi manfaat kepada satu sama lain sewajarnya.

Perunding Kanan Global MuRong Technology Solution Center, Han Yidong berkata, "MuRong ialah penyedia penyelesaian IT kewangan digital yang terkemuka di dunia, kami telah telah bekerjasama dengan Huawei untuk mengintegrasikan inovasi teknologi digital bagi meninjau pasaran kewangan inklusif."

"Mengimbau perjalanan kerjasama antara Huawei dan Murong, pencapaian yang kukuh telahpun tercapai. Di samping itu, penyelesaian inovatif bersama juga sedang diusahakan, menjangkakan lebih banyak jalinan kerjasama dengan MuRong bagi mencipta nilai baharu secara bersama untuk pelanggan kami," kata Song Danping, President Kerjasama Ekosistem Global,Huawei Global Digital Finance.

Memandang ke hadapan, Huawei akan terus menginkubasikan lebih banyak penyelesaian kewangan dengan menggunakan teknologi inovatif dan bekerjasama dengan rakan kongsi bagi menggiatkan lebih banyak penyelesaian bersama untuk pelanggan kewangan global melangkah ke arah Membentuk Kewangan Lebih Pintar dan Lebih Hijau.

 

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements