omniture

Huawei Lancar Penyelesaian SOCC, Lindungi Transaksi Stabil dalam Industri Kewangan

Huawei
2022-07-28 03:24 230

SINGAPURA, 28 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, di Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2022, Huawei melancarkan penyelesaian Penyelarasan Sambungan Storan-Optik (SOCC) yang pertama dalam industri. Penyelesaian ini memanfaatkan kelebihan peranti storan dan produk transmisi optik bagi mengelakkan kegagalan transaksi kewangan yang disebabkan oleh getaran rangkaian, demi menjamin transaksi kewangan yang stabil dan andal.

Dr. Margaret Hu, Presiden Pemasaran dan Jualan Penyelesaian, Kewangan Digital Global, Huawei, melancarkan penyelesaian SOCC
Dr. Margaret Hu, Presiden Pemasaran dan Jualan Penyelesaian, Kewangan Digital Global, Huawei, melancarkan penyelesaian SOCC

Kependaman pautan transaksi mempunyai impak secara langsung ke atas pengalaman pelanggan. Atas sebab ini, pihak berkuasa kawal selia kewangan mempunyai keperluan yang mendesak terhadap kependaman pautan transaksi dan kadar kejayaan transaksi.

Bagi mengurangkan impak getaran rangkaian ke atas transaksi kewangan, penyelesaian SOCC Huawei mengupayakan jabat tangan langsung melalui saluran SOCC antara peranti transmisi optik DCI kewangan yang utama dalam industri ini OptiXtrans DC908 dan storan denyar-sepenuhnya OceanStor Dorado. Dalam penyelesaian ini, rangkaian optik digunakan untuk mengesan kesalahan pautan. Apabila getaran pautan melebihi ambang, OptiXtrans DC908 memaklumkan kepada OceanStor Dorado untuk menukar saluran I/O dalam 2 saat (turun daripada 120 saat sebelum ini), mengurangkan dengan banyaknya tempoh pengecualian transaksi kewangan dan menjamin tiada kegagalan transaksi kewangan.

Selain itu, penyelesaian SOCC Huawei mengoptimumkan masa penukaran pautan optik daripada 50 ms kepada 5 ms bagi memberikan pengurangan ketara bingkai beku dalam perkhidmatan kewangan digital yang disebabkan oleh kerosakan rangkaian. Dengan teknologi SOCC yang inovatif, Huawei mengoptimumkan prestasi perlindungan dari aspek pautan I/O storan dan pautan optik, seterusnya memastikan keandalan rangkaian yang lebih tinggi.

Penyelesaian SOCC Huawei direka bentuk untuk industri kewangan bagi menyelesaikan kehilangan perkhidmatan disebabkan oleh penukaran pautan dan bagi memastikan transaksi kewangan yang stabil. Menerusi teknologi dan keupayaan inovatif yang terkemuka, Huawei akan terus membangunkan produk serta penyelesaian yang cemerlang untuk industri kewangan dan mengupayakan kewangan hijau, digital dan pintar.

Latar Belakang Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei

Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei (HiFS) ialah acara utama tahunan Huawei untuk industri kewangan global. HiFS 2022 berlangsung mulai 20 hingga 22 Julai di Singapura. Dengan tema "Membentuk Kewangan Lebih Pintar, Lebih Hijau", HiFS 2022 menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka, para pemimpin pendapat utama (KOL), pakar-pakar akademik serta para pengamal yang inovatif dalam industri kewangan global bagi membincangkan bagaimana untuk membentuk kewangan yang hijau dan digital berdasarkan kepada trend pembangunan masa depan industri kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://e.huawei.com/en/special_topic/Industry/finance/2022-finance-summit

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment