omniture

HSG dan Huawei Lancar Bersama Penyelesaian Penghijrahan Platform Legasi

Huawei
2022-07-28 03:26 240

SINGAPURA, 28 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Hi Sun Fintech Global (HSG) dan Huawei mengumumkan secara rasmi penyelesaian Penghijrahan Platform Legasi (Legacy Platform Migration) di Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2022 di bawah tema "Membentuk Kewangan Lebih Pintar, Lebih Hijau".

Berasaskan kepada Huawei Cloud, penyelesaian ini mengguna pakai teknologi dan alatan HSG bagi menyediakan perkhidmatan penghijrahan platform legasi yang bebas, inovatif, pintar dan menjimatkan, bagi membantu pengguna beralih daripada persekitaran kerangka utama tertutup kepada platform pengkomputeran awan terbuka. Tambahan pula, ia membolehkan pelanggan mewarisi sepenuhnya aset-aset perniagaan mereka, meningkatkan keupayaan kebolehskalaan dan integrasi aplikasi dengan ketara serta meningkatkan respons keperluan aplikasi dan ketangkasan inovasi perkhidmatan dengan pantas.

Sisi Yu, Pengurus Besar, HSG
Sisi Yu, Pengurus Besar, HSG

Di sub-forum dengan tema "Membina Awan Dipercayai dan Inovatif untuk Industri Kewangan", Sisi Yu, Pengurus Besar HSG, berkongsi pengalaman syarikat selama lebih 30 tahun dalam bidang kerangka utama berdasarkan kepada masalah utama semasa dalam seni bina IT kewangan global. Beliau membentangkan pencapaian kajian yang terkini berhubung seni bina teragih natif-awan dan turut membincangkan bagaimana untuk membantu pelanggan membina penyelesaian berbilang platform dan berbilang teknologi bagi menyediakan perkhidmatan kewangan terbeza yang lebih baik untuk pengguna.

Baru-baru ini, seni bina IT dalam industri kewangan global menjalani perubahan yang luar biasa sementara teknologi baharu seperti pengkomputeran awan, data raya, blok rantai, IoT dan AI berkembang pesat. Persaingan silang-industri yang semakin sengit dan keperluan pelanggan yang rumit membawa baik cabaran yang besar mahupun peluang baharu kepada sektor kewangan. Dahulunya, kerangka utama memiliki kedudukan yang dominan dalam industri ini lantaran ketersediaan dan prestasi yang tinggi. Walau bagaimanapun, kedudukan tersebut terjejas akibat kos yang tinggi, teknologi tertutup dan seni bina tidak fleksibel, selain kemunculan teknologi teragih natif-awan. Institusi-institusi kewangan meninjau penyelesaian untuk penghijrahan platform legasi bagi mencapai kebebasan, mengurangkan risiko keselamatan dan mengurangkan kos.

Penyelesaian Penghijrahan Platform Legasi dilancarkan secara bersama oleh HSG dan Huawei memanfaatkan platform terbuka, teknologi sumber terbuka dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas untuk mempermudah pembangunan aplikasi. Ini dapat membantu pelanggan meningkatkan kecekapan pembangunan aplikasi, kebolehskalaan sistem linear serta keupayaan pemulihan bencana yang komprehensif bagi mencapai pembangunan IT bebas.

Nicholas Ma, Presiden APAC Enterprise Business Group, berkata, "Huawei dapat mencapai kejayaan bersama dengan pelanggan kami dalam membina kewangan yang lebih pintar dan lebih hijau hanya melalui ekosistem yang bagus dan mampan." Ketika ini, HSG dan Huawei telah memeterai perkongsian yang komprehensif. Pada masa akan datang, kami akan saling bekerjasama untuk membawa nilai lebih besar kepada industri ini dengan mempercepatkan transformasi digital ke arah kewangan yang lebih pintar dan lebih hijau.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment