omniture

CGTN: China, Indonesia menyaksikan pertukaran rakyat-dengan-rakyat yang kukuh

CGTN
2022-07-28 16:33 114

BEIJING, 28 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Dengan pelancongan sebagai tonggak, Indonesia telah lama menjadi destinasi yang popular untuk pelancong Cina dan China pula menjadi sumber pelancong antarabangsa yang terbesar bagi negara Asia Tenggara baik pada tahun 2016 mahupun 2017.

Kini, Indonesia merupakan destinasi kedua paling popular untuk pelancong Cina, kata Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping, semasa mesyuarat bersama Wanita Pertama Indonesia Iriana Joko Widodo di Beijing pada hari Selasa.

Di Diaoyutai State Guesthouse, Peng memberitahu Iriana yang mengiringi Presiden Indonesia Joko Widodo untuk lawatan selama dua hari beliau ke China, bahawa sebagai jiran-jiran yang penting, rakyat Cina dan Indonesia telah menikmati talian persabahatan dengan sejarah yang panjang dan kedua-dua negara berkenaan menyaksikan pertukaran rakyat-dengan-rakyat yang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebagai contoh, lebih daripada 2.05 juta pelancong dari tanah besar Cina melawat Indonesia pada tahun 2017, menyumbang sebanyak 14.95 peratus daripada semua pelancong antarabangsanya, data seperti yang ditunjukkan oleh Agensi Biro Statistik negara ini. Khususnya, pelancong Cina mendominasi pelancong asing yang mengunjungi pulau peranginan Bali Indonesia.

Pada hari Selasa, Iriana berkata beliau mengalu-alukan lebih ramai pelancong Cina untuk melawat Indonesia dan berkata beliau mengharapkan persahabatan yang berkekalan antara kedua-dua negara ini.

Indonesia telah menawarkan dasar lawatan tanpa visa untuk pelancong Cina sejak tahun 2015, bagi membolehkan mereka untuk tinggal di negara berkenaan selama tidak lebih daripada 30 hari.

Menerusi kerjasama empat tonggak mereka yang diiktiraf, China dan Indonesia mewujudkan sinergi baharu dengan saling bekerjasama untuk pertukaran rakyat-kepada-rakyat selain politik, ekonomi dan projek maritim dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada hari Selasa, Peng dan Iriana turut menonton persembahan muzikal oleh pelajar dan guru daripada China Conservatory of Music. Peng menyebut tentang sejarah dan teknik-teknik alat muzik tradisional Cina.

Terpesona dengan persembahan tersebut, Iriana berkata beliau amat tersentuh mendengar artis muda Cina bermain muzik Indonesia.

Muzik tidak mengenal sempadan, menghubungkan hati dan meneruskan persahabatan, kata Peng. Beliau turut melahirkan harapan agar pertukaran budaya akan memainkan peranan yang lebih besar dalam mempererat tali persahabatan antara kedua-dua negara ini.

Dalam satu kenyataan bersama, China dan Indonesia berkata kedua-dua pihak akan mempercepatkan penyambungan semula pertukaran rakyat-dengan-rakyat termasuk kepulangan pelajar Indonesia ke China, membuka lebih banyak penerbangan terus dan meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti pertukaran pendidikan, pelancongan, belia dan tempatan.

https://news.cgtn.com/news/2022-07-26/Peng-encourages-more-cultural-exchanges-between-China-and-Indonesia-1bZi4zLrhNC/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Travel