omniture

CGTN: Kongres Kebangsaan CPC ke-20 tetapkan tugas-tugas utama China dalam 5 tahun akan datang

CGTN
2022-07-29 16:20 149

BEIJING, 29 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC) ke-20, dijadualkan pada separuh kedua tahun ini, akan memandang ke hadapan terhadap rancangan pembangunan dua tahap China menuju pertengahan abad ke-21 dan menggariskan tugas-tugas strategik khususnya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Presiden Cina Xi Jinping, juga setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, membuat kenyataan tersebut di bengkel untuk pegawai-pegawai wilayah dan menteri, diadakan mulai hari Selasa hingga Rabu di Beijing sebagai persediaan untuk kongres Parti utama.

CPC merangka rancangan pembangunan dua peringkat untuk tempoh dari tahun 2020 hingga pertengahan abad ini di Kongres Kebangsaan ke-19 pada Oktober 2017. Menurut rancangan tersebut, pemodenan sosialis akan direalisasikan secara asasnya di China menjelang tahun 2035 dan China akan membangun menjadi sebuah negara sosialis moden dan hebat yang makmur, kuat, demokratik, maju dari segi budaya, harmoni dan indah menjelang pertengahan abad ini.

'Bab serba baharu' 

Xi berkata Kongres Kebangsaan CPC ke-20 akan menjadi sebuah acara amat penting yang berlangsung pada detik yang sangat penting, dengan China memulakan perjalanan baharu untuk membina sebuah negara sosialis moden sepenuhnya. Beliau menyeru usaha untuk memajukan penggiatan bangsa Cina dan menulis "bab serba baharu" untuk membina sebuah negara sosialis moden sepenuhnya.

Kongres Kebangsaan CPC ke-20 akan mengatur tugas-tugas strategik untuk negara ini dan langkah-langkah penting untuk diambil dalam lima tahun akan datang, kata beliau, menambah bahawa tempoh tersebut adalah amat penting bagi mencapai matlamat seratus tahun kedua Parti ini.

Lebih banyak usaha harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah dari segi "pembangunan yang tidak seimbang dan tidak mencukupi" dalam lima tahun akan datang, kata beliau.

CPC telah menetapkan dua matlamat seratus tahun: Matlamat pertama adalah untuk membina sebuah masyarakat yang sederhana makmur dalam segenap aspek menjelang tahun 2021 apabila CPC menyambut ulang tahun keseratusnya dan matlamat kedua adalah untuk membina China menjadi sebuah negara sosialis moden yang hebat dalam segenap aspek menjelang pertengahan abad ini bagi menyambut ulang tahun keseratus Republik Rakyat China.

Dunia sedang mengalami perubahan mendalam yang tidak pernah dilihat dalam seabad, yang semakin dipercepatkan, kata Xi, menegaskan bahawa China menghadapi risiko dan cabaran yang lebih rumit berbanding sebelum ini.

Penggiatan semula bangsa Cina bukanlah satu tugas mudah, kata beliau, menyeru usaha yang lebih gigih bagi mencapai matlamat tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada model yang tetap untuk pemodenan di dunia dan menekankan kepimpinan CPC dalam usaha pemodenan sosialis China.

Menuju perjalanan ke hadapan, Parti ini harus mematuhi matlamat asasnya untuk menawarkan perkhidmatan kepada rakyat sepenuh jiwa raga dan sentiasa mengekalkan hubungan yang erat bersama rakyat, kata beliau.

Pencapaian 'luar biasa' sejak tahun 2017

Xi telah meninjau pembangunan China sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-19, memujinya lima tahun lalu sebagai "luar biasa". Parti tersebut telah bersatu dan memimpin rakyat China untuk menangani situasi antarabangsa yang "teruk dan rumit" serta "risiko dan cabaran besar" yang datang silih berganti, kata beliau.

China telah berusaha untuk memajukan pembinaan masyarakat yang sederhana makmur dalam segenap aspek, menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi, memperdalam reformasi dengan cara yang pantas dan mantap serta memerangi kemiskinan, kata beliau.

China telah mengisytiharkan kemenangan dalam membasmi kemiskinan mutlak di seluruh negara menjelang penghujung tahun 2020. Ia juga mengumumkan selesainya pembinaan masyarakat yang sederhana makmur dalam segenap aspek.

Sepanjang lima tahun yang lalu, China telah berusaha dengan gigih untuk meningkatkan tamadun ekologi, menjaga keselamatan negara dengan tegas, memodenkan pertahanan negara dan ketenteraan serta memajukan diplomasi negara-utama dengan ciri-ciri Cina, kata Xi.

China telah mengikuti pendekatan yang mengutamakan rakyat dalam perjuangan memerangi COVID-19 dan melakukan usaha maksimum untuk melindungi kehidupan dan kesihatan rakyat, kata beliau. China telah mencapai hasil terbaik di seluruh dunia dalam menyelaraskan pembangunan ekonomi dan pencegahan serta kawalan epidemik, tambah beliau.

Dalam menghadapi "perubahan drastik" dalam keadaan antarabangsa, China berusaha untuk menjaga maruah dan kepentingan terasnya, kata beliau.

Beliau turut menekankan usaha yang dibuat dalam kempen anti-rasuah yang bermatlamat untuk memberi jaminan bahawa pegawai-pegawai "tidak mempunyai keberanian, peluang atau keinginan untuk terlibat dalam rasuah."

Kongres Kebangsaan CPC diadakan setiap lima tahun untuk menetapkan matlamat dasar kebangsaan Parti dan memilih tampuk pimpinan tertingginya.

https://news.cgtn.com/news/2022-07-27/Xi-calls-for-advancing-national-rejuvenation-ahead-of-Party-congress-1c0S3rmON4k/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service