omniture

Gotion terbitkan GDR & tersenarai secara terbuka di Swiss Stock Exchange

Gotion High-Tech
2022-07-29 20:46 610

HEFEI, China, 29 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada 28 Julai, Gotion High -Tech Co., Ltd. (SZE: 002074 / SSE GDR: GOTION), pengeluar bateri kuasa Cina yang terkemuka di dunia, disenaraikan secara rasmi di Swiss Stock Exchange oleh resit depositari global (GDR) yang diterbitkan, seterusnya menjadi kumpulan syarikat-syarikat Cina pertama yang tersenarai di Swiss Stock Exchange.

Swiss Stock Exchange dan Shenzhen Stock Exchange serta Shanghai Stock Exchange mengadakan upacara serentak Sambutan Stock Connect China-Swiss dan Acara Penyenaraian GDR di 3 bandar. En. Fang Xinghai, Naib Pengerusi CSRC dan En. Stoffel, Setiausaha Kerajaan Negeri bagi Kementerian Kewangan Switzerland, mengumumkan pembukaan rasmi perniagaan GDR untuk hubungan pasaran sekuriti Switzerland dan Cina.

Gotion telah menetapkan 22,833,400 GDR pada harga tawaran USD 30.00 bagi setiap GDR dengan satu GDR mewakili kepentingan dalam lima saham A Syarikat, lalu menghasilkan hasil kasar kira-kira USD 685 juta daripada Penawaran tersebut.

Penerbitan GDR merupakan projek GDR yang terbesar dari segi saiz terbitan asas di Swiss Stock Exchange sejak pelaksanaan peraturan Stock Connect China-Eropah. Ia juga merupakan projek pembiayaan ekuiti terbesar yang diterbitkan dalam pasaran Switzerland setakat ini pada tahun ini.

Gotion akan mengembangkan khususnya kapasiti pengeluaran luar negara produk bateri serta bahan mentah melalui pelaburan dalam aset tetap, pemerolehan kepentingan ekuiti atau kaedah-kaedah lain bagi meningkatkan jejak antarabangsa Syarikat, demi meningkatkan modal kerja serta untuk dipadankan dengan kegunaan korporat am yang lain dan bagi membantu Syarikat Menyumbang kepada matlamat dunia yang sama berhubung puncak karbon akhirnya.

En. LI Zhen, Pengerusi Lembaga dan Pengurus Besar Gotion berkata: "Kami gembira dengan kejayaan penentuan harga bagi penawaran GDR kami dan kepentingan daripada pelabur domestik serta antarabangsa terhadap syarikat kami. Ini merupakan satu pencapaian yang besar dalam sejarah Gotion. Saya dan pemegang saham prinsipal kami tetap komited sepenuhnya dalam jangka panjang untuk memacu selanjutnya kisah pertumbuhan Gotion."

Gotion High-tech ialah salah sebuah syarikat terawal di China yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan bebas, pengeluaran serta penjualan bateri ion-litium EV dan berkembang menjadi penyedia bagi penyelesaian tenaga baharu yang terkemuka di dunia dan berkembang pesat. Volkswagen secara rasmi menjadi pemegang saham terbesar Gotion pada penghujung tahun 2021.

Source: Gotion High-Tech
Related Stocks:
Shenzhen:002074
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Offerings