omniture

Tencent Cloud EdgeOne Dilancar untuk Beri Perlindungan Keselamatan Bersepadu dan Perkhidmatan Prestasi Rangkaian untuk Perniagaan Global

Tencent Cloud
2022-08-01 12:42 84

Platform sehenti dinaik taraf yang disatukan, pantas, andal dan selamat yang mengintegrasikan pengalaman Tencent selama bertahun-tahun dalam prestasi rangkaian dan keselamatan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Seiring perkembangan pendigitalan perusahaan yang pesat, senario dan aplikasi pengkomputeran pinggir baharu kini telah mula muncul dalam pelbagai industri. Dengan memanfaatkan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam penyelesaian teknologi, hari ini Tencent Cloud mengumumkan pelancaran Tencent Cloud EdgeOne – platform sehenti dinaik taraf yang mengintegrasikan pengalaman Tencent dalam prestasi rangkaian dan keselamatan dengan kecekapan serta kestabilan tinggi untuk perusahaan global.

Eric Cheng (Pengurus Besar Tencent Security), Lex Liu (Pengurus Besar Wesing), Tommy Li (Naib Presiden Tencent Cloud), Herman Zhao (Penolong Pengurus Besar Regional Publishing), Baal Feng (Pengurus Besar Global DevOps di Tencent Games), Ligle Lin (Naib Pengurus Besar Produk Antarabangsa di Tencent Cloud) hari ini mengumumkan pelancaran Tencent Cloud EdgeOne (Dari kiri ke kanan)
Eric Cheng (Pengurus Besar Tencent Security), Lex Liu (Pengurus Besar Wesing), Tommy Li (Naib Presiden Tencent Cloud), Herman Zhao (Penolong Pengurus Besar Regional Publishing), Baal Feng (Pengurus Besar Global DevOps di Tencent Games), Ligle Lin (Naib Pengurus Besar Produk Antarabangsa di Tencent Cloud) hari ini mengumumkan pelancaran Tencent Cloud EdgeOne (Dari kiri ke kanan)

Pada tahun 2021, melihatkan kepada lonjakan yang belum pernah terjadi sebelum ini bagi video pendek dan perniagaan strim langsung secara global, Tencent Cloud melancarkan rangkaian RT-ONE™[1] untuk membina asas rangkaian komunikasi audio dan video yang paling komprehensif bagi memenuhi keperluan pasaran. Bagi meningkatkan lagi keselamatan-siber pelanggan korporat, Tencent Cloud mengaplikasikan teknologi keselamatannya kepada rangkaian RT-ONEdengan memperkenalkan platform sehenti yang dinaik taraf dan amat bersepadu. Platform baharu ini menawarkan keupayaan keselamatan termaju, mencipta perkhidmatan bersepadu untuk memenuhi keperluan perniagaan berhubung kelajuan rangkaian serta ciri-ciri keselamatan.

Memanfaatkan lebih 2,800 nod pecutan global Tencent Cloud merentas lebih daripada 70 negara dan wilayah. Tencent Cloud EdgeOne membolehkan pengguna menikmati prestasi rangkaian berkualiti tinggi tanpa menjejaskan keselamatan mereka. Ia turut menampilkan kelebihan yang berikut:

  • Memindahkan perkhidmatan ke nod pinggiran yang lebih hampir dengan pengguna-akhir dan menyediakan perlindungan lapisan-3 (Rangkaian), lapisan-4 (Pengangkut), lapisan-7 (Aplikasi) serta perkhidmatan pecutan ke pasaran global. Ia turut menonjolkan papan pemuka disatukan yang mengurangkan dengan ketara beban kerja konfigurasi dan menjimatkan masa untuk pelanggan.
  • Menyediakan set saling sambung khusus untuk mempercepatkan trafik antara Tencent Cloud EdgeOne dan Origin Server. Di samping itu, ia mengintegrasikan sistem nama domain (DNS) yang menjamin resolusi DNS yang stabil dan berprestasi tinggi dan mengurangkan kependaman untuk data yang statik dan dinamik dengan ketara.
  • Mengintegrasikan ciri-ciri keselamatan dan teknologi berdasarkan kepada pengalaman Tencent dalam aspek keselamatan selama lebih dua dekad, termasuk tetapi tidak terhad kepada perlindungan DDoS (Anti-DDoS), perlindungan web (Tembok Api Aplikasi Web), pengurusan bot serta analisis tingkah laku (pengurusan program bot Tencent Cloud) dan pengehadan kadar adaptif, antara lain. Ia melaksanakan fungsi-fungsi keselamatan pada nod pinggiran lebih hampir dengan pengguna, mengesan dan mengurangkan permintaan berniat jahat sebelum ia menyerang perkhidmatan aplikasi.

Poshu Yeung, Naib Presiden Kanan, Tencent Cloud International, berkata, "Dengan kemunculan teknologi seperti pengkomputeran awan, data raya, AI, blok rantai, Web3 dan Internet Pelbagai Benda, transformasi digital perusahaan kini dianggap penting. Dengan bergantung kepada pengalaman operasi perniagaan keselamatan milik Tencent sendiri yang menawarkan perkhidmatan kepada 1 bilion pengguna, kami teruja untuk melihat bagaimana Tencent Cloud EdgeOne menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman rangkaian yang belum pernah terjadi sebelum ini, berkualiti tinggi dan sangat andal ketika mereka melindungi keselamatan mereka secara serentak."

Tommy Li, Naib Presiden Tencent Cloud, berkata, "Tencent Cloud EdgeOne boleh diringkaskan dengan akronim menggunakan satu perkataan: ACROSS. Ia singkatan untuk Teknologi canggih (Advanced technology); Ketersambungan eksklusif (exclusive Connectivity); perkhidmatan masa sebenar (Real-time service); Pengoptimuman data (Optimization of data); Aplikasi pintar (Smart application); dan Perlindungan keselamatan (Security protection). Perusahaan yang beradaptasi kepada trend pendigitalan yang semakin berkembang mengalami masalah yang sama seperti kependaman rangkaian, kesesakan dan ancaman keselamatan. Dengan mengaplikasikan teknologi keselamatan sofistikated kami kepada rangkaian RT-ONE™, platform baharu Tencent Cloud EdgeOne memberi kependaman lebih rendah dan ciri-ciri keselamatan terbina dalam dengan prestasi yang cemerlang, memberi perkhidmatan yang andal kepada perniagaan dan organisasi untuk mengatasi kebimbangan mereka.

Aplikasi Tencent Cloud EdgeOne dalam pelbagai industri

Perniagaan global, bermula daripada sektor perdagangan, peruncitan, perkhidmatan kewangan, kandungan dan berita hinggalah permainan, media, audio dan video, kini dapat menikmati faedah-faedah menggunakan Tencent Cloud EdgeOne. Salah satu pelanggan utama penyelesaian bersepadu baru-baru ini ialah platform video-atas-permintaan dalam talian yang popular di China, yang mengatasi isu-isunya termasuk pengalaman pengguna yang merosot, SEO berniat jahat, penipuan/penskaman bot serta cetak rompak kandungan dengan Tencent Cloud EdgeOne. Platform berkenaan berjaya mengurangkan masa pemuatan video sebanyak 40 peratus dan kelewatan respons sumber sebanyak 50 peratus.

Serangan siber dalam industri e-dagang mengakibatkan gangguan perniagaan dan mempengaruhi pengalaman pengguna. Bagi mengelakkan risiko kerosakan ekoran serangan siber, platform e-dagang dalam talian – yang perlu melaksanakan ratusan billion operasi harian termasuk pengurusan akaun pengguna, aktiviti, analisis pengebilan dan modul-modul lain – memanfaatkan Tencent Cloud EdgeOne untuk mempertahankan daripada serangan Challenge Collapsar (CC) dengan trafik puncak sebanyak lebih 9 juta QPS (pertanyaan sesaat) dengan jayanya.

Semasa pelancaran permainan baharu oleh salah satu penerbit permainan yang terbesar di dunia, keupayaan keselamatan dan rangkaian diuji apabila ia menarik lebih daripada satu juta pengguna. Tencent Cloud EdgeOne mengguna pakai strategi teragih pramuat dan memberi perlindungan serangan DDoS, perlindungan web, pengehadan kadar dan keupayaan pemintasan tingkah laku robot, akhirnya membantu permainan baharu mencapai 100% kejayaan dalam muat turun tanpa gangguan perniagaan.

Eric Cheng, Pengurus Besar Tencent Security, berkata, "Di Tencent Cloud, kami menyasarkan untuk menjadikan akses pengguna lebih cekap dan menjadikan perniagaan lebih selamat ketika mereka berkembang sepantas mungkin menerusi perjalanan pendigitalan mereka. Dengan pelancaran Tencent Cloud EdgeOne, kini kami mempunyai platform yang disatukan, pantas, andal dan selamat yang dapat mengesan dan bertahan daripada serangan terlebih awal, mengurangkan trafik berniat jahat betul-betul di pinggiran sebelum ia mendekati pusat data kami."

Baal Feng, Pengurus Besar Global DevOps di Tencent Games, berkata, "Pasaran permainan global menikmati potensi yang amat besar dan berkembang dengan pesat. Apabila semakin banyak peluang muncul, begitu juga dengan cabaran seperti memenuhi permintaan yang amat tinggi terhadap kelajuan muat turun dan kependaman. Kualiti rangkaian menentukan kelajuan muat turun serta pengalaman pengguna dan kini Tencent Cloud EdgeOne berada di sini untuk menyediakan perkhidmatan bersepadu yang memastikan bahawa permintaan ini dipenuhi, tanpa menjejaskan aspek keselamatan."

Dengan pembangunan pesat ekonomi digital global, inovasi dan transformasi digital telah berkembang daripada internet kepada industri-industri tradisional dan berkembang sepenuhnya dalam pembangunan dan pelaburan e-dagang rentas-sempadan, permainan serta aplikasi bebas yang lain. Sementara itu, keperluan yang tinggi terhadap prestasi perniagaan dan perlindungan keselamatan merupakan faktor-faktor penting untuk transformasi digital perusahaan. Tencent Cloud bermatlamat untuk terus mengeksport keupayaan keselamatan tahap tinggi, menyediakan kepada rakan-rakan kongsi global dengan perkhidmatan keselamatan pinggir-bersepadu yang selamat, stabil, amat pantas dan profesional serta membantu perusahaan dengan andal dalam perjalanan digital mereka.

Catatan:

1.  Rangkaian RT-ONE™, dilancarkan oleh Tencent Cloud pada tahun 2021, ialah perkhidmatan semua-dalam-satu untuk rangkaian komunikasi audio dan video. Ia mengintegrasikan rangkaian komunikasi masa-sebenar (TRTC) Tencent Cloud, rangkaian pemesejan segera (IM) dan rangkaian pengedaran kandungan (CDN) dalam satu penyelesaian sehenti.

 

Source: Tencent Cloud
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security New products/services