omniture

Whale Cloud Berjaya Selesaikan Penghijrahan Pelanggan U Mobile ke BSS Awan

Whale Cloud
2022-08-02 22:32 218

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Whale Cloud, sebuah syarikat teknologi terkemuka yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan perisian untuk telekomunikasi dan pelbagai industri, hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya menyelesaikan penghijrahan semua pelanggan U Mobile daripada sistem legasi kepada BSS natif-awannya. Melalui langkah ini, U Mobile, syarikat perkhidmatan data Malaysia pemenang anugerah, akan dilengkapkan untuk meningkatkan keupayaan berkaitan pelanggannya, meningkatkan kecekapan serta memanfaatkan peluang perniagaan baharu melalui rangkaian BSS natif-awan daripada Whale Cloud.

U Mobile and Whale Cloud project team celebrate the successful migration of the telco's customer base to Whale Cloud cloud-native BSS
U Mobile and Whale Cloud project team celebrate the successful migration of the telco's customer base to Whale Cloud cloud-native BSS

Rasional yang Strategik 

Walaupun pasaran telekomunikasi Malaysia berkembang maju, Penyedia Perkhidmatan Komunikasi di negara ini menghadapi cabaran yang semakin meningkat apabila melibatkan penarikan dan pengekalan pelanggan. Dalam usahanya untuk meningkatkan dan mengekalkan kelebihan daya saingnya, U Mobile memutuskan bahawa adalah menguntungkan untuk mengalihkan sistem CRM dan Pengebilannya ke Whale Cloud kerana ia dapat menyediakan teknologi yang bersedia untuk masa depan dalam infrastruktur IT yang lebih terbuka dan dimodenkan.

Penciptaan Nilai 

Dengan penghijrahan yang lengkap, U Mobile akan berupaya untuk meningkatkan masa ke pasaran, menyampaikan pengalaman pelanggan omnisaluran dan diperibadikan melalui penglibatan pelanggan yang lebih interaktif. Platform API yang standard dan dipacu perkhidmatan mikro juga membolehkan U Mobile untuk mencapai integrasi yang mudah dengan aplikasi luar, mencipta ekosistem rakan kongsi yang akan memberi nilai yang lebih besar kepada pelanggan. Selain daripada itu, U Mobile juga dapat mengurangkan kos dengan membolehkan pelanggan menggunakan saluran dengan lebih cekap dan lancar. Dengan mempermudah pemperibadian, Whale Cloud BSS turut menyediakan kepada U Mobile dengan peluang untuk meningkatkan hasil memandangkan sistem baharu membolehkan penyesuaian perkhidmatan atau produk berdasarkan kepada matlamat pertumbuhan perniagaannya.

Perkongsian yang Kukuh 

Sepanjang projek tersebut, Whale Cloud turut menyediakan perkhidmatan perundingan yang komprehensif bagi menjamin proses penghijrahan dibuat pada landasan yang betul dengan bekerjasama erat bersama U Mobile, menjalankan penilaian kematangan serta sentiasa menilai peluang pengoptimuman perniagaan.

Ekoran pandemik, U Mobile dan Whale Cloud perlu mengguna pakai model penyampaian jarak jauh berdasarkan kepada Kerangka Penyampaian Transformasi Digital (DTDF) daripada Whale Cloud. Pendekatan penyampaian berfasa yang cekap dan tangkas membolehkan platform legasi dan baharu berjalan selari dan mencapai penghijrahan lancar yang mengurangkan risiko dan meningkatkan kematangan dalam operasi perniagaan untuk U Mobile tanpa impak ke atas pengalaman pelanggan.

"U Mobile berbesar hati untuk memindahkan semua pelanggan kami dengan jayanya ke BSS Whale Cloud. Proses tersebut mengambil masa dua setengah tahun dan sepanjang tempoh tersebut, pasukan Whale Cloud hadir untuk memberi nasihat, memantau dan mempermudah, yang menghasilkan penghijrahan data pelanggan kami yang lancar ke rangkaian penyelesaian telekomunikasi berasaskan awannya. U Mobile tidak sabar-sabar menantikan semua faedah yang akan dibawa oleh Sistem CRM dan Pengebilan kami," kata Neil Tomkinson, Ketua Pegawai Maklumat U Mobile.  

"Whale Cloud gembira menyokong transformasi digital U Mobile dengan menyediakan tawaran inklusif-penuh dan kepakaran penyampaian penyelesaian kami. Projek ini amat bermakna untuk U Mobile serta Whale Cloud dan kami akan memperkukuh perkongsian ini dengan meninjau lebih banyak kemungkinan dalam perkhidmatan pembayaran, eDagang dan Teknologi Kewangan (FinTech)," kata Ben Zhou, Ketua Pegawai Eksekutif Whale Cloud International.

Latar Belakang Whale Cloud 

Whale Cloud ialah sebuah syarikat teknologi terkemuka yang mengkhusus dalam pembangunan dan penyampaian perisian telekomunikasi, pengkomputeran awan, analisis data raya, operasi perkhidmatan didayakan AI dan perkhidmatan profesional yang lain termasuk perancangan dan perundingan. Dahulunya dikenali sebagai ZTEsoft, syarikat ini menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai segmen pasaran termasuk pengendali telekomunikasi, kerajaan dan perusahaan di serata dunia. Ketika ini, skop perniagaan Whale Cloud berkembang daripada pasaran telekomunikasi kepada industri-industri vertikal. Ia telah membina daya saing terasnya dalam perisian komunikasi, perkhidmatan operasi, pengkomputeran awan, analisis data raya, AI dan seni bina Internet.

Latar Belakang U Mobile 

Di U Mobile, kami ingin membantu pengguna kami merealisasikan Potensi Tanpa Had mereka. Kami menjadikannya tugas kami untuk sentiasa berinovasi agar kami dapat mencipta produk dan perkhidmatan yang paling dihargai oleh pengguna kami. Dengan komitmen berterusan kami untuk memperluas rangkaian 4G kami dan memperkenalkan inovasi berkuasa 5G dalam pelbagai sektor, kami berada di kedudukan untuk menyampaikan rangkaian dipertingkat dan pengalaman pelanggan yang akan menambah keseronokan serta kebebasan tanpa had kepada kehidupan pengguna kami. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan U Mobile, sila kunjungi www.u.com.my atau hubungi khidmat pelanggan U Mobile di 018-388 1318. 

 

Source: Whale Cloud
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements