omniture

Shanghai Electric Umum Komitmen Berterusan Dorong Persahabatan Antara China dan Pakistan pada Hari Persahabatan Antarabangsa

Shanghai Electric
2022-08-02 23:53 203

SHANGHAI, 2 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric mengumumkan pada Hari Persahabatan Antarabangsa ini bahawa firma ini akan meneruskan usahanya yang tidak henti-henti untuk menggalakkan persahabatan Sino-Pakistan dan menyumbang kepada masyarakat setempat di Pakistan.

Suasana operasi menyelamat
Suasana operasi menyelamat

Pada 28 Mac, satu kejadian kebakaran berlaku di kampung Varwai yang terpencil di daerah Islamkot Tharparkar, wilayah Sindh, Pakistan. Ekoran iklim yang kering di wilayah tersebut, api merebak serta-merta ke seluruh kampung tersebut. Walau bagaimanapun, kemudahan memadam kebakaran di kampung terpencil itu agak terhad.

Shanghai Electric menyediakan panduan pembinaan untuk pekerja Pakistan
Shanghai Electric menyediakan panduan pembinaan untuk pekerja Pakistan

Lombong arang batu Thar dan loji janakuasa Thar Shanghai Electric di Pakistan terletak tidak jauh dari kampung tersebut. Setelah mengetahui tentang kebakaran berkenaan, pasukan projek mengaktifkan rancangan menyelamat kecemasan kebakaran mereka, menetapkan perintah menyelamat kebakaran sementara, memberi arahan menyelamat kecemasan dan mengatur trak bomba dan anggota bomba yang bergegas ke lokasi kebakaran.

Mereka membantu 38 buah keluarga dan 86 buah rumah menempuh pengalaman pahit itu. Di samping itu, syarikat ini turut menawarkan program pendidikan dan latihan teknikal serta keselamatan, kelas bahasa Cina dan kelas-kelas lain dalam hal-hal praktikal untuk pekerja setempat, sebagai usaha untuk meningkatkan kemahiran ahli-ahli komuniti setempat selain mempermudah pertukaran budaya dan mempererat tali persahabatan antara kedua-dua negara.

Wira pemadam kebakaran Shanghai Electric menghulurkan bantuan, menunjukkan persahabatan Sino-Pakistan

Pasukan tersebut membuat kajian pantas tentang situasi kebakaran, yang membawa kepada pemuktamadan rancangan menyelamat terbaik - mengambil air dari telaga saliran yang berhampiran dan mengangkutnya dengan cepat ke kampung yang terjejas dengan trak perenjis 50-meter padu. Selepas menyelesaikan masalah bekalan air, mereka berusaha untuk memotong sumber bahan-bahan mudah terbakar di dalam dan sekitar tapak penyimpanan kayu yang akhirnya dapat memadamkan kebakaran tersebut. Sebaik sahaja rancangan disahkan, jabatan projek lombong arang batu Thar menghimpunkan pekerja dan menghantara 6 perenjis, 4 jentera angkut dan 52 penyelamat untuk menyokong usaha memadamkan kebakaran.

Memandangkan kebakaran tersebut adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan, jabatan berkenaan menghantar permohonan untuk tenaga bantuan dengan segera kepada jabatan projek stesen janakuasa Thar yang menghantar dua trak bomba bertekanan tinggi dan kontinjen anggota bomba tambahan ke tempat kejadian.

Fokus adalah untuk menyelamatkan nyawa penduduk terlebih dahulu dan kemudian melindungi harta benda bagi mengurangkan kemungkinan angka korban manusia. Selepas lebih daripada 6 jam melakukan usaha yang gigih, 38 buah keluarga dan 86 buah rumah di kampung tersebut diselamatkan tanpa sebarang kemalangan jiwa dalam kalangan anggota bomba.

Usaha memadam kebakaran hanyalah sebahagian kecil daripada komitmen Shanghai Electric untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan berkhidmat kepada masyarakat setempat. Sejak pelancaran projek lombong arang batu Thar dan projek stesen janakuasa Thar, Shanghai Electric telah mengatur pelbagai aktiviti khidmat awam untuk memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

Syarikat ini menyediakan sumber kewangan dan material selain jurutera dan juruteknik, di kawasan setempat sebagai sebahagian daripada rancangan keseluruhan untuk memberi panduan kepada pekerja Pakistan tentang amalan terbaik apabila menjalankan projek-projek pembinaan. Bagi menangani halangan bahasa dan sekatan di dalam dan sekitar tapak pembinaan, mereka melatih penduduk tempatan di lapangan dan secara peribadi, dengan tujuan untuk menubuhkan sebuah pasukan daripada ahli-ahli profesional Pakistan yang berkelayakan tinggi.

Syarikat ini menyediakan siri program pendidikan dan latihan termasuk pendidikan dan latihan keselamatan tentang operasi selamat peralatan pembinaan untuk kejuruteraan awam, tentang pemasangan elektrik asas dan tentang peraturan operasi dan pembinaan. Usaha-usaha ini bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan masyarakat setempat, tetapi juga meletakkan asas yang kukuh untuk mempererat persahabatan antara China dan Pakistan.

Latar Belakang Shanghai Electric 

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE: 601727) ialah pengeluar peralatan canggih yang bertaraf dunia, memfokuskan kepada tenaga pintar, pembuatan pintar dan infrastruktur pintar bagi menyediakan penyelesaian sistem gred-perindustrian hijau dan pintar. Ia hadir secara global dalam industri-industri seperti tenaga baharu, tenaga bersih yang cekap, pengutomatan perindustrian, peranti perubatan dan perlindungan alam sekitar.

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities