omniture

Cybozu Tubuh Subsidiari Baharu di Malaysia dalam Usaha Perluas Perniagaan Perisian Kumpulan Seluruh Asia Tenggara

Cybozu Inc.
2022-08-03 09:00 92

Penyedia perisian kumpulan menyasarkan 5000 syarikat pelanggan di rantau ini untuk platform tempat kerja digital utamanya Kintone menjelang tahun 2025

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Cybozu Inc., penyedia Jepun bagi penyelesaian perisian kumpulan untuk perniagaan, menubuhkan subsidiari serantau pertamanya pada 1 Mac 2022 untuk Asia Tenggara: Kintone Southeast Asia Sdn. Bhd. Langkah tersebut dibuat sebagai sebahagian daripada strategi penjualan global Cybozu untuk mencapai 5000 syarikat pelanggan di rantau ini untuk platform tempat kerja digital utama Kintone menjelang tahun 2025.

Sebelum ini, operasi jualan di rantau ini telah dijalankan secara eksklusif melalui rakan-rakan kongsi tempatan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada kajian pasaran yang menunjukkan pertumbuhan siginifikan dari segi permintaan kepada penyelesaian tanpa-kod dan kod-rendah di Asia Tenggara, Cybozu mengambil keputusan bahawa ia akan mengukuhkan usaha penjualan dan pemasaran tempatannya dengan menubuhkan subsidiari khusus untuk jualan Kintone.

Menurut satu laporan oleh ASEAN Foundation, tahun 2020 menyaksikan 40 juta orang muncul secara dalam talian buat kali pertama, menjadikan jumlah keseluruhan di rantau ini menjadi 400 juta pengguna internet. Diramalkan berkembang menjadi ekonomi USD 1 trilion menjelang tahun 2030, lonjakan dalam penembusan internet ini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital di Asia Tenggara yang mana atas sebab inilah Cybozu berusaha dengan aktif untuk memperluas kehadirannya di rantau ini.

Bagi menyediakan perkhidmatan yang optimum kepada syarikat-syarikat Jepun dan tempatan yang telahpun memperkenalkan Kintone, produk baharu ini akan disokong oleh infrastruktur Amazon Web Services (AWS) seperti yang telahpun dibuat untuk subsidiari Cybozu di Amerika Syarikat.

"Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu pejabat untuk gabungan baharu ini berdasarkan kepada jaraknya yang dekat ke pasaran-pasaran utama di seluruh rantau ini," kata Presiden Kintone Southeast Asia Sdn. Bhd., Tsubasa Nakazawa. "Kami teruja untuk memulakan langkah baharu dalam perjalanan kami ini bagi menjadikan Kintone tersedia di seluruh dunia dan akan mengambil bekerja kakitangan tempatan dengan aktif bagi membangunkan operasi penjualan dan pemasaran kami, selain mengukuhkan sokongan rakan kongsi setempat. Kami juga akan terus bekerjasama erat dengan pekerja-pekerja yang berpangkalan di Thailand untuk meluaskan kumpulan pengguna kami di seluruh Asia Tenggara."

Latar Belakang Kintone Southeast Asia Sdn. Bhd.

Kintone Southeast Asia Sdn. Bhd. beroperasi dari Kuala Lumpur, Malaysia dan memiliki rakan-rakan kongsi perunding dan produk yang menyediakan perkhidmatan suai tugas dan penyesuaian Kintone merentas 11 negara: Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Laos dan India. Untuk maklumat lanjut tentang Program Rakan Kongsi Kintone Southeast Asia kunjungi https://www.kintone.com/en-sea/partners/

Alamat: Unit 27-07, Tingkat 27, Q Sentral, 2A, Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, W.P.
Emel: sales-sea@kintone.com  

Latar Belakang Kintone

Kintone ialah platform tempat kerja digital boleh disesuaikan yang membolehkan anda mengurus data, tugas dan komunikasi anda di satu tempat berpusat. Lebih 21,000 pelanggan menggunakan platform tanpa-kod Kintone dengan lebih daripada 1.5 juta pangkalan data serta aplikasi aliran kerja dibina khas untuk perniagaan mereka. Kintone disediakan oleh Cybozu Inc., sebuah syarikat awam berpangkalan di Tokyo yang ditubuhkan pada tahun 1997. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kintone.com.

Source: Cybozu Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion New products/services