omniture

Leica Camera terlibat dalam segmen peralatan TV Laser dan bersetuju jalin kerjasama teknologi dengan Hisense

Hisense
2022-08-03 23:52 4646

WETZLAR, Jerman, 3 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhannya yang strategik, Leica Camera AG mengembangkan bidang perniagaannya dan berhasrat untuk meletakkan kedudukannya dengan lebih kukuh dalam segmen peralatan TV Laser menerusi produk-produknya sendiri. Bagi mencapai tujuan ini, syarikat ini bersetuju menjalin kerjasama dengan Hisense, salah satu pengeluar televisyen dan TV Laser inovatif yang terbesar di dunia. Menerusi kerjasama teknologi mereka, kedua-dua syarikat mewujudkan asas penting untuk pembangunan TV Laser yang selanjutnya untuk aplikasi pawagam rumah. Tujuan perkongsian jangka panjang ini adalah untuk menggabungkan teknologi Hisense dalam segmen TV Laser dengan kepakaran Leica yang telah lama bertapak dalam pembangunan dan pengilangan kanta penayangan berkualiti tinggi untuk mencipta khususnya platform teknologi yang hebat dan kalis masa depan untuk TV Laser jarak dekat.


Bagi Leica Camera AG, pasaran penayangan merupakan persekitaran yang biasa. Lebih daripada 50 tahun yang lalu, rangkaian Leica Pradovit telahpun menjadi sebahagian daripada portfolio produk, mula-mula sebagai penayang analog dan kemudian juga dalam versi digital. Berdasarkan kepada tahap inovasi tinggi syarikat ini, pengalaman dan pengetahuan selama bertahun-tahun dan tuntutan tertinggi ke atas prestasi optik dan kualiti imej, penembusan ke dalam segmen peranti TV Laser merupakan langkah seterusnya yang logik dalam hala tuju teknologi baharu dan pasaran-pasaran lain.


Leica Camera AG akan mempersembahkan TV Laser pertama miliknya, Leica Cine 1, secara eksklusif di IFA (2-6 September 2022) di Berlin dan akan mempamerkan produk tersebut di reruai Leica di Dewan 2.2 /Gerai Pameran 205.

"Sebagai peneraju dalam industri TV Laser, Hisense memiliki 1700 paten dalam bidang ini, menduduki kedudukan teratas di dunia. Hisense berdedikasi untuk meningkatkan pembangunan global TV Laser sebagai industri baharu untuk membawa faedah-faedah termasuk pengalaman imersif skrin besar, gamut warna yang luas, penjimatan tenaga, perlindungan terhadap alam sekitar dan penjagaan mata kepada pengguna di serata dunia. Sebagai jenama klasik dan tak lapuk dek zaman dalam bidang pengimejan, Leica menikmati kekuatan teknologi yang hebat serta kualiti dan gaya yang unik. Dengan teknologi optik luar biasa Leica, TV Laser berupaya untuk mempersembahkan imej yang lebih jelas dan halus. Gabungan antara gaya penalaan imej tersendiri Leica dan warna-warna luas cahaya Laser akan membawakan pesta visual yang menakjubkan kepada dunia," kata Dr Lin, Presiden Hisense.

"Hiburan pawagam rumah ialah pasaran yang semakin berkembang pesat dan pengembangan penawaran produk Leica dalam segmen ini menonjolkan peluang yang cerah masa depannya untuk menggembirakan pelanggan baharu dengan produk premium Leica. Sebagai peneraju teknologi dan pasaran dalam bidang sistem TV Laser, Hisense merupakan rakan kongsi ideal untuk memindahkan potensi penerbitan filem 4k berdefinisi tinggi kepada pengalaman pawagam rumah yang menakjubkan. Kami dengan sukacitanya mempersembahkan Leica Cine 1 di IFA, TV Laser pertama dengan kualiti unggul yang menjadikan Leica terkenal," kata Matthias Harsch, Ketua Pegawai Eksekutif Leica Camera AG.

Latar Belakang Hisense

Hisense beribu pejabat di Qingdao, China. Sejak 53 tahun yang lalu, Hisense sentiasa berpegang kepada nilai-nilai teras "Integriti, Inovasi, Tumpuan Pelanggan dan Kelestarian" serta strategi pembangunan "Asas Teknologi yang Baik dan Operasi yang Mantap". Perniagaan ini mencakupi bidang-bidang termasuk multimedia, peralatan rumah, maklumat pintar IT dan industri perkhidmatan moden. Dengan pembangunan yang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan Hisense diperluaskan ke lebih daripada 160 negara dan wilayah. TV Pintar yang merupakan teras perniagaan B2C Hisense sentiasa berada di hadapan industri global. Selain daripada B2C, Hisense juga berada di tempat utama peringkat global dalam industri-industri B2B termasuk Pengangkutan Pintar, Perubatan Jitu dan Komunikasi Optik.

Latar Belakang Leica Camera

Leica Camera AG ialah pengeluar premium bertaraf antarabangsa bagi kamera dan optik sukan. Reputasi legenda jenama Leica adalah berasaskan kepada tradisi kualiti cemerlang yang panjang, ketukangan Jerman serta reka bentuk perindustrian Jerman, digabungkan dengan teknologi inovatif. Bahagian penting dalam budaya jenama ini ialah kepelbagaian aktiviti yang dijalankan oleh syarikat ini untuk kemajuan fotografi. Selain daripada Leica Galleries dan Leica Akademies yang tersebar di seluruh dunia, terdapat Leica Hall of Fame Award dan, khususnya Leica Oskar Barnack Award (LOBA), yang dianggap sebagai salah satu anugerah penajaan paling inovatif yang ada pada hari ini. Di samping itu, Leica Camera AG, dengan ibu pejabatnya di Wetzlar, Hessen serta tapak pengeluaran kedua di Vila Nova de Famalicão, Portugal memiliki jaringan seluruh dunia bagi organisasi-organisasi nasionalnya dan Kedai Runcit Leica.

 

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Licensing/marketing agreements