omniture

SMOK Perkenal Alat Vape Siri SOLUS 2 di Acara Pelancaran Global di Jakarta

SMOK
2022-08-04 15:08 119

JAKARTA, Indonesia, 4 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- SMOK, jenama yang terkemuka daripada Shenzhen IVPS Technology, mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran serta penjualan e-rokok, baru-baru ini memperkenalkan siri SOLUS 2 baharunya di sebuah acara pelancaran produk global khas di Jakarta.


Dengan hampir 400 tetamu dijemput, produk SOLUS 2 baharu ini menggamit perhatian yang meluas di acara tersebut, seraya menonjolkan kuasa penarik yang signifikan dan pengaruh jenama SMOK. Turut hadir ialah pengedar tempatan, pemilik kedai vape dan individu berpengaruh yang penting. SOLUS 2, versi dinaik taraf bagi siri SOLUS, telah dibangunkan selama hampir 200 hari dan telah hadir untuk membawakan pengalaman vape yang dipertingkatkan dan keberkesanan kos untuk penghisap vape di seluruh dunia.

SOLUS 2 membuat kemunculan sulung globalnya

Di acara tersebut, Pengurus Wilayah Indonesia SMOK, Winter, mengadakan pembentangan SOLUS 2 yang terperinci. Di sebalik tabir penyelidikan dan pembangunan SOLUS 2, pasukan SMOK mengumpul maklum balas pengguna daripada beratus-ratus penghisap vape global, menggunakan data ini untuk membuat penambahbaikan dan penaiktarafan bagi mengatasi keburukan daripada siri SOLUS pertama.

Mudah dilihat daripada ciri-ciri yang dinaik taraf bahawa SOLUS 2 telah menambah baik pengalaman pengguna dan butiran produk berhubung dengan pelbagai fungsi (versi Asia Tenggara):

  • Bateri & Pengecasan: Prestasi mantap 700mAh & kabel Type-C memenuhi keperluan menghisap vape yang tahan lama.
  • Keserasian Pod: Serasi dengan kedua-dua SOLUS 2 Pod & SOLUS Pod.
  • Watt & Aliran Udara: Maksimum 15W, reka bentuk dwi aliran udara, kedua-dua RDL dan MTL tersedia hanya dengan menukar pemasangan pod.
  • Penampilan & Reka Bentuk: Reka bentuk semua-dalam-satu, badan yang nipis, pegangan yang selesa. Direka bentuk untuk nilai estetika dan praktikaliti.
  • Harga: Meneruskan konsep produk "Kemewahan Berpatutan", SOLUS 2 turut memberi manfaat kepada kumpulan pengguna dengan prestasi kos yang lebih tinggi.

Majlis Penyampaian Anugerah SMOK 

Selain memperkenalkan produk SOLUS 2 yang mewah dan berpatutan, Majlis Penyampaian Anugerah SMOK turut diadakan di acara tersebut. Anugerah Rakan Kongsi Strategi SMOK disampaikan kepada pengedar tempatan manakala anugerah Pihak Berpengaruh SMOK disampaikan kepada individu berpengaruh penting termasuk VaperSTUFF, Fatriio, Zeze Zeny dan lain-lain, sebagai tanda terima kasih kepada mereka atas sokongan yang sekian lama terhadap SMOK. Pada masa akan datang, SMOK akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi, pengedar dan pihak berpengaruh bagi meningkatkan industri vape. Mereka bentuk produk yang lebih baik untuk penghisap vape di seluruh dunia, semua orang akan berjaya, bersama-sama.

Cabutan Bertuah SMOK 

Sebagai tanda terima kasih kepada semua tetamu yang mengambil bahagian dalam acara tersebut, SMOK turut menyediakan beberapa hadiah termasuk hadiah pertama iaitu monosikal, lima telefon pintar sebagai hadiah kedua dan sepuluh pengurut sebagai hadiah ketiga.

Dipercayai secara meluas bahawa pelancaran SOLUS 2 akan menjurus kepada perubahan baharu yang mengujakan dalam industri vape. Asia Tenggara ialah salah satu pasaran e-rokok yang paling penting di dunia dan juga merupakan bahagian yang amat penting dalam strategi globalisasi SMOK. Pada masa akan datang, sebagai jenama vape antarabangsa yang terkemuka, SMOK akan mendalami permintaan dan terus memperkayakan barisan produk sekali gus membangunkan pasaran Asia Tenggara. Syarikat ini komited untuk memperkasa penghisap vape global bagi menikmati produk yang bagus dengan kualiti serta keselamatan yang terjamin.

Latar Belakang SMOK 

Ditubuhkan pada tahun 2010, SMOK ialah jenama terkemuka Shenzhen IVPS Technology Co. Ltd., mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran serta penjualan e-rokok, meliputi kesemua pasaran di serata dunia. SMOK memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan teknologi e-rokok, pembinaan jenama serta pembangunan dan pengurusan saluran jualan domestik dan antarabangsa. Menerusi inovasi yang berterusan, produk-produk SMOK telah menarik minat begitu ramai pengguna di serata dunia, lalu menjadikan SMOK sebagai jenama bertaraf global kelas pertama dalam industri rokok elektronik.

Maklumat lanjut
SOLUS 2 - SMOK® | Inovasi Terus Mengubah Pengalaman Menghisap Vape

HUBUNGI:

Holly Yang
+86-18211294142
marketing@smoktech.com 

 

Source: SMOK
Keywords: Tobacco New products/services MAT (Mature Audience)