omniture

10,000 RMB! Solisitasi video pendek "My Guangdong Story" mempelawa penyertaan global

Nanfang Media Group
2022-08-04 22:01 331

GUANGZHOU, China, 4 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Video-video anda tentang Guangdong membolehkan anda memenangi beberapa hadiah wang tunai yang banyak, sehingga 10,000 RMB. Ayuh dan ambil bahagian dalam acara Solisitasi Global untuk Video Pendek "My Guangdong Story".

 

Acara yang dianjurkan oleh Nanfang Media Group itu dibuka kepada semua pasukan dan individu seluruh dunia mulai 2 Ogos hingga 15 Oktober, dengan acara perkongsian luar talian berlangsung dalam bulan November pada tahun ini.

Peserta-peserta hanya perlu menghasilkan sebuah video untuk berkongsi cerita-cerita unik mereka tentang Guangdong, penjana ekonomi yang utama di China dan pusat budaya Lingnan. Kehidupan dan kerjaya anda di Guangdong, secebis pengalaman budaya tempatan, peluang melancong sekali seumur hidup di sini… Semua dialu-alukan!

Bagaimana untuk mengambil bahagian: Masuk ke laman web rasmi acara tersebut di laman utama Newsgd.com (www.newsgd.com/mygdstory) dan hantar penyertaan anda.

Masa

Penghantaran: Mulai 2 Ogos hingga 15 Oktober 2022

Undian dalam talian: Mulai akhir Ogos hingga penghujung Oktober 2022

Acara perkongsian luar talian: November 2022

Semasa berlangsungnya acara tersebut, semua penyertaan yang menepati tema akan dipaparkan di laman web rasmi. Beberapa hasil kerja yang terpilih akan dipamerkan di pelbagai platform termasuk Southcn.com, Yuexuexi App, platform media baharu Nanfang Media Group, Guangdong Channel Xuexi Qiangguo; paparan LED di luar dan metro serta bas Guangdong; laman sesawang dan juga platform media sosial. Video-video yang memenangi anugerah akan ditayangkan di mercu tanda Guangzhou semasa acara luar talian dalam bulan November ini.

Syarat-syarat

Video berdurasi kurang daripada enam minit dengan tema "My Guangdong Story" dalam format MP4, FLV, MOV atau format-format lain, mempersembahkan Guangdong di mata anda.

Tiada sekatan terhadap bahasa video tersebut. Sekiranya terdapat dialog atau pengisahan, sila sertakan sari kata dalam Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris.

Hasil kerja tersebut tidak boleh melibatkan sebarang iklan komersial, dan penerangan dalam 150 patah perkataan diperlukan.

Penyertaan haruslah video asli dan sebarang bentuk dibolehkan seperti wawancara atau mikro-dokumentari.

Ganjaran 

Anugerah Video Cemerlang: 10,000 RMB setiap pemenang, 10 pemenang secara keseluruhan (sebelum cukai)

Pencalonan Anugerah Video Cemerlang: 5,000 RMB setiap pemenang, 20 pemenang secara keseluruhan (sebelum cukai)

Anugerah Video Popular: 2,000 RMB setiap pemenang, 20 pemenang secara keseluruhan (sebelum cukai)

Peserta-peserta boleh menyemak semua butiran tentang acara tersebut termasuk agenda acara, panduan penyertaan dan syarat-syarat hak cipta di laman web rasmi.


 

 

Source: Nanfang Media Group
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Future Events