omniture

Senarai Fortune Global 500 2022 Dikeluarkan, Dengan Country Garden Naik ke Kedudukan ke-138

Country Garden Holdings
2022-08-05 18:29 607

FOSHAN, China, 5 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 3 Ogos, majalah Fortune mengeluarkan senarai Fortune Global 500 terkininya, yang mana Country Garden Holdings ("Country Garden") (02007.HK), pemaju hartanah terkemuka China, naik ke kedudukan ke-138. Ini merupakan tahun keenam berturut-turut Country Garden dimasukkan ke dalam senarai ini sejak penampilan sulungnya pada tahun 2017, lalu menunjukkan kebingkasan pembangunan kukuh dan keupayaan operasi mantap syarikat ini.

Majalah Fortune telah menerbitkan senarai Fortune Global 500 bagi syarikat-syarikat terbesar dunia berdasarkan hasil sejak tahun 1995. Ia merupakan salah satu senarai yang paling terkenal dan berwibawa untuk mengukur kedudukan perbandingan syarikat-syarikat dalam setiap industri di persada global.

Dalam industri hartanah, lima syarikat hartanah Cina dimasukkan ke dalam senarai tahun ini, kurang tiga berbanding tahun sebelumnya. Country Garden naik ke kedudukan ke-138 dengan hasil mencecah US$81.91 bilion dan keuntungan sebanyak US$4.154 bilion. Syarikat ini mendaki 329 anak tangga dalam tempoh enam tahun sejak ia memasuki senarai ini pada tahun 2017.

Pada tahun 2021, berlatarbelakangkan halangan dalam keyakinan terhadap industri hartanah China, Country Garden terus menunjukkan kebingkasan dalam prestasinya dengan operasi yang kukuh dan pelan hala tuju pembangunan yang seimbang. Menurut laporan tahunannya, Country Garden mencatatkan jualan ekuiti sebanyak 558 bilion yuan (kira-kira US$83 bilion) bagi tahun 2021, dengan kadar pulangan ke atas ekuiti mencecah lebih 90% untuk tahun keenam berturut-turut.

Untuk sepanjang tahun 2021, Country Garden mencapai hasil kendalian sebanyak 523.06 bllion yuan, meningkat 13% berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan kasar, keuntungan bersih dan keuntungan bersih teras yang boleh diagihkan kepada pemegang saham masing-masing mencecah 92.78 bilion yuan, 40.98 bilion yuan dan 26.93 bilion yuan.

Pelan pembangunan terpelbagai dan seimbang dilindung nilai dengan berkesan terhadap risiko-risiko yang berkaitan dengan tumpuan yang sempit. Menjelang akhir tahun 2021, Country Garden memiliki 3,216 projek yang sedang dibangunkan di seluruh China dengan jejak di 1,425 daerah dan wilayah di 299 bandar peringkat wilayah di 31 kawasan. Daripada 3,216 projek, 75.4% terletak di lima kluster bandar utama negara ini, 98% di wilayah ini dengan lebih daripada 500,000 penduduk dan 93% di wilayah dengan aliran masuk penduduk, lalu menunjukkan sejauh mana Country Garden berupaya untuk mengenal pasti dan bertindak ke atas data yang diperoleh daripada analisisnya terhadap demografi China.

Dalam separuh pertama tahun 2022, prestasi jualan keseluruhan pemaju hartanah di seluruh dunia menunjukkan pertumbuhan yang negatif ekoran faktor-faktor yang kurang baik seperti wabak COVID berulang yang membawa kepada jangkaan permintaan yang lemah. Statistik daripada China Real Estate Information Corp. (CRIC) menunjukkan bahawa jualan keseluruhan oleh 100 pemaju terunggul dalam separuh pertama tahun ini jatuh sebanyak 50.3%. Prestasi Country Garden turut menurun lantaran keadaan umum yang lembap. Walau bagaimanapun, jualan ekuiti keseluruhannya masih mencecah 185.1 bilion yuan dalam separuh tahun pertama, dengan 95% kadar bayaran balik dalam empat bulan pertama. Prestasi keseluruhan adalah lebih baik daripada purata industri. Di samping itu, dalam separuh pertama tahun ini, Country Garden menyiapkan pembinaan dan menyediakan kepada pasaran lebih daripada 250,000 unit (dalam 1,070 lot) di 214 bandar seluruh China seperti yang dijanjikan. Pencapaian ini berperanan untuk menunjukkan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate