omniture

ECOLAB NAMAKAN GREGORY LUKASIK NAIB PRESIDEN KANAN DAN KETUA PASARAN UNTUK ASIA TENGGARA

Ecolab
2022-08-05 18:29 765

SINGAPURA, 5 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Ecolab Inc., peneraju global bagi penyelesaian dan perkhidmatan air, kebersihan dan pencegahan jangkitan, menamakan Gregory Lukasik sebagai naib presiden kanan dan ketua pasaran untuk Asia Tenggara.

"Pengalaman Greg dengan perniagaan perindustrian di Asia akan membawa membawa perspektif dan idea baharu kepada pasukan Asia Tenggara kami yang mantap dan membantu kami memenuhi keperluan operasi dan kelestarian yang kritikal untuk pelanggan kami di rantau ini," kata Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ecolab, Christophe Beck.

Lukasik berkata bahawa pendekatan Ecolab yang utama dalam industri terhadap pencegahan jangkitan dan kelestarian merupakan dua pertimbangan penting dalam memikul peranan kepimpinan ini.

"Sepanjang dua tahun yang lalu, kita semua telah menyedari betapa pantasnya jangkitan boleh merebak atau meningkat," tambah Lukasik. "Maka, permintaan ini kukuh untuk berkhidmat dengan sebuah organisasi yang menggunakan penyelesaian berasaskan sains yang komprehensif dan pandangan berpandukan data untuk mengekalkan persekitaran kerja yang bersih dan selamat serta memajukan keselamatan makanan, di samping meningkatkan kualiti dan penggunaan sumber air melalui kecekapan operasi dan kelestarian. Saya teruja untuk menyertai pasukan Ecolab ketika kami berusaha mengatasi cabaran yang dihadapi oleh pelanggan kami dan planet kita."

Lukasik menyertai Ecolab setelah 23 tahun bersama Lafarge dan kemudian dengan Boral, USG serta Knauf selepas beberapa penggabungan dan pemerolehan, yang mana beliau memegang tugas kepimpinan dengan tanggungjawab yang semakin bertambah dalam penjualan, strategi, pemasaran serta pengurusan am di AS serta Eropah dan sejak 12 tahun yang lalu, memimpin perniagaan-perniagaan di seluruh Asia. Seorang anak kelahiran Perancis, Lukasik menerima MBA daripada The Wharton School of Business di University of Pennsylvania. Beliau berkelulusan ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda dalam bidang Seni Bina daripada University of California, Berkeley.

Latar Belakang Ecolab 

Rakan kongsi dipercayai hampir di tiga juta lokasi pelanggan, Ecolab (ECL) ialah peneraju global bagi penyelesaian dan perkhidmatan air, kebersihan dan pencegahan jangkitan yang membantu melindungi kesihatan orang ramai, planet dan perniagaan. Dengan jualan tahunan mencecah $13 bilion dan lebih daripada 47,000 rakan sekutu, Ecolab menyampaikan penyelesaian berasaskan sains yang komprehensif, pandangan berpandukan data dan perkhidmatan bertaraf dunia untuk memajukan keselamatan makanan, membantu mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat, mengoptimumkan penggunaan air dan tenaga serta meningkatkan kecekapan operasi dan kelestarian untuk pelanggan dalam pasaran makanan, rawatan kesihatan, hospitaliti dan perindustrian di lebih daripada 170 negara serata dunia. www.ecolab.com

Ikuti kami di LinkedIn @Ecolab, Twitter @Ecolab, Instagram @Ecolab_Inc dan Facebook @Ecolab

Source: Ecolab
Keywords: Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Infectious Disease Control Personnel announcements