omniture

Lightning Cloud umum Perkongsian Strategik Global dengan Alibaba Cloud untuk cipta Masa Depan Pintar Secara Digital

Lightning Cloud
2022-08-06 11:05 786

HONG KONG, 5 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Lightning Cloud, penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan global, mengumumkan bahawa ia telah memeterai perkongsian yang strategik dengan Alibaba Cloud, tulang belakang teknologi digital dan kecerdasan bagi Alibaba Group. Syarikat-syarikat ini akan bekerjasama dalam pelbagai aspek pengkomputeran awan, seperti pengkomputeran pinggir, keselamatan awan dan pematuhan bagi menyokong transformasi digital perusahaan global.

Pemimpin-pemimpin kanan daripada kedua-dua syarikat bertemu di ibu pejabat Alibaba Cloud Hangzhou untuk berkongsi pandangan tentang ekonomi digital global dan untuk berkomunikasi secara komprehensif tentang isu-isu yang dihadapi oleh perusahaan yang berkembang ke luar negara. Mereka turut membincangkan trend dalam teknologi pengkomputeran awan.

(Signing ceremony: Lightning Cloud is now a global strategic partner of Alibaba Cloud)
(Signing ceremony: Lightning Cloud is now a global strategic partner of Alibaba Cloud)

Di majlis penandatanganan, Ketua Pegawai Eksekutif Lightning Cloud, Andrew, menyatakan bahawa menjadi rakan kongsi strategik global bersama Alibaba Cloud menonjolkan persefahaman bersama antara kedua-dua pihak dalam pembangunan teknologi pengkomputeran awan global. Sebagai salah satu penyedia perkhidmatan awan yang terkemuka di dunia, Alibaba Cloud telah mencapai kemajuan yang besar dalam perkhidmatan teknikal, penyelesaian produk dan sebagainya. Setelah menjadi rakan kongsi strategik globalnya, kini Lightning Cloud akan memanfaatkan kekuatan unik Alibaba Cloud untuk membina ekosistem yang memberi kerjasama.

Cai Yinghua, Presiden Jualan Global, Alibaba Cloud Intelligence, berkata, "Alibaba Cloud akan terus melabur sumber di wilayah-wilayah penting dan menggalakkan pembangunan perniagaan pengkomputeran awan global. Perkongsian yang strategik dengan Lightning Cloud adalah hasil daripada kepercayaan bersama antara kedua-dua syarikat. Apabila rakan kongsi kami melangkah setapak ke hadapan, ekosistem Alibaba Cloud akan dapat diperkukuhkan lagi. Pemeteraian perkongsian strategik peringkat global ini akan membantu kedua-dua pihak untuk mempromosikan secara bersama perniagaan global ini."

Di samping itu, selepas majlis penandatanganan, kedua-dua syarikat telah berkomunikasi secara mendalam tentang perkhidmatan produk dan senario tertentu, seterusnya meletakkan lebih banyak asas untuk perkongsian yang komprehensif ini.

Lightning Cloud ditubuhkan di Hong Kong, China. Pasukan tersebut mempunyai pengalaman industri selama lebih daripada 10 tahun dalam pengkomputeran awan dan telah menawarkan perkhidmatan kepada hampir 1,000 perusahaan luar negara bagi mencapai transformasi digital dan susun atur perniagaan global di awan. Ia mencakupi e-dagang rentas-sempadan, permainan, peruncitan baharu, teknologi, kewangan dan juga bidang-bidang lain.

Hubungi marketing@lightningcloud.asia untuk mengetahui lebih lanjut.

 

Source: Lightning Cloud
Keywords: Computer/Electronics Licensing/marketing agreements