omniture

Toshiba Umum Pertukaran Nama Dua Subsidiari Lif & Eskalator di Malaysia

Toshiba Elevator and Building Systems Corporation
2022-08-08 09:00 101

Peneraju lif dan eskalator pasaran Malaysia,Toshiba terus memperbaharui semula komitmen untuk membuat ,membekal dan memberi perkhidmatan penyelengaraan sekali gus memberikan  perkhidmatan yang berkualiti tinggi dalam pasaran Asia Tenggara.

KAWASAKI, Jepun, 8 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Toshiba Elevator and Building Systems Corporation (selanjutnya TELC), subsidiari Toshiba Corporation (TOKYO: 6502), baru-baru ini mengumumkan pertukaran nama untuk dua subsidiarinya di Malaysia. Butiran seperti berikut.

Nama syarikat baharu: TOSHIBA ELEVATOR (MALAYSIA) SDN. BHD.
Nama syarikat dahulu: MS Elevators Engineering Sdn. Bhd.
Tarikh berkuat kuasa: 15 Julai 2022

Nama syarikat baharu: TOSHIBA ELEVATOR MANUFACTURING ASIA SDN. BHD.
Nama syarikat dahulu: MS Elevators Sdn. Bhd.
Tarikh berkuat kuasa: 15 Julai 2022

Operasi perniagaan di Malaysia 

MS Elevators Engineering Sdn. Bhd. yang ibu pejabatnya berpangkalan di Kuala Lumpur menjadi rakan kongsi Toshiba untuk penjualan, pemasangan dan perkhidmatan penyelenggaraan lif dan eskalator pada tahun 1982. MS Elevators Sdn. Bhd pula adalah sebuah syarikat pengilangan lif dan eskalator pula yang berpangkalan di Pulau Pinang mula beroperasi dalam pembuatan lif untuk Toshiba sejak tahun 1983, untuk dipasarkan di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara serta wilayah-wilayah tertentu yang lain. Kedua-dua syarikat ini menjadi usaha sama dan gabungan TELC pada tahun 2012 dan beralih menjadi subsidiari-subsidiari milik penuhnya pada Februari 2022. TELC merupakan satu-satunya syarikat lif perintis dengan tapak kilang pembuatan di Malaysia dan memegang bahagian pasaran yang besar.

Pemerolehan syarikat-syarikat ini dan menamakannya semula untuk menyertakan Toshiba, jenama global yang diiktiraf secara meluas, akan membolehkan TELC terus meningkatkan nilai pasaran mereka. TELC juga merancang untuk mengukuhkan pengurusan di kedua-dua syarikat dan untuk memperluaskan pengeluaran sebagai hab yang berpangkalan di Asia Tenggara, bagi menyokong pengembangan perniagaan Toshiba yang proaktif dalam pasaran global.

Gambaran Keseluruhan TOSHIBA ELEVATOR (MALAYSIA) SDN. BHD.

Lokasi

Wisma TMEL, No.15, Jln Kuchai Maju 4, (Jalan 2/116D), Kuchai Entrepreneurs' Park, Off Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Tao Yewen

Perniagaan Utama

Penjualan, pemasangan,pengujian,pentauliahan dan penyelenggaraan lif serta eskalator

Gambaran Keseluruhan TOSHIBA ELEVATOR MANUFACTURING ASIA SDN. BHD.

Lokasi

2530, Lorong Perusahaan 10 Prai Industrial Estate Prai 13600 Pulau Pinang, Malaysia 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Tao Yewen

Perniagaan Utama

Pembuatan, lif dan eskalator

Latar Belakang Toshiba Elevator and Building Systems Corporation

Toshiba Elevator and Building Systems Corporation (TELC) ditubuhkan pada tahun 1967 dan memulakan operasi global pada awal tahun 1970-an. TELC telah membina rangka kerja yang mencakupi semua aspek lif Toshiba bermula daripada pembangunan produk dan sistem kepada pengeluaran, pemasangan, pelarasan, penyelenggaraan dan perkhidmatan bagi menyediakan produk serta perkhidmatan yang berkualiti tertinggi kepada pelanggan. Menggunakan dan berdasarkan infrastruktur teknologi komprehensif tinggi yang dibangunkan oleh Toshiba Group yang wujud lebih daripada 140 tahun sejak penubuhannya, TELC menyasarkan untuk meningkatkan lagi teknologi dan kualiti yang terkemuka di dunia untuk membangunkan lif berkelajuan ultra-tinggi. 

Source: Toshiba Elevator and Building Systems Corporation
Related Stocks:
OTC:TOSYY Tokyo:6502
Keywords: Machinery Mining/Metals