omniture

Penyedia Penyelesaian Tenaga Solar Terkemuka Haitai Solar Lancar IPO di Beijing Stock Exchange

Haitai Solar
2022-08-08 09:00 149

BEIJING, 8 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Haitai Solar, penyedia penyelesaian tenaga baharu dan modul solar terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Syarikat ini telah menyelesaikan proses tawaran awam awal dan mula berdagang di Beijing Stock Exchange di bawah kod saham 835985 pada 8 Ogos 2022.

Haitai Solar's brand-new slogan
Haitai Solar's brand-new slogan

Kemunculan sulung Haitai Solar di bursa Beijing merupakan landas pelancaran yang melaluinya syarikat ini berupaya untuk mengukuhkan lagi kepimpinannya dalam Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui yang berkembang pesat dan mengumpul dana untuk projek-projek pelaburan penting yang telah dirancang. Hasil kutipan akan disumbangkan ke arah menyokong penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran besar-besaran modul HJT 2GW Haitai Solar dan projek modul 1GW selain memperluas pusat penyelidikannya, sebagai sebahagian daripada rancangan Syarikat ini untuk meningkatkan kapasiti inovasi dan pembuatannya.

"Kami gembira menyaksikan Haitai Solar berjaya disenaraikan di Beijing Stock Exchange yang menandakan pencapaian yang penting ketika kami berusaha untuk membina Syarikat ini menjadi penjana tenaga baharu. Suntikan modal baharu, digandingkan dengan profil Haitai Solar yang semakin meningkat di persada global serta skala yang berkembang pesat, akan meningkatkan kelebihan daya saing kami dengan ketara dan berjaya meraih kedudukannya yang utama dalam industri ini," kata Wang Yong, Pengerusi Haitai Solar.

"Memandang ke hadapan, kami yakin akan keupayaan Haitai Solar untuk mencapai pertumbuhan mampan dalam tempoh jangka panjang melalui strategi yang menumpukan kepada pengembangan pengeluaran, peningkatan kualiti dan inovasi teknologi," tambah beliau.

Syarikat ini turut melancarkan slogan serba baharu 'Single or Infinite? Double = More!' ('Tunggal atau Tak Terhingga? Berganda = Lebih Lagi!'). Kombinasi antara dua perkataan yang bertentangan "Tunggal" dan "Tak Terhingga" menjelaskan dengan sempurna bagaimana modul monomuka berupaya menyampaikan kemungkinan tak terhingga sambil mengekalkan kualiti yang terbaik. Modul Siri Taihe menjelaskan sepenuhnya dan dengan tepat mengenai idea "Lebih lagi", iaitu produk-produk dikurniakan dengan teknologi yang lebih canggih, dapat mencapai output kuasa yang lebih tinggi dan boleh diaplikasikan kepada lebih banyak senario dan dengan berbuat demikian, memberikan lebih nilai tambahan kepada pelanggan, Dengan slogan baharu, Haitai Solar komited untuk menyampaikan lebih nilai kepada pemegang sahamnya, rakan kongsi sedia ada dan masa depan serta membantu dunia mencapai sasaran emisi sifar-bersih sebagai pemacu peralihan tenaga global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.haitai-solar.com/

Latar Belakang Haitai Solar 

Haitai Solar ialah sebuah perusahaan berteknologi tinggi yang memfokuskan kepada Tenaga Boleh Diperbaharui dengan lima Bahagian Perniagaan: Modul Fotovolta, Loji Janakuasa Utiliti, Sistem Pemasangan, Penyimpanan Tenaga dan Tenaga Hidrogen. Sejak penubuhannya pada tahun 2006, ia komited untuk menyediakan lebih nilai secara sistematik kepada pelanggan dan rakan kongsi global. Haitai Solar telah diiktiraf sebagai Pengeluar Modul Tahap 1 oleh BNEF dengan jumlah kapasiti pengeluaran global mencecah 8GW, sementara itu ia juga telah disenaraikan sebagai 10 syarikat PV terbaik di China dari segi penghantaran. Sebagai penyedia tenaga baharu yang pintar, Haitai Solar akan terus menggalakkan pembangunan tenaga baharu dengan kedua-dua kualiti dan juga teknologi premium untuk memimpin revolusi tenaga hijau.

Hubungan Media

marketing@htsolargroup.com
Facebook: @haitaisolar

Source: Haitai Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Offerings