omniture

Syarikat Perisian Jepun Cybozu Berikan Elaun Bantuan Inflasi kepada Pekerja Asia Tenggara

Cybozu Inc.
2022-08-08 09:00 81

Sebagai tindak balas kepada peningkatan kos sara hidup yang pesat di serata dunia, syarikat IT berpangkalan di Tokyo, Cybozu membayar elaun bantuan inflasi khas sekali sahaja kepada pekerja

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Cybozu Inc., penyedia Jepun bagi penyelesaian perisian kumpulan untuk perniagaan, menyediakan elaun bantuan inflasi khas sekali sahaja kepada pekerjanya bagi mengimbangi kesan trend inflasi global. Elaun tersebut akan diberikan kepada pekerja Cybozu, tanpa mengira jenis kontrak, merentas lokasi-lokasi globalnya termasuk Jepun, Thailand, Malaysia, Amerika Syarikat, Tanah Besar China, Taiwan dan Australia.

"Sejak awal tahun 2022, dunia telah mengalami kenaikan harga banyak komoditi asas, bermula daripada barangan runcit kepada gas hinggalah utiliti" kata Ketua Pegawai Eksekutif Cybozu Yoshihisa Aono. "Semakan gaji tahunan kami biasanya berlaku pada bulan Januari, namun kami menyedari kebimbangan inflasi ini perlu ditangani dengan kadar segera. Kami memilih untuk menyediakan elaun khas ini agar pekerja Cybozu di serata dunia boleh menjalani kehidupan harian mereka dengan berasa kurang bimbang tentang kenaikan kos sara hidup."

Di Kintone Southeast Asia, pekerja sepenuh masa di Malaysia dan Thailand akan menerima bayaran bermula daripada USD$200 hingga USD$300. Bayaran ini mengambil kira beberapa faktor setempat termasuk kos sara hidup, kesan kewangan inflasi, cukai dan sumbangan keselamatan sosial, antara lain — dan dioptimumkan untuk setiap negara.

Presiden Kintone Southeast Asia Sdn. Bhd., Tsubasa Nakazawa, menyatakan bahawa remedi inflasi daripada Cybozu sejajar dengan komitmen Kintone dalam memupuk potensi ahli-ahli pasukannya. "Saya telah menerima maklum balas yang benar-benar positif daripada pekerja kami. Semasa tempoh ekonomi yang sukar ini, mereka bersyukur atas tindak balas syarikat yang pantas dan cekap terhadap tekanan kewangan yang dihadapi oleh kita semua ini."

Latar Belakang Kintone Southeast Asia Sdn. Bhd.

Kintone Southeast Asia Sdn. Bhd. beroperasi dari Kuala Lumpur, Malaysia dan memiliki rakan-rakan kongsi perunding dan produk yang menyediakan perkhidmatan suai tugas dan penyesuaian Kintone merentas 11 negara: Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Laos dan India. Untuk maklumat lanjut tentang Program Rakan Kongsi Kintone Southeast Asia kunjungi https://www.kintone.com/en-sea/partners/

Alamat: Unit 27-07, Tingkat 27, Q Sentral, 2A, Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, W.P.
Emel: sales-sea@kintone.com 

Latar Belakang Kintone

Kintone ialah platform tempat kerja digital boleh disesuaikan yang membolehkan anda mengurus data, tugas dan komunikasi anda di satu tempat berpusat. Lebih 21,000 pelanggan menggunakan platform tanpa-kod Kintone dengan lebih daripada 1.5 juta pangkalan data serta aplikasi aliran kerja dibina khas untuk perniagaan mereka. Kintone disediakan oleh Cybozu Inc., sebuah syarikat awam berpangkalan di Tokyo yang ditubuhkan pada tahun 1997. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kintone.com

Source: Cybozu Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Workforce Management/Human Resources Corporate Social Responsibility