omniture

PELANCARAN DWI KAMERA PAPAN PEMUKA 4K Z50 DDPAI

DDPAI
2022-08-08 10:00 101

Lebih Halus, Lebih Gagah 

SHENZHEN, China, 8 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 8 Ogos, DPPAI memperkenalkan model kamera papan pemuka (dash cam) Z50, sama seperti dalam siri-Z, meneruskan skrin pratonton dan reka bentuk bergaya, tetapi menaik taraf perincian dengan prestasi berkuasa. Lebih halus, lebih gagah.


Dwi Kamera Papan Pemuka 4K, Fokus pada Perincian Lebih Halus

Z50 DDPAI didatangkan dengan kamera depan dan belakang untuk merakam pandangan depan dan belakang secara serentak bagi tujuan keselamatan berganda. Berasaskan kepada sensor Sony IMX415 dan apertur F1.75, kamera depan mempunyai medan pandangan 140° dan dapat merakam video 4K UHD. Berbanding Z40, Z50 adalah lebih berkuasa dari segi pemprosesan dan resolusi imej. Dengan algoritma rangsangan warna dan teknologi NightVIS, Z50 merakam dengan perincian yang lebih tajam, pencahayaan seimbang dan warna jelas walaupun dalam keadaan gelap.

Daripada Memandu hingga Meletakkan Kenderaan, Kami Memenuhi Keperluan Anda  

Menambah sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) dengan amaran pelepasan kenderaan depan, Z50 mengurangkan risiko terganggu di lampu isyarat merah atau sesakan lalu lintas, membawa kepada keselamatan dan keselesaan untuk pemanduan jarak jauh. Di bawah sistem pengurusan kuasa IPS, pantau kereta anda sepanjang hari tanpa menghabiskan bateri kereta. Pastikan minda anda tenang sepanjang masa sama ada ketika memandu atau meletakkan kenderaan.

Penyelesaian Storan Sandaran Kecemasan: Teknologi Storan D ² save

Z50 menyampaikan Teknologi Storan D²save sekiranya berlaku ralat kad TF. Dengan NAND Flash Terbina-dalam, ia akan menyimpan dan membaiki fail-fail rosak secara automatik. Selain itu, Z50 menyokong sehingga 128G storan dan rakaman gelung, mengosongkan ruang untuk menyimpan rakaman.

Kesan Realiti Deria (SR) Termaju untuk Menikmati Keseronokan dalam Perlumbaan Realistik 

Berdasarkan kepada sensor dan algoritma giro berkejituan tinggi, DDPAI membangunkan lapisan SR dengan data memandu untuk berintegrasi dengan rakaman laluan, menukarkan perjalanan pemanduan anda kepada perlumbaan dan mengasyikkan diri anda dalam dunia drifting yang sebenar. Revolusikan enjin kereta lumba anda, bebaskan diri dan tempuhi perlumbaan yang membebaskan ini.


Latar Belakang DDPAI 

Kepakaran selama 9 tahun dalam industri kamera papan pemuka (dash cam) dan bidang automotif, DDPAI merupakan yang pertama mencadangkan konsep kamera papan pemuka perkongsian sosial. Kini, DDPAI telah menjadi tiga jenama kamera papan pemuka terbaik di China. Komited terhadap bidang perjalanan dan automotif pintar, DDPAI mengkaji bidang perjalanan pintar dengan SAIC, Geely, JAC, XPeng, Didi, T3 Go, Volvo, bekerjasama dengan Huawei, Honor, Alibaba untuk menyampaikan perkhidmatan ekologi pintar berbilang senario dan dengan AutoNavi Maps serta Sogou Maps untuk mencipta secara bersama navigasi AR.

 

Source: DDPAI
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Transportation