omniture

Eversheds Membuka Cawangan Timur Tengah Ketujuh di Rantau Kurdistan

Eversheds LLP
2013-10-21 18:37 141

LONDON, 21 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Firma perundangan global Eversheds hari ini telah mengumumkan perluasan pengendaliannya di Timur Tengah dengan pembukaan cawangan kedua di Iraq, terletak di Erbil, Rantau Kurdistan.

Pembukaan cawangan di Erbil ini menandakan pembukaan cawangan ketujuh Eversheds di Timur Tengah. Firma itu sudah mempunyai kedudukan kukuh merentasi rantau itu dengan cawangan sedia ada di Amman (Jordan), Abu Dhabi dan Dubai (Emiriah Arab Bersatu), Baghdad (Iraq), Doha (Qatar), dan Riyadh (Arab Saudi).

Keputusan untuk membuka cawangan di Erbil adalah berikutan permintaan tinggi daripada klien Eversheds, sambil Rantau Kurdistan menjadi hab yang semakin penting untuk perniagaan antarabangsa. Dalam separuh tahun pertama 2012 sahaja, Rantau Kurdistan menerima pelaburan asing sebanyak $3.4 bilion. Sejak Undang-undang Pelaburan rantau itu diluluskan pada tahun 2006, Rantau Kurdistan telah menarik pelaburan sektor swasta domestik dan asing sebanyak $21 bilion, $12.5 bilion daripada itu diterima oleh Erbil.

Cawangan Erbil baharu itu akan beroperasi dengan kerjasama peguam tempatan yang berpengalaman tinggi.

Nasser Ali Khasawneh, Rakan Kongsi Urusan Timur Tengah, memberi komen:

"Eversheds ialah satu-satunya firma perundangan global yang mempunyai cawangan di Baghdad dan juga Erbil; bukti kukuh untuk pelaburan firma ini di Timur Tengah. Sebagai firma perundangan yang mementingkan klien, kami ingin memenuhi permintaan klien kami walau di mana sahaja lokasi dunia yang mereka ingin jalankan urusan mereka. Pembukaan cawangan di Kurdistan ialah respon sebenar terhadap permintaan klien sambil kami terus mendahului di seluruh dunia."

Tawfiq Tabbaa, rakan kongsi urusan firma cawangan Iraq, memberi komen:

"Operasi kami dalam rantau ini telah melihat pertumbuhan eksponen dalam masa 12 bulan lepas dengan kebanyakan klien multinasional global besar kami ingin menembusi pasaran memuncul ini. Pembukaan cawangan di Erbil akan membolehkan kami memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi di kawasan itu sendiri kepada sebilangan besar syarikat global besar yang ingin melabur dalam rantau ini."

Nota kepada editor

Tentang Eversheds LLP

Eversheds LLP dan cawangannya di seluruh dunia mempunyai lebih 4,500 kakitangan yang menyediakan perkhidmatan kepada komuniti perniagaan dan kewangan sektor swasta dan awam. Akses kepada semua perkhidmatan ini disediakan melalui 44 cawangan antarabangsa dalam 26 bidang kuasa. Eversheds menggabungkan pengetahuan pasaran tempatan dan akses kepada pengkhususan, sumber dan kebolehan antarabangsa salah satu firma perundangan terbesar di dunia.

http://www.eversheds.com

Sumber: Eversheds LLP

Source: Eversheds LLP
Related Links:
Keywords: Corporate Expansion