omniture

Kandungan Digital Thai Peroleh Pengiktirafan Semakin Meningkat di Serata Dunia

DITP
2022-08-09 09:15 224

BANGKOK, 9 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- "Home Sweet Home", permainan video pengembaraan seram, mula dilancarkan pada tahun 2017, menjadi popular di peringkat global dan terus membawa pengalaman yang mencabar dan menggerunkan kepada pemain-pemain dalam musim ketiganya pada tahun 2021. "Sea of Love", sebuah animasi untuk kanak-kanak, menceritakan kisah persahabatan antara seekor ikan paus, seekor ikan pari, seekor kuda laut dan seekor jerung, sedang distrim di Netflix.  "Girl From Nowhere", siri misteri ngeri yang menjadi terkenal di seluruh dunia dengan musim keduanya mengungguli carta Netflix di Thailand, Vietnam dan Filipina, selain menduduki kedudukan 10 teratas di Brazil.

Kandungan Digital Thai Peroleh Pengiktirafan Semakin Meningkat di Serata Dunia
Kandungan Digital Thai Peroleh Pengiktirafan Semakin Meningkat di Serata Dunia

Ketiga-tiga judul yang berjaya ini mempunyai sesuatu persamaan: ia merupakan produk kreatif buatan tempatan Thailand, sebuah negara yang semakin menjadikan kehadirannya dirasai dalam pasaran kandungan digital global yang berkembang pesat.

Kerajaan Thai menyasarkan industri kandungan digital sebagai salah sebuah industri untuk promosi dan menyatakan hasratnya untuk menjadi hab kandungan digital di ASEAN. Pasaran kandungan digital Thailand kini bernilai AS$2 bilion dengan permainan video mewakili bahagian terbesar dengan nilai US$1.46 bilion.

Negara ini telah lama diiktiraf untuk kemahiran pencipta kandungan digitalnya dan telah menjadi penyedia utama bagi perkhidmatan penyumberluaran untuk projek-projek antarabangsa. Daya saing utama dalam industri kandungan digital Thai terletak pada kemahiran, disiplin dan sikap minda-khidmat dalam kalangan artis digitalnya, keberkesanan kosnya selain kreativiti yang beraneka dan kebijaksanaan budaya yang menjadikan negara ini dikenali. 

Permainan video "Home Sweet Home" dicipta oleh pembangun Thai Yggdrazil Group, menampilkan unsur seram yang diambil daripada cerita rakyat Thai. Kekuatannya terletak pada asasnya dalam budaya, mitos dan kepercayaan Thai, menurut seorang pengkritik permainan di COGconnected. Permainan tersebut boleh didapati dalam sembilan bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, Bahasa Cina dan Bahasa Jepun.

Walaupun industri permainan berkembang pada kadar yang lebih pantas, industri animasi Thai mempunyai sejarah yang lebih lama dan lebih berakar umbi dalam warisan budaya tempatan. Watak-watak animasi Thai sering mencerminkan "ciri-ciri Thai" melalui warna-warna yang beraneka dan sifat yang ceria. Filem cereka animasi 3D Thai pertama "Khan Khluay" (dikenali sebagai The Blue Elephant di AS), diterbitkan oleh Kantana Studio, dilancarkan pada tahun 2006 dan membuahkan kejayaan pecah panggung, yang membawa perhatian antarabangsa terhadap Thailand sebagai tapak penerbitan animasi yang berkualiti tinggi. Pencapaian terkini Monk Studio, "Sea of Love" ialah siri Netflix Kids pertama Thailand, bagi memenuhi matlamatnya untuk memperkenalkan kandungan asli yang direka bentuk dan diterbitkan oleh bakat Thai untuk dunia.

Siri Thai pada dekad yang lalu telah berkembang ke negara-negara Asia yang lain dan di luarnya, sebahagian disebabkan oleh kemunculan platform-platform penstriman. Drama-drama Thai yang menjadi popular di negara-negara lain termasuk Love Destiny dan My Husband in Law. Musim kedua "Girl from Nowhere" memenangi Anugerah Siri TV Asia Terbaik di Asia Contents Awards Busan pada tahun 2021.

Para pengkritik mengharapkan populariti siri Thai terus meningkat pada masa akan datang, hasil daripada watak yang menarik, jalan cerita, lokasi dan gambarannya terhadap budaya tempatan.

Source: DITP
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Corporate Expansion