omniture

Institut SANS dan ETDA-ThaiCERT Bekerjasama bagi Membina Kecekapan Keselamatan Siber Negara Thailand

SANS Institute
2013-10-21 20:00 145

-- Menumpukan terhadap 5 Faktor Kejayaan yang Kritikal

BANGKOK, 21 Oktober 2013  /PRNewswire/ -- Institut SANS yang berpangkalan di A.S. merupakan sumber yang paling andal dan terbesar bagi latihan keselamatan komputer, pensijilan dan penyelidikan di seluruh dunia dan juga bagi Agensi Pembangunan Urus Niaga Elektronik (Organisasi Awam) (ETDA), yang melibatkan Pasukan Respons Kecemasan Komputer Thailand (ThaiCERT) sebagai unit pimpinannya, mengumumkan penubuhan perkongsian bagi memudahkan pembangunan kecekapan keselamatan siber Thailand.

MOU yang menunjukkan tujuan kerjasama kedua-dua organisasi tersebut telah ditandatangani pada hari Isnin, 21 Oktober, oleh Puan Surangkana Wayuparb, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pembangunan Urus Niaga Elektronik (Organisasi Awam) dan Encik Mason Brown, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Institut SANS. Objektif kerjasama antara SANS dengan ETDA ialah bagi membina kecekapan keselamatan siber negara dengan menambahkan bilangan profesional yang mahir untuk membantu mempertahankan dan melindungi infrastruktur maklumat kritikal Kerajaan Thailand.

Isu berikut telah dikenal pasti dalam perbincangan persediaan sebagai faktor kejayaan penting bagi membangunkan keupayaan keselamatan siber Kerajaan Thailand:

  • Mencari calon yang tepat yang mempunyai kemahiran asas dan berpotensi untuk berjaya dalam program ini
  • Kandungan latihan yang terkini daripada segi teknikal, dengan proses yang andal dan terbukti untuk kemas kini berterusan
  • Mengenal pasti pengajar dengan penguasaan terbukti kemahiran teknikal dan kebolehan pengajaran yang luar biasa
  • Menunjukkan yang pelajar sebenarnya menguasai bahan kelas dengan menilai demonstrasi amali keupayaan yang diperlukan
  • Mewujudkan kader berbakat di Thailand yang mampu menjalankan objektif program dengan bebas dan membangunkan orang berbakat untuk memastikan kelestarian kejayaan

"Serangan siber ialah landskap ancaman yang sentiasa berubah dan adalah penting untuk memberikan latihan amali kepada para profesional keselamatan di Kerajaan Thailand untuk menyediakan mereka untuk menghadapi serangan dunia sebenar dan bagaimana untuk bertindak balas apabila berlakunya masalah," kata En. Brown. "ETDA mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan lima faktor kejayaan yang kritikal dan ETDA terus menunjukkan komitmen yang memberangsangkan ke arah merapatkan jurang bagi membolehkan Thailand memainkan peranan penting dalam kepimpinan siber serantau."

"Bagi menangani ancaman siber secara berkesan, kita perlu meningkatkan pengumpulan sumber manusia dan meningkatkan tahap kecekapan para profesional keselamatan IT Thai untuk mencapai standard dunia. Kerjasama dengan SANS, yang merupakan institut latihan keselamatan maklumat global yang sangat berkebolehan, akan membantu memudahkan proses ini dan memulakan langkah ke arah yang betul," kata Puan Wayuparb, Ketua Pegawai Eksekutif, ETDA. 

Tentang Institut SANS
Institut SANS ditubuhkan pada tahun 1989 sebagai organisasi pendidikan dan penyelidikan kerjasama. SANS ialah sumber yang paling andal dan setakat ini merupakan sumber terbesar bertaraf dunia bagi latihan keselamatan maklumat dan pensijilan keselamatan di dunia, yang menawarkan lebih 50 kursus latihan. Pensijilan Jaminan Maklumat Global (GIAC), gabungan Institut SANS, ialah badan pensijilan yang memaparkan lebih 25 pensijilan teknikal amali dalam keselamatan maklumat. SANS menawarkan pelbagai sumber percuma kepada masyarakat InfoSec, termasuk projek konsensus, laporan penyelidikan, dan surat berita; ia juga mengendalikan sistem amaran awal di Internet yang dikenali sebagai Pusat Ribut Internet. SANS dipimpin oleh ramai pengamal keselamatan pelbagai organisasi global daripada syarikat kepada universiti yang bekerjasama untuk membantu seluruh masyarakat keselamatan maklumat. (www.SANS.org)

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang latihan keselamatan siber penting SANS di Thailand dan Rantau Asia Pasifik yang lebih luas, sila layari: http://www.sans.org/info/140905

Tentang ETDA
Agensi Pembangunan Urus Niaga Elektronik (Organisasi Awam) (ETDA), Kementerian Teknologi Komunikasi dan Maklumat, ialah agensi awam utama di Kerajaan Thailand yang bertanggungjawab membangunkan, meningkatkan, dan menyokong urus niaga elektronik yang andal, dijamin dan selamat daripada ancaman keselamatan siber. ETDA terus membangunkan sumber manusia dalam usaha untuk meningkatkan bilangan profesional dan mengukuhkan keselamatan siber negara bersama Pasukan Respons Kecemasan Komputer Thailand atau ThaiCERT sebagai mekanisme utama untuk menangani ancaman keselamatan siber. (Bagi maklumat lanjut, sila layari www.thaicert.or.th dan www.etda.or.th)

Source: SANS Institute
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Contracts Not for profit