omniture

Xinhua Silk Road: Bandar Wuxi Timur China tingkatkan pembangunan industri bioperubatan

Xinhua Silk Road
2022-08-09 15:18 177

BEIJING, 9 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Persidangan Penjagaan Kesihatan Masa Depan Taihu Bay 2022 diadakan pada hari Khamis di Bandar Wuxi, Wilayah Jiangsu, timur China menyaksikan pelancaran Pusat Perlindungan Harta Intelek Wuxi dengan 52 projek bioperubatan dikontrak, melibatkan pelaburan sejumlah lebih daripada 30 bilion yuan.

Foto menunjukkan tapak Persidangan Penjagaan Kesihatan Masa Depan Taihu Bay 2022
Foto menunjukkan tapak Persidangan Penjagaan Kesihatan Masa Depan Taihu Bay 2022

Industri bioperubatan merupakan bahagian yang penting dalam pembinaan sistem perindustrian moden Wuxi sepanjang tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025). Skalanya melebihi 140 bilion yuan pada tahun 2021, satu peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tahun sebelumnya, lalu menjadikan Wuxi sebagai antara 20 bandar peringkat wilayah terunggul yang disenaraikan dalam Barometer Industri Bioperubatan China pada tahun 2021.

Selain daripada pusat perlindungan harta, enam taman perindustrian bioperubatan telah dilesenkan dan tiga platform awam bioperubatan dirasmikan di persidangan tersebut yang dijangka menyuntik dorongan untuk pembangunan industri bioperubatan Wuxi.

Bandar tersebut akan mengukuhkan dan meluaskan rantaian perindustriannya bagi membina kluster perindustrian bioperubatan moden bernilai 200-bilion-yuan, kata Du Xiaogang, Setiausaha Jawatankuasa Parti Perbandaran Wuxi CPC.

Industri bioperubatan bermula lebih awal di Wuxi. Dengan asas yang bagus, ia telah membangunkan rantaian industri yang agak setanding meliputi pengeluaran ubat-ubatan mentah kimia, pengeluaran penyediaan dan penyumberluaran perkhidmatan farmaseutikal serta menghimpunkan 1,278 syarikat bioperubatan seperti AstraZeneca dan WuXi Biologics AppTech, yang menunjukkan kesan pengelompokan yang kuat.

Menyasarkan untuk membina tahap tinggi industri bioperubatan yang bertaraf dunia dengan ciri-ciri yang tersendiri, Wuxi bukan sahaja mengeluarkan dasar khas yang disesuaikan untuk pembangunan taman perindustrian bioperubatan, tetapi turut mewujudkan dana khas untuk industri bioperubatan moden bagi memberi ganjaran kepada pencapaian dalam teknologi yang berpandangan jauh dan penyelidikan inovasi. Pada tahun 2021, Wuxi membelanjakan lebih daripada 32 juta yuan untuk pembangunan sains dan teknologi 43 projek bioperubatan.

Pelbagai perjanjian dana telahpun ditandatangani di persidangan tersebut termasuk dana bioperubatan sebanyak 5 bilion yuan yang diwujudkan secara bersama oleh Guolian Group, AstraZeneca dan China International Capital Corporation Limited.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/329376.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Publishing/Information Service