omniture

Pendedahan Dr. Rongxiang Xu Tentang Penjanaan Semula Organ Manusia ketika Penerimaan Anugerah Antarabangsa Golden Biatec 2013

Mebo International
2013-10-21 22:59 105

LOS ANGELES, 21 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Dr. Rongxiang Xu telah dianugerahkan dengan anugerah antarabangsa Golden Biatec 2013 oleh Kelab Ekonomi Forum Ekonomi Tidak Formal (IEF) atas sumbangan beliau yang luar biasa bagi sains penjanaan semula organ. Dr. Xu merupakan satu-satunya pemenang antarabangsa anugerah Golden Biatec tahun ini, yang turut diberikan kepada calon sebelum ini termasuklah bekas Presiden George W. Bush, Presiden Vladimir Putin dan bekas Presiden Perancis Jacques Chirac. Satu majlis anugerah khas yang dianjurkan oleh IEF akan diadakan pada 24 Oktober 2013 bermula pada jam 2 petang CET (8 pagi EST dan 5 pagi PST di A. S.) dan akan disiarkan secara serentak di dua tempat: di Bratislava, ibu negara Slovakia; dan Los Angeles, California di A.S. Sidang video boleh didapati di Internet secara langsung, di laman web berikut: www.hospodarskyklub.sk dan www.telepresence.sk/portal/event/detail/event/17 .

Bertempat di ibu negara Slovakia, ratusan personaliti berprestij akan hadir termasuklah: Encik Mihok, pengerusi World Chambers Federation, Cik D. Podmakova, naib presiden Akademi Sains Slovakia, duta dari pelbagai negara, serta para pemimpin dunia yang terlibat dalam bidang ekonomi, perdagangan, sains, pendidikan, dan sebagainya. Dr. Xu akan menerima anugerah beliau dalam bentuk Pingat Emas di Los Angeles, tempat beliau akan memberikan ucapannya kepada pelbagai pihak termasuk dua ahli ekonomi terkenal (R.Y. Mosny dan F. Pancurak, bekas penerima anugerah Golden Biatec) sebagai wakil khas ke Los Angeles untuk menyampaikan anugerah pingat emas kepada Rongxiang Xu. Penghormatan kepada Dr. Xu ini adalah atas "usaha beliau yang menjadi contoh bagi mencari penyelesaian untuk penjanaan semula organ manusia." Paten unik Dr. Xu ini mempunyai potensi luar biasa bukan sahaja dalam bidang biologi, malah turut dalam bidang sains umum.

Anugerah Golden Biatec pertama telah dianugerahkan pada dua dekad yang lalu kepada presiden Republik Slovenia pada waktu itu, Encik Milan Kucan. Ramai individu kenamaan yang pernah menerima anugerah ini mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut atau berkomunikasi dengan para penonton melalui Internet. Mesyuarat melalui internet itu berlaku pada tahun 1997 bersama Setiausaha Agung OECD (Pertubuhan bagi Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi) Donald Johnston dan mesyuarat seterusnya berlaku pada tahun 1999 bersama Profesor Jeffrey Sachs, mesyuarat pada tahun 2008 bersama bekas Perdana Menteri Rusia Yevgeny Primakov dan mesyuarat pada tahun 2010 pula bersama penerima Hadiah Nobel Keamanan, Muhammad Yunus.

Pada tahun ini, Dr. Xu akan menerima anugerah beliau melalui siaran secara langsung dan akan membincangkan penemuan saintifik beliau yang hebat dalam Sains Penjanaan Semula Organ. Dr. Xu ingin berkongsi pesanan beliau dengan setiap individu di seluruh dunia dan memberikan gambaran yang informatif tentang manfaat positif penjanaan semula organ.

Ucapan Dr. Xu akan memberikan tumpuan terhadap anjakan yang berlaku dalam era penjanaan semula organ yang menumpukan terhadap permohonan dan bukannya konsep. Para hadirin akan berpeluang untuk mengetahui tentang mekanisme penjanaan semula organ secara semula jadi dan bagaimana untuk memulakan mekanisme untuk merawat penyakit organ yang sukar diubati oleh masyarakat perubatan dan saintifik; seterusnya menawarkan maklumat yang meningkatkan kualiti kehidupan dan menyelamatkan nyawa kepada dunia.

Tentang Dr Rongxiang Xu:
Dr. Rongxiang Xu ialah pencipta dan pengasas "Sains Pemulihan Penjanaan Semula Tubuh Manusia" (HBRRS) dan pempaten laluan saintifik penjanaan semula organ rosak - yang merupakan keutamaan yang dituntut dalam ucapan rasmi State of the Union 2013 Presiden Obama, dan pencipta laluan teknologi paten yang membolehkan sel somatik manusia bertukar menjadi sel stem pluripoten dan menjana semula tisu dan organ fisiologi, serta pencipta paten Sel Penjanaan Semula Berpotensi (PRC).

Hubungi:
Jane Westgate: +1-336-209-9276, Jane@westgatecom.com  
Cheryl Riley: +1-703-683-1798, cherylrileypr@comcast.net

Source: Mebo International
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards