omniture

ITOE 2022 - Ekspo Gaya Hidup Rumah Dibuka, Berikan Dorongan Padu untuk Pembangunan Perdagangan Digital

ITOE
2022-08-10 08:54 152

GUANGZHOU, China, 10 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong 2022 - Ekspo Gaya Hidup Rumah (ITOE,en.itoegd.com), dianjurkan oleh Jawatankuasa CCPIT Guangdong, dengan sokongan daripada CCPIT Yangjiang, CCPIT Zhaoqing dan Guangdong Guangzhan International Exhibition Co., Ltd., akan diadakan dalam format hibrid mulai 8-12 Ogos 2022.


Tahun ini, ITOE - Ekspo Gaya Hidup Rumah akan meluaskan lagi senarai pembekal premiumnya, pembeli rentas sempadan dan sumber platform untuk melibatkan para pengeluar daripada kluster industri pisau dan gunting Yangjiang, sekali gus mengoptimumkan pemilihan produk yang dibekalkan dan pembeli rentas sempadan dalam usaha untuk membantu perniagaan tempatan mendapat akses kepada pasaran luar negara yang luas.

Acara berkenaan akan menghimpunkan lebih 350 pembekal berkualiti tinggi di bawah satu bumbung, yang mana secara keseluruhan akan melibatkan hampir 10,000 barangan paling laris terjual tahun ini dipamerkan dalam talian. Lebih daripada 50,000 pengunjung profesional dijangkakan, selain pertemuan dengan lebih 100 persatuan perniagaan luar negara di lebih daripada 20 negara dan wilayah, dengan matlamat untuk membantu syarikat-syarikat domestik memanfaatkan peluang perniagaan dalam pasaran luar negara. Acara berkenaan pastinya memberi dorongan yang padu untuk pembangunan perdagangan digital wilayah Guangdong.

Selain daripada enam kawasan pameran yang ditonjolkan - Perabot Tradisional, Automasi Rumah, Hiasan Rumah, Barangan Isi Rumah, Tekstil Rumah dan Dapur Cantik, pameran tersebut juga akan menambah dua kawasan khas yang baharu, Pisau dan Gunting Yangjiang serta Hidangan Pra-masak Guangdong, dengan matlamat untuk mengambil bahagian dan menyokong inisiatif "dwi-peredaran" kerajaan Cina untuk memperluaskan perdagangan domestik dan antarabangsa negara ini secara selari.

Sebagai platform perkhidmatan perdagangan digital yang terkemuka di Wilayah Guangdong, portfolio Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong (ITOE) merupakan pameran penting yang tidak harus ketinggalan oleh pengimport dan pengeksport antarabangsa, selain platform yang terbaik untuk pempamer melancarkan produk baharu mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang ITOE: en.itoegd.com atau hubungi pihak penganjur.

Hubungi: Coris Liang, coris@itoexpo.com

Source: ITOE
Keywords: Computer/Electronics Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news