omniture

Kenderaan Elektrik Global Pertama Wuling China Air ev Dilancar, Langkah Pertama Di Indonesia

SAIC-GM-Wuling Automobile Co., Ltd
2022-08-10 09:28 427

JAKARTA, 10 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 8 Ogos, pembuat auto Cina Wuling meraikan pelancaran pengeluaran Indonesia bagi kenderaan elektrik global pertamanya Air ev (versi pemanduan sebelah kanan). Ini merupakan pencapaian yang penting untuk Wuling New Energy dalam jangkauan globalnya tatkala ia mencapai satu juta model pengeluaran. En. Airlangga Hartarto, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi dan En. Agus Gumiwang Kartasasmita, Menteri Industri, Indonesia, bersama-sama duta Cina ke Indonesia Lu Kang, menghadiri majlis perasmian ini.

Wuling, dari China kepada dunia
Wuling, dari China kepada dunia

Berpangkalan di China, Wuling New Energy telah menjual lebih daripada 1 juta kenderaan dalam 5 tahun, lalu menjadikannya sebagai syarikat automobil tenaga baharu yang terkemuka di seluruh dunia yang paling pantas mencapai sasaran ini. Turut serta dalam dorongan pasaran global, Air ev akan mempercepatkan pengembangan dalam pasaran global, dengan hentian pertama di Indonesia. Menuju ke hadapan, Air ev akan menembusi India, Mesir dan lebih banyak wilayah di serata dunia, seterusnya mengukuhkan status China sebagai peneraju dalam pembuatan automotif pintar.

Air ev Wuling China dilancarkan secara rasmi di Indonesia
Air ev Wuling China dilancarkan secara rasmi di Indonesia

Pelancaran Air ev selaras dengan tumpuan pasaran 'laut biru' bagi inisiatif "Jalur dan Jalan" Cina dan bertindak untuk menonjolkan kekuatan China dalam pembuatan pintar. Sebagai jenama kereta Cina yang paling laris terjual di Indonesia, kerajaan Indonesia memberi perhatian khusus terhadap kepentingan besar pembangunan Wuling. Sebagai persediaan untuk pelancaran global, Air ev akan dipamerkan di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia pada 11 Ogos ini.

Pegawai-pegawai kerajaan Indonesia dan duta Cina ke Indonesia menghadiri majlis pelancaran Air ev
Pegawai-pegawai kerajaan Indonesia dan duta Cina ke Indonesia menghadiri majlis pelancaran Air ev

Mendapat pengiktirafan dan pujian antarabangsa, Air ev bersedia untuk meningkatkan persepsi dunia terhadap "Buatan China". Pada bulan November 2022, sidang kemuncak G20 akan dibuka di Bali, Indonesia dan lantaran pengalaman perjalananya dengan kualiti unggul dan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, Air ev dipilih sebagai kenderaan rasmi untuk Sidang Kemuncak G20 2022. Wuling akan menunjukkan pencapaian inovatif pembuatan pintar China di persada global, lalu menambah nilai kepada sidang kemuncak tersebut agar menjadi satu kejayaan yang lengkap.

Kereta rasmi Sidang Kemuncak G20
Kereta rasmi Sidang Kemuncak G20

Wuling New Energy memacu pembangunan menerusi inovasi. Syarikat ini bersedia untuk berusaha sedaya-upaya bagi memajukan aktiviti luar negaranya, terus membawakan kenderaan tenaga baharu yang berkualiti tinggi dan pengalaman perkhidmatan kepada pemilik kereta global sekali gus mendemonstrasikan keupayaan teknologi tinggi "Buatan China."

Latar Belakang SGMW 

Ditubuhkan pada tahun 2002, SGMW memiliki dua jenama kereta Cina bernilai tinggi, "Wuling" dan "Baojun". Ketika ini, SGMW mempunyai lima tapak pengeluaran utama: Ibu Pejabat Liuzhou Hexi, Tapak Liuzhou Baojun, Cawangan Qingdao, Cawangan Chongqing dan PT SGMW. Pada tahun 2021, SGMW menjual 1,760,176 unit, meningkat sebanyak 13.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, bukan sahaja menjadikannya sebagai jenama kereta nasional No.1 dari segi jumlah jualan, tetapi juga diiktiraf dengan baik oleh lebih daripada 25.5 juta pelanggan. SGMW mengeksport 145,550 unit/set kenderaan dan alat ganti pada tahun 2021, meliputi lebih daripada 40 negara dan kawasan seperti Amerika Tengah dan Selatan, Afrika, Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Source: SAIC-GM-Wuling Automobile Co., Ltd
Keywords: Auto Green Technology Transportation New products/services