omniture

Penyusunan semula rantaian bekalan global untuk diteruskan hingga 2030

DIGITIMES ASIA
2022-08-10 10:00 185

TAIPEI, 10 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Rantaian bekalan global kekal terganggu tatkala pandemik COVID-19 memasuki tahun ketiga dan krisis di Eropah mencetuskan kekacauan dalam bidang pengangkutan Eropah-Asia. Pakar Mark Millar berkata gangguan ini menawarkan peluang kepada syarikat-syarikat untuk menilai semula penyumberan dan pengeluaran mereka, mempertimbangkan pendekatan yang lebih bersifat serantau dalam melangkah ke hadapan. Beliau juga menjangkakan penyusunan semula rantaian bekalan global akan berterusan sepanjang tahun 2025 hingga 2030, dengan sesetengah perniagaan melaksanakan penempatan ke negara berdekatan (nearshoring) dan juga penempatan kembali (reshoring).


Millar ialah pakar industri yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam logistik dan strategi rantaian bekalan dengan pengalaman perniagaan global selama lebih 30 tahun. Beliau ialah seorang penyampai ucaptama terkemuka dan pengarang Global Supply Chain Ecosystems. Beliau akan menyampaikan ucaptama di webinar yang dihoskan oleh DIGITIMES Asia pada 25 Ogos: Daripada Rantaian Panjang ke Rantaian Pendek: Memperbaharui Rantaian Bekalan Global dalam Era Pasca-Pandemik.

Menurut Millar, sebahagian besar daripada dunia masih mengalami kekacauan rantaian bekalan yang luas, manakala sesetengah wilayah pula sedang pulih. Semakin bersifat global rantaian bekalan, semakin tersebar luas gangguan yang terjadi. Walau bagaimanapun, cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat pada hari ini berbeza berbanding dua tahun lalu, terutamanya dengan konflik yang berterusan, yang digambarkan oleh Millar sebagai peristiwa "angsa hitam".

Beliau berkata semasa tahun 2021, tambahan satu juta kontena kargo diangkut oleh kereta api dari Timur terutamanya China ke Eropah Barat ekoran kesesakan yang signfikan dalam sektor perkapalan barangan laut.

Kebanyakan laluan tersebut melintasi Rusia dan tidak tersedia ketika ini. Justeru itu, penghantar barangan dan syarikat logistik perlu mencari ruang untuk kontena di atas kapal yang sudahpun penuh kapasitinya.

Secara lebih luas, krisis di Eropah telah memberi kesan ke atas ketersediaan minyak dan gas serta meningkatkan harga tenaga. Millar berkata bahawa situasi berkenaan telah mencetuskan kesan tidak langsung ke atas jaringan pengangkutan global yang menawarkan perkhidmatan kepada rantaian bekalan.

Lebih banyak penempatan ke negara berdekatan dan penempatan kembali akan dibuat

Apa yang dapat dilakukan oleh syarikat-syarikat untuk mengatasi cabaran tersebut? Biarpun ia merupakan istilah yang digunakan secara berlebihan, Millar berkata kolaborasi dalam kalangan rakan kongsi rantaian bekalan merupakan cara yang praktikal untuk menempuh krisis ini dalam jangka pendek dan jangka sederhana. Usaha-usaha melibatkan pencarian sumber alternatif atau laluan pengangkutan yang mungkin lebih mahal tetapi dapat menghantar barangan ke destinasi akhir.

Dari segi jangka sederhana, Millar berkata bahawa gangguan berkenaan telah mencipta peluang penilaian semula selepas 30 tahun mengalami globalisasi. Sebagai contoh, syarikat-syarikat mungkin ingin mengambil pendekatan yang bersifat serantau pada masa depan yang dapat membina lebih daya tahan dalam rantaian bekalan mereka dan mengurangkan emisi.

Bahkan, satu pergerakan perniagaan yang menyusun semula rantaian bekalan mereka telahpun bermula. Millar berkata sesetengah syarikat sedang memerhatikan atau melaksanakan penempatan ke negara berdekatan, memindahkan penyumberan dan pengeluaran lebih hampir dengan pasaran destinasi terakhir. Sebahagian yang lain mempertimbangkan untuk memindahkan penyumberan dan pengeluaran kembali ke destinasi akhir, iaitu penempatan kembali yang turut dikenali sebagai penempatan dalam pesisir (on-shoring).

"Kita akan dapat melihat pergerakan ke arah pendekatan yang lebih bersifat serantau kepada rantaian bekalan," kata Millar.

Pakar tersebut menambah bahawa dalam senario Eropah, Poland, Turki, malah sesetengah negara Afrika Utara dengan tenaga buruh berkos rendah dan secara geografi terletak hampir dengan Eropah kesemuanya akan memainkan peranan sebagai lokasi-lokasi penempatan ke negara berdekatan yang berpotensi.

Penyumberan dan pengeluaran tetap kukuh di Asia

Dengan kesemua penempatan ke negara berdekatan dan penempatan kembali yang akan dibuat, persoalan tentang sama ada penyusunan semula rantaian bekalan akan menjejaskan peranan Asia, terutamanya China, sebagai penjana pengilangan telah dibangkitkan.

Millar berkata disebabkan oleh pelbagai sebab, tidak akan ada penghijrahan beramai-ramai, hanya sebahagian daripada pengeluaran akan dipindah keluar dari China atau Asia. Sebagai contoh, beberapa rantaian bekalan adalah sangat rumit dan diperhalusi hinggakan pemindahannya akan menjadi sangat mahal dan berisiko.

Tambahan pula, majoriti pertumbuhan dalam kelas pengguna akan terus berpunca dari Asia hingga sekurang-kurangnya tahun 2030. Millar berkata bahawa peningkatan tersebut akan hampir menebus semua yang akan keluar dari Asia untuk penempatan ke negara berdekatan. Justeru itu, pengeluaran dan penyumberan untuk rantaian bekalan di Asia akan tetap kukuh untuk menawarkan perkhidmatan di rantau ini.

Di samping itu, kerajaan China telah melaksanakan strategi dwi-peredaran untuk memupuk semangat berdikari yang lebih tinggi untuk ekonominya. Dasar ini akan memberi dorongan tambahan bagi meningkatkan pengeluaran di dalam China.

Millar menyimpulkan bahawa pergerakan sebenar dalam menyusun semula rantaian bekalan global akan menjadi jelas dari tahun 2025 hingga 2030. Selain daripada penempatan ke negara berdekatan dan penempatan kembali, syarikat-syarikat akan menumpukan rantaian bekalan di China untuk produk-produk yang dijual oleh mereka di kawasan setempat – "Di China untuk China". Di samping itu, pempelbagaian sekitar Asia akan menghasilkan strategi 'China-Plus', lalu mewujudkan rantaian bekalan yang dibina di Asia untuk Asia.

Beberapa Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan daripada syarikat-syarikat tersenarai utama kini terlibat dalam keputusan strategik rantaian bekalan, kata Millar. Banyak perbincangan bilik lembaga pengarah eksekutif tentang hala tuju rantaian bekalan masa depan akan diteruskan. Hasilnya akan terungkap secara beransur-ansur sepanjang lima hingga 10 tahun akan datang.

"Landskap rantaian bekalan global pada tahun 2030 akan menjadi sangat berbeza dengan apa yang telah terbiasa oleh kita kira-kira sepanjang dekad yang lalu," tambah Millar.

Sertai Webinar Rantaian Bekalan DIGITIMES dan bincangkan Rantaian Bekalan 2025, merenung tentang gangguan Covid dan meneroka bagaimana dinamik sektor logistik dan geopolitik akan memberi kesan kepada masa depan untuk Rantaian Bekalan pasca-pandemik.

Untuk maklumat webinar yang lebih lanjut, sila kunjungi https://reurl.cc/1Znv1W

Sertai Webinar Rantaian Bekalan Asia DIGITIMES pada 25 Ogos: Memperbaharui Rantaian Bekalan Global dalam Era Pasca-Pandemik (DIGITIMES Asia)

Source: DIGITIMES ASIA
Keywords: Transportation Future Events