omniture

RS Components Mempertingkatkan Lagi Pengalaman Dalam Talian Pelanggan dengan Kemas Kini Laman Web Terkini

RS Components
2013-10-22 11:00 102

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Penambahbaikan pencarian interaktif memudahkan dan mempercepat proses mencari dan membeli produk yang betul

RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), pengedar perkhidmatan tinggi yang meneraju di dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah mempertingkatkan lagi pengalaman dalam talian pelanggan di laman webnya sebagai sebahagian daripada strategi berterusannya untuk membina perniagaan eDagang bernilai GBP1 bilion di pusat perniagaannya. Penambahbaikan intuitif pada kefungsian pencarian interaktifnya mengurangkan bilangan klik yang perlu dilakukan oleh pelanggan, lalu memudahkan dan mempercepat proses mereka mencari dan membeli produk yang mereka mahukan. Ini akan membantu meningkatkan perubahan lawatan laman menjadi hasil jualan.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

RS menggunakan alat penyelidikan pelanggan terkini seluruh dunia bagi mengenal pasti peningkatan yang perlu bagi mengubah pengalaman pencarian di laman web bagi pelanggan mereka. Dengan tapisan pencarian sifat berbilang yang lebih dinamik, kategori produk yang lebih ketara, kiraan masa sebenar untuk bilangan produk yang berpadanan, dan pilihan untuk mengehadkan atau memperluas berapa banyak hasil pencarian yang akan muncul pada halaman, pelanggan kini boleh menghalusi keputusan pencarian mereka dan menapis maklumat apa yang ingin mereka lihat bagi membantu mereka menemui produk yang mereka mahu dengan lebih cepat.

Tambahan lagi, paparan yang lebih dipertingkat untuk maklumat produk yang lebih relevan, kemampuan untuk menyemak imbas secara pantas spesifikasi produk, dan peletakan harga yang lebih jelas membantu lagi pengguna membuat pilihan produk dengan lebih pantas.

Keith Reville, Pengarah Pemasaran Global Electrocomponents berkata: "Mempertingkatkan kefungsian eDagang kami ialah unsur teras strategi kami bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan kami. Semua peningkatan ini ialah tanda aras terkini dalam perubahan pengalaman dalam talian pelanggan kami yang kini mampu menandingi pengalaman yang terbaik dalam pasaran. Ini akan membantu kami meningkatkan penukaran bilangan pelawat menjadi pembeli serta usaha pencarian menjadi jualan sambil mencetuskan keutamaan naluri untuk kembali memilih jenama kami."

Tentang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, peneraju pengedar perkhidmatan tinggi di dunia bagi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter belian kepada lebih sejuta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang meneraju, termasuklah barangan elektronik, pengautomatan dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP1.24 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.rs-components.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355        

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components pada Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors New products/services