HONG KONG, 22 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Maaii, salah satu platform komunikasi mudah alih yang paling pesat berkembang di dunia hari ini mengumumkan pelancaran perisian v2.2. Versi baharu ini menyepadukan (dijana pengguna) Kesan Audio dan Video secara lancar ke dalam pengalaman panggilan VoIP miliknya; yang memberikan perkhidmatan panggilan yang lebih ekspresif dan menarik bagi pengguna untuk berhubung melalui perbualan telefon.
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/10/18/20131018132925328194.html )
"Teknologi sekitar pesanan mudah alih, tidak seperti VoIP terdahulu yang telah memberikan alat yang mampu untuk menyatakan emosi dan membuat perkongsian setiap hari bagi para pengguna," kata Chris Lewis, Ketua Pegawai Strategi Maaii, "sambil VoIP terus menjadi relevan kerana jalinan peribadi yang terhubung dengan mendengar suara rakan. Dengan Maaii 2.2, kami gabung jalinkan kedua-duanya dengan cara yang benar-benar unik dengan memberikan kesan bunyi dalam panggilan dengan video (dijana pengguna)."
Pelancaran platform Maaii baru-baru ini berniat untuk merevolusikan ruang komunikasi dengan menyertakan ciri-ciri yang lebih interaktif dan menarik sebagai tambahan bagi apa yang sebelumnya dikatakan sebagai "hanya panggilan." Panggilan Facebook, mel video & audio, peralihan perbualan kepada teks yang lancar, dan pendailan talian tetap dan telefon mudah alih antarabangsa merupakan beberapa ciri yang telah ditawarkan. Selain itu, dengan pelancaran ini, Maaii menetapkan hala tuju baharu dalam menawarkan keseronokan, keakraban dan keterlibatan dalam panggilan antara rakan.
Di samping untuk meningkatkan pengalaman panggilan, versi Android dan iOS baharu kini membolehkan pengguna untuk mengeratkan hubungan peribadi mereka yang sedia ada, serta berkenalan dengan rakan baharu dari seluruh rangkaian Maaii.
Sorotan penting lain bagi versi baharu tersebut termasuklah:
Selain itu, Maaii telah mengembangkan sokongan bahasanya kepada 11 bahasa. Anda boleh memuat turun aplikasi Maaii itu di sini: www.maaii.com
Tentang Maaii Ltd
Maaii merupakan app komunikasi mudah alih percuma bagi peranti iOS dan Android yang menggabungkan panggilan, fungsi chat & penyepaduan rangkaian sosial. Pengguna Maaii boleh mendaftar dengan nombor telefon bimbit mereka dan membuat panggilan percuma kepada pengguna Maaii lain, berbual antara satu sama lain, atau membuat panggilan bagi nombor telefon bimbit dan talian tetap di seluruh dunia dengan MaaiiOut. Maaii memberi tumpuan terhadap tiga bidang perniagaan: aplikasi iOS dan Android yang dipasarkan kepada pengguna di seluruh dunia; permohonan dengan tuan rumah dan jenama bersama yang ditawarkan daripada awan sebagai platform perkhidmatan (PaaS) dan platform terbuka yang memberi kelebihan kepada pemaju pihak ketiga untuk membina aplikasi yang dibolehkan suara HD yang menjadi tumpuan utama bagi rangkaian global Maaii.
Jika anda inginkan maklumat lanjut tentang Maaii, atau anda ingin mengaturkan wawancara, sila hubungi:
Harvey Mok, Pemasaran Global, Maaii
Telefon: +852-3472-0953
E-mel: Harveymok@maaii.com
Twitter: @Maaiiapp
Bagi memuat turun app: http://bit.ly/11Vbhkh
Sumber: Maaii Ltd