omniture

GCLSI Terima Pensijilan Jejak Karbon Perancis untuk Siri 182 dan 210 Modul Fotovolta

GCLSI
2022-08-11 02:23 182

SUZHOU, China, 11 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd. (GCLSI) berjaya memperoleh pensijilan jejak karbon Perancis baru-baru ini, untuk siri 182 dan siri 210 modul-modul fotovolta (PV) berkecekapan tinggi. Setakat ini, siri produk penuh GCLSI telah memperoleh sijil jejak karbon Perancis, lalu memperkukuh ekosistem produk yang lebih beraneka dalam pasaran Perancis.

Pensijilan jejak karbon Perancis yang disediakan oleh Certisolis, sebuah organisasi pihak ketiga yang dilantik melalui Suruhanjaya Pengawalseliaan Tenaga Perancis, merupakan asas untuk projek-projek PV dengan produk-produk melebihi 100kWp untuk menembusi pasaran Perancis.

Kuasa maksimum produk-produk yang diperakui oleh GCLSI telah mencecah 675W yang meliputi semua senario aplikasi seperti peringkat kediaman, peringkat komersial dan perindustrian (C&I) serta pada skala utiliti. Produk ini menerima pakai teknologi pembuatan karbon-rendah yang canggih untuk menyediakan kitar hayat penuh tenaga bersih, menggunakan teknologi berbilang busbar (MBB), pemotongan tidak memusnah dan separa-sel bagi mengupayakan penaiktarafan prestasi modul yang komprehensif. GCLSI menyediakan faedah-faedah hijau jangka panjang, amat cekap dan stabil untuk proses penyahkarbonan pelanggannya.

"Visi kami adalah untuk 'menghidupkan kuasa hijau' dengan komitmen berpanjangan bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan mencipta produk yang lebih mesra alam dan menjimatkan tenaga untuk pasaran global demi menyumbang kepada matlamat emisi karbon sifar," kata Thomas Kun Zhang, Presiden Eksekutif GCLSI. "Pencapaian pensijilan jejak karbon Perancis, serta memadankan permintaan untuk tenaga hijau dalam pasaran Perancis, telah mengukuhkan keyakinan kami untuk memberi sumbangan yang lebih positif terhadap isu-isu kelestarian pada masa akan datang," tambah Zhang.

Pada penghujung tahun 2017, GCLSI memulakan projek pensijilan jejak karbon Perancis buat julung kalinya dan memperoleh pensijilan pertama untuk seluruh rantaian perindustrian produk polihabluran pada tahun 2019, dengan jualan produk menembusi pasaran Perancis. Pada tahun 2020, sijil produk monohabluran pertama diperoleh, kemudian mencapai pensijilan jejak karbon untuk seluruh produk siri 182 dan 210 pada penghujung bulan Julai 2022.

Pensijilan jejak karbon Perancis telah membuktikan kelebihan pasaran GCLSI dalam produk karbon-rendah terutamanya berlatarbelakangkan matlamat jejak karbon dan keneutralan karbon. Dalam masa yang sama, ia membina asas yang kukuh untuk GCLSI memperoleh pensijilan emisi karbon di China dan menggalakkan projek pensijilan jejak karbon di Eropah.

 

Source: GCLSI
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities